18 December 2011

RAPUH





I didn't wish for all of this. 
But thank you for those people around me that make an efforts in comforting me. 
Minta maaf sebab cakap banyak gila non-stop. 
Redha miko...Redha~

P/s: gambar taken from syaikh maulana haji google. Hehe tenkiu google magic~ 

07 December 2011

Help & Love

Bila aku cakap "I'll help..just name it".
I mean it..seriously.
Because u always there to help
jadi apa salahnya, kali ni kami pulak yang offer dulu.
But I guess xda apa pun yang boleh di tolong.

Sebenarnya, susah aku nak cakap I'll help.
sebab aku kind of memilih, nak tolong orang with what kind of help.paham?
then...kalau ko kawan lama ngan aku ko tahu lah aku jenis yang macam mana.

Adding to the fact 'I am not talking to you, ever' punya perangai.
Aku pernah tak cakap ngan rumate+klasmate aku selama berminggu2.
Yang mana senior aku xtahu nak buat macam mana tengok aku macam tu.
Bayangkan lah org tu sentiasa ada tepi aku. Then aku boleh hidup buat badak je~

Tapi xlama mana pun perangai tu.. makin tua, makin lembut hati ni haa.
Sebenarnya cuma nak cakap : kadang2 kita suka tolong orang xkira siapa.
Tapi ikhlas ke hati kita?
Lagi sekarang ni bila niat baik nak menolong orang, selalunya end up terkena balik.
macam nak tolong orang keta rosak ke apa ke, sekali dia perompak... minta dijauhkan~

Tapi itulah, if kita sertakan sedikit kasih sayang. Aku rasa much better. Padanan "Help & Love".
sebab kita tak ada lah rasa terkilan sangat.
contoh nya :
ko kesian tgk org yg dok minta sedekah tepi jalan, then ko bg lah duit..n tiba2 dia g beli air tin.
yg mana dalam hati macam kenapa dia beli air tin..mahal kot.(bg aku air tin tu mahal).

My mom ada cakap, kita dah tolong then lepas tu apa yg jadi biarlah.Itu hal dia ngan tuhan.
Nak tipu ke apa ke... Bahagian kita dah lepas. It's up to orang tu nak decide nak buat apa.






Bersangka baik memang xrugi apa pun~ 

P/s: The best thing that we can always do in helping anyone is by 'Doa'. 
        Oh lagi, Happy December 2011.^_^.

30 November 2011

Excuse

Before i go to the class "again"..I think I need to jot something here~
Bukannya xda idea nak merapu-ing..but I always ended........yup xbuat apa2x.

Lately aku punya tahap sensitiviti tinggi with certain people around me.
Kesannya akan mengakibat kan aku tido melebihi jam normal seorang miko. Xpandai nak marah or luahkan secara terus. apa boleh buat?

Entah la nak buat macam mana lagi bila aku cuba..ya aku cuba..xnak bagi ko nampak macam 'itu' di kalangan manusia sekeliling 'sebagai itu'.tapi diri kamu sendiri still continue buat macam itu.. Penat? yup..aku pun penat. Enough la > aku cakap kat diri aku. Biar je ngan orang macam itu.. Too much excuses. Too much headache. Jadi aku doakan ur luck with ur future.

Entah macam mana nak tempuh dunia luar yg ganas itu kalo asyik dgn excuse memanjang. Lepas settle semua nih. I'll just go for the exam..then u will banish too~ at least for the moment being.

Who need u..when u are so full with excuses and all the 'cakap lebat'.=P

Nampak tak wahai readers sekalian....ini dia pandangan aku terhadap that people. I use to be someone like that and working with people like that..Full of excuses.


If we are not changing into NO excuses, I think nanti your children and mine too will give more than what we have now~

P/s: Niat tidak baik untuk datang ke kelas lewat dgn cara biar bas tinggalkan aku pagi tadi terbantut , pabila ada klasmate aku ajak naik kereta sekali. >_<'


18 November 2011

Kalut

Entry ini sebenarnya a kind of related to the previous one,

Realiti dalam mimpi atau mimpi dalam realiti?
I had a dream about someone yg takda kait langsung dalam hidup aku.
ini membuatkan aku tekejut pabila aku berada di realiti.
Part paling x bagus adalah: tiba-tiba ja lepas that dream.
Selalu pulak aku terjumpa dengan dia.
sometimes dia duduk depan aku dalam jarak yg jauh sebenarnya.
kiranya apa yang dia buat sebelum tak pernah muncul pun depan aku, walaupun dia ada ja around me.

Now..selalu sangat nampak dia~

errr...xtahu nak kata apa.
sebab bila nampak muka dia...aku terus teringat akan fakta dia pernah muncul dalam mimpi aku.

Hehe today is a wonderful day~ cause I am working around you. cubit pipi tembam laju2~

P/s : susah sangat ke nak sebut nama aku? 



09 November 2011

Pernah anda tonton filem Inception tak ? Ala…yg mimpi dalam mimpi tu. Tahu tak ? Kalo tahu…bagus! Kalo xtahu…pergi cari sendiri…ini bukan kaunter informasi semua nak letak link~ wahaha Okay. Mari masuk ke point utama : REALITI DALAM MIMPI ATAU MIMPI DALAM REALITI? 

Ini terjadi secara kebetulan mungkin…tapi dalam hidup aku kerap je. 
Sebagai contoh , 
Waktu aku naik bas untuk pulang ke rumah tempoh hari. Pak cik drebar bas tu memang garang habis lah kan….ye la naik bas malam, mana aku sempat nk tengok muka pak cik. Dengar suara je…dah dengar kegarangan dia. 
Naik2 je bas tu, dia dh cakap kuat2  “ada siapa2 bawa buah pelam ke apa yg berbau masam ni??? “ “Baik..kalo xda yg mengaku, kalo saya check nanti ada, saya buang dari bas”….demm! pak cik ni biar betol…hidung aku rileks ja~ Dah la aku seludup pokok2 herba sekali dlm bagasi aku…aku cuakkkkkkk~ 
Lalu aku pura2 tidur bila pakcik lalu depan aku. Yang lagi best…aku punya seat betul2 depan pintu ke tempat pemandu. Berapa kali aku nak pura2…toksah kira lah~ 

Dan kepura-puraan akhirnya membawa aku ke alam mimpi. X lama mana tayar bas bergolek, pakcik bas pun bersuara kuat dari tempat pemanduan beliau….kamu ingat bas ni kamu yg punya…amboiii, dia buat macam dia punya harta. Hormat sikit pak cik nih. "kita yg bawa bas ni". 
Aku telah membuat kesalahan apa sehingga dituduh begini rupa…dalam bas yg ada ramai jejaka plak tuh….ouch! Pakcik pun menoleh ke belakang pabila merasakan tiada respon dari aku yg berada di belakang beliau. Aku pun membuat muka blurrrr. 

Maka pakcik pun melontarkan patah2 berikutnya:
yang hang duk sembang ngan kawan ang yang duduk kat belakang tu kuat2 pasai pa? 
Pak cik ooo pak cik….dekat ja kot selang sebaris ja..dah la xjerit macam pak cik dok usik bdk2 pompuan kat sebelah atas tu.Nampak sangat pakcik xpuas ati kami xlayan pakcik. serentak dgn itu…
aku terpikir biar betul aku cakap macam itu. 

Setibanya kami di destinasi yg tertera seperti di atas tiket masing2…pakcik pun bersedia mahu menolong mengambil beg dari ruangan bagasi. Guess what…tersenyum2 aku kat pak cik tuh! 

Kehkehkeh...... Sebenarnya kenapa boleh jadi situasi macam ini?

p/s: muka pak cik tak garang mana pun~

25 October 2011

I am



Pabila letih menjengah
Dia berhenti.
Menghela nafasnya.
Dia berlari-berhenti.

Menapak sejauh yang mungkin.
entah kemana arah tuju.
pasti-tidak pasti.
Dia berjalan-berhenti.

Dia terjatuh-berhenti.
berdiri lagi.
mendongak ke atas.
mata tak berkelip.

mengumam perlahan.
sebaris ayat dituturkan.

TERAKHIR KALI.

p/s: lagu takda kaitan pun dgn apa yg tertulis. Haha

20 October 2011

S&M

Sometimes, I just forget how to act.
Sometimes, I just want to run.
Sometimes, I just want to be with you.
Sometimes, I just want to listen to you.
Sometimes, I just want to sit with you.
Sometimes, I just want to see you.
Sometimes, I just got lost somewhere in my world.

But, Most of the times. It is all about you.

_yangselalulupadirisendiri_

15 October 2011

As time go well

Xsedar pun almost 2weeks x update blog ke lebih?...ini pun sedar sebab tersedar lah kan.
I am not that busy..but kinda
Monday, Tuesday & Wednesday of this week has been the real pain.Everyday, ada ja benda nk kena submit..fuhhh...everyday need to wake up early.and sleep late...Haha not to forget I am done watching
Real Steel, Colombiana and Three Musketeers. It worth watching all those movies in this hectic week.
Xtahu lah aku guna falsafah mana....Only good movie yg akan heal my serabut-ness. Wahaha rosak bahasa!

After this, ko akan tengok aku terkejar2 waktu pagi....sebab nak kena uruskan pokok-pokok bersempena Projek Akhir Tahun. Hari ni dah masuk hari ke-3, aku dan rakan2 bercucuk tanam. Sekarang macam dah nampak clear barisan pokok roselle with many varieties bersusun gagah di tengah2 alam. Perasaan dia macam woha! Hahaha So, esok semua orang dah surrender...xlarat dah  nak ubah anak pokok ke bigger poly bags.

Tetapi, aku yg terlebih cerdik ini...telah ditugaskan untuk menyiram pokok-pokok tersebut pada hari sabtu & ahad...yang membawa maksud kalau aku bangun lambat, pokok xakan dapat minum pagi. And if aku pergi berfoya-foya di hujung minggu sehingga bulan menungguku...mereka xakan dapat minum petang pulak. Haha sengaja aku ambil turn siram pokok pada hujung minggu sebab nak cari alasan untuk menjejak tanah...Kalau tak, ada ja orang yang x jumpa tanah selama 2 hari...Itu aku di kala kemalasan.

Okay lah..nanti aku update pic roselle plak. asyik SV aku ja yg amik gambar. Mana aci >_<'



p/s: Bila sibuk macam ni, aku rasa nak lari je g duduk atas gunung jerai tuh...cantikkan view dari sini?

30 September 2011

Bajet comel =P

This is me when u are focusing on me.
eksaited, happy...n mcm nk lempang org. (xtau kenapa).=P


Then, bila kamu-kamu-dan kamu. saya x nampak kamu dlm satu tempoh yg agak panjang.mesti jadi cm ni;

 haha...ekspresi muka marah+rindu+rasa cm buang masa ja selama ni. ye....masih comel.aku tahu itu.
 Tengok yg ini plak...

Sebenarnya , ini terjadi pabila kamu+kamu+kamu terlebih beri perhatian..menyebabkan aku jadi eksaited di awal waktu. Cth: abah aku ckp nanti dia amik aku dari stesen bas, ko ingat senang nk tgk abah aku cakap macam tu.  pastu x jadi...maunya aku jadi cm ni ...+_+...

Tapi, ini akan terjadi bila aku rasa takut or gelabah bila aku fikir aku kena tinggal dengan kamu+kamu+kamu.

P/s : Kamu+kamu+kamu, merangkap kepada people around me, kwn2, rumates, family...kalo aku senarai kang jadi panjang pulak. lg pun org ckp kalo kita sayang xpayah nk show off sangat. dia tau sendiri. haa ko tau ke? Just saying.okay~

P/s: comel kan cite Monster Inc tu...hehe

21 September 2011

Err...Gracias!

Haruslah buat entry untuk menghargai...semua mereka yg dah bersusah payah wish my birthday kan.

Aku Xsuka biarkan people around me...especially yg kat FB wish me sebab notification semata-mata.Maka aku memang disable lah kan. Lagipun aku malu sebenarnya...kalo satu hari suntuk orang still wish lagi sampai malam. errr...pelik ke perangai aku?
Sebabnya...dalam hidup aku. Aku rasa dah cukup kalo ada this 'people' yg wish..sebab every year dorang lah yg akan ingat tarikh ni.mau taknya aku mesti dah remind mereka awal2 lagi...dengan segala hint bagai.hoho
Tapi...tapi....itu bukan bermakna aku X appreciate yg sudi wish kan...mestilah appreciate kan.
I got a phone call late at night...happy.
Sms 's from kawan yg rajin gaduh+merajuk haha...pastu lawan pujuk balik. like this!
Yg wish slow2 dalam kelas tengah2 lecturer ada kat depan pun ada...ini unpredictable. TQ!

tapi memanglah..hari ni, aku belajar satu chemical reaction dalam kelas di pagi buta~ & aku faham.Haha itu ja yang aku nak tulis.ko ingat aku nak merapu panjang2x ker?

Aku yg mengidam nak makan kek eskrem...sebab aku teringat kat arwah datuk aku. I really miss you! Al-fatihah for him.Tenkiu to Saleha, sbb belanja kek eskrem hasil kreativiti beliau.Jadilah kan~


Tapi...I do wait for a wish from a person  kan...Guess, it is useless to hope from someone yg X faham la kan~ hehe marilah berhenti berharap untuk tahun ni...which means...kita sambung tahun depan.
Oh..ya. yg mana mahu beri hadiah.
Ini ja yg aku mahu.

I want this!!!

P/s: Dah X berani minta yg bukan-bukan...nanti jadi macam tahun lepas.I got 3bebears+ferrero rocher...which varies in their size..yang mana buat aku rasa bersalah sebab aku rasa suma tu mahal sangat for a person like me.

P/s: to suma yg wish tru twitter, FB, sms, or directly to me....Terima Kasih ya!!!
 Owh...SV time praktikal pun wish jugak! ini yg buat aku terharu...tersipu2 depan laptop...alahai kenapa la sweet sgt beliau~



18 September 2011

Mujurlah...

If niat sebenar yg murni...tiba-tiba turn into the negative one or
Tiba-tiba atau dari awal lagi aku ada niat sampingan nak buat jahat...
MESTI xakan jadi punya apa yg dirancang, atau IF go on jugak...siap lah lepas tu mesti ada apa-apa yang akan jadi kat aku. Contohnya:

First time aku nak g sekolah lambat...tiba2 ja warden datang check, elok-elok dah nak terlepas kawan aku yg baru habis mandi keluar....memang kena rotan barang sedas dua lah kan. itulah kali pertama aku kena rotan ngan warden tersebut.
First time aku nak ponteng prep..tiba2 ja semua org menyerah diri bila warden yg xpenah2 dtg check, mula 'menyeru' kami keluar dari tempat persembunyian masing-masing..baik pulak semua orang waktu tuh..selalunya jangan harap  nak serah diri kan.

So...ko nampak x...kenapa akhirnya aku tamat sekolah dgn title budak baik. Setiap kali aku berura-ura nak buat jahat sikit ja. mesti gagal....tu ko xpayah campur bila dah rancang baik punya...sekali cikgu cakap xpayah dtg prep or pergi la balik dorm xpayah datang sekolah. time tu lah nak blackout bagai...maka   
bila dah besar2 ni...interest aku macam nak stalk sesapa yg terlintas kat kepala otak aku makin meningkat lah kan...tapi selalunya xjadi stalk, banyak sangat halangannya....See.aku rasa tak berjodoh la aku dengan benda2 nakal ni~ hadoi. Tuhan sayang nih...Saya bersyukur kerana niat yg bukan2 itu xtercapai. banyak lagi benda yg merapu+bukan2 yg ada dalam kepala aku. Tapi xda lah sampai medatangkan mudarat kepada sesiapa pun.


Itulah aku...kalau niat tu terpesong sikit ja..mesti Allah tunjuk terang2...haish syukurlah xjauh lagi aku melaut~ Insaf2x~

Rindu,Rindu,Rindu. 

13 September 2011

Trying...Ok?

Maybe I am exaggerating a little bit, but this is me.
And I always try my best to change 'em.
I can't tolerate people raising their voice in any occasions.
Mostly, when people around me did that...automatically, I'll feel like I am being scolded by them.
This surely will be difficult when I go into working environment.
Ughhh...during my industrial training..there are some people who raise their voice towards me.
Yup...and it's really annoyed. HeHe
 my friend said that it is nothing..some staff said just ignore that person.
But..for me who really sensitive about all of this type of things~
Fuhhh...I remember until now..yet when the person that raise his voice towards me.
I tend to run away...not because I am mad or what. But cause I am afraid that he will raise his voice again.

Haha sudah la tu..buat luahan rasa dlm bahasa omputih plak hari ni.
Tapi itulah...kalo emak abah aku tinggikan suara mereka. siap la 2-3hari aku xcakap nanti.
Manja kan...sebenarnya aku tau kadang2 tu bukan semua org cakap kuat2 nak marah.
tapi entah la...aku rasa mcm kena marah. tapi aku bknnya marah dorang atau kecil hati tau...
Macam yg aku tulis kat perenggan kat atas ini.....serius aku faham ja the reason org cakap kuat2.
tapi entah la..I'll try my best to change. Ok.


p/s: Main-main lagi dengan TheProposal,
       bila dpt sms SV nak jumpa baru ko tau nak gelabah. Haha




11 September 2011

Hi...
gila lama x on blog. banyak sebenarnya yg nak ditulis sampai aku give up.
entah apa yg nak di give up kan, aku pun tak tahu sebenarnya.

So, ni aku nak ajak kamu semua berfikir sejenak. (aku pun kena fikir jugak)
If kita kena paksa sampai jalan mati....tinggalkan apa yg kita suka.Yep, something yg memang kita suka sangat~ X kesah la kan makanan ke, buku fav ke, rumah fav ke, kucing kesayangan ke, pensel ke, game ke, blog ke...err the most lovable person in ur life ke, kampung halaman ke, tempat kerja fav ke???? sanggup tak terima semua tu dengan hati yg terbuka..redha seadanya~ ha sanggup tak???

Aku tiba2 terfikir pasal ni, sebab ada satu scene drama ni...
orang jahat tu sampai upah gengster semata2 nak suruh heroin tu tulis resignation letter.ish ada ke patut? ye bukan aku yg kena...dan bukan aku yg jadi direktor cite tu. jadi aku nak sibok apa.HaHa


So, aku yg dah lama bergembira macam orang xingat dunia ni.kena keluar dari my comfort zone.siapa yg suka bila hari2 dah ada makan free xpayah bayar2....xpayah pikir nak kejar bas bila ada motosikal sendiri, walau hujan aku main redah jer. xpayah nak pikir berebut2 tandas ngan orang lain. ampaian lagi.nak keluar g town ngan sape? naik ape? everything nak kena fikirkan semua benda adalah milik bersama~ cis jauh n deep betul pemikiran aku di kala ini. tapi aku suka ja sebenarnya...kadang2 kita kena merasa susah jugak, supaya xda la spoil sangat diri tu~


Tapi kadang2 tu, it can't be help~ sgt2 suka duduk rumah sebab ada mak+abah+hulaimi+zaim+rakun( dia adalah seekor kucing) jiran2 yg best. walau ada yg nak jd matchmaker ntuk aku. see aku kan budak baik, maka mak mentua yg cari aku ntuk buat menantu (angkat bakul masuk sendiri) yg paling xmenahan adalah crush aku tu...boleh dia xhantar sms raya kat aku..ini yg aku marah ni. lepas ni memang xmo la g buat baik ngan dia..aku yg tgh marah ni nant melt jugak bila nampak muka dia yg buat2 comel + super caring itu~Demm!

Memang panjang betol aku merapu-ing nampaknya~ 
Okay..mari memulakan hidup sebagai senior yg berjaya di uni~ Haha tahun ke-4 dah weyh!!!
And ini adalah last sem untuk aku cari pasal dgn seorang makhluk tuhan itu.


Oh...dah mula terfikir adakah my crush tu akan rindukan aku...xpayah rindulah, kalo teringat pun dah bersyukur! =P wekkk yg xpernah serius dengan menulis entry di sini!


p/s: siapalah yg sanggup bc entry ni sampai habis. tulisan kecik pulak tu!! tenkiu tau~

HaHa


19 August 2011

My snowman..


Memandangkan ramai jugak yang dah tahu identiti sebenar miko si maruku,
aku pun dah xmau secure sangat siapa miko si maruku tu sekarang ini.
maybe sebab dah malas kot...hehe

jadi untuk mengelakkan sesiapa ditimpa perasaan,
nak2x bila aku tulis yang merapu2 sehingga menyimpang seribu juta kali dari jalan kebenaran.
jadi aku akan guna simbolik word..yg aku ja paham. hehe

Uish..aku gembira sangat bila orang yg aku harap dan dia perlu ingat kat aku>
dia ingat weyh!!!

Yip..Yip...Hooray~
Mana ada orang yg sekali ja aku cerita pasal apa aku kerut2 dahi.sekali ja...sekali ja.(xperlu aku tulis banyak kali)

wuwuwu...nangis2 ni.sambil cuba senyum gembira sampai telinga. dia ingat!

pastu terus mcm ada cahaya shining keluar dari arah dia berjalan...

aku memang mcm ni kalo dah suka someone tu..only dia.akan kusuka jua sampai akhirnya~
dan aku tau aku suka org yg circle2...comel2..(dlm definisi aku, ok!)

sampai satu tahap tu, rasa mcm nak selalu ja ada dengan orang macam ni.tapi...tunggu.

who am I to judge a person just like that...err.
(bila dah waras, ini masanya bila shining2 dr arah org yg jalan tadi tu berkurangan)


Maka, macam biasa. I tell myself 'just go with the flow'.

Aku suka betol perangai yg 'bila dia hantar ko balik rumah, dan dia tunggu sampai ko betul2 dah selamat masuk rumah baru dia blah'~ can I ask this from myfuturehusband?

15 August 2011

Here I am...masih di sini.

Hari ini merupakan hari yang ke-15 dalam bulan Ramadhan.
And me...here I am.
still merapuing xingat dunia...agaknya #Ifaliensattack pun aku Xsedar.

Yesterday, my skoolmate add aku kat my batch+school group FB~
Haha..aku yang xda kerja. entah mcm mana termasuk dalam kategori 'member' akhinya.
Sambil-sambil tolong emak di dapur...
aku terpikir 'gila buta' aku xpernah join group tu sebelum ni.

....lah, aku memang xmo join rupanya group tu selama ni....
.............atas sebab-sebab tertentu yg aku nak elak...............

waktu sahur tadi aku cakap dekat emak,
If ada orang datang jemput depan pintu pagar rumah pun,xmo join event berbuka puasa ngan kwn2 sekolah! sebab.......telinga xtahan panas. mata nanti xtau nak pandang mana! Haha
kawan2 aku yg gila-gila ni, kalo aku cakap xmo ikut..nanti dorang dtg umah bgtau emak aku, tros aku kena halau ikut dorang. dh mcm kena kidnap ja aku rasa.

Selamatkan diri sendiri...jaga hati sendiri.

Selama ni kan, aku rasa aku ni halimunan tau kat sekolah tu.
Orang satu sekolah ngan aku pun ada yg xtau nama aku. tu xkira lagi, sekolah dh lima tahun.sekali pun xpernah nampak...masa foundation pun xpernah jumpa..sekali kat kuantan satu kelas ngan aku. sekali lagi aku pikir aku ni xpayah pakai jubah halimunan pun...orang xtau kewujudan aku.

Jadi biarlah aku kekal sebagai halimunan~ (mcm sedih ja bunyi)

The reason aku xnak join....adalah "thatperson" yang xjaga hati aku will be there too.
And aku rasa aku X ready nk face-to-face with him lagi...padahal makanan kat situ yg xsedap (org kata) pandai lah aku letak "thatperson" sebagai main reason. cewahhh~


Tapi kan...kalau ada yg perasan...event gathering macam ni, mesti salah seorang dari kami ja yg akan hadir..wahaha macam dah plan pulak kan.

Dah lama xtulis entry yang penuh dengan informasi....merapu-ing is the best things to do when it goes to personal blog.

Takziah to pelajar asrama Sek. Men. Tunku Anum Tuanku Abdul Rahman, Jitra.
Kesian kat student yg nak amik PMR & SPM. teruk jugak aku tengok pic asrama yg terbakar tu.ni la tempat aku mkn keropok lekor time skolah rendah dulu.
klik sini

p/s: apa pasal sekarang ni hari-hari ada cerita org-bunuh-org kat buletin utama..bulan puasa plak tuh. aku jadi hairan.




13 August 2011

Cepat!!!


Everyday may not be good,
but there's something good in every day~ .

p/s: I do hope I can finish all of this soon. Between, I had sent an email my SV asking for some tolong, tolong!!! sign. (ngada2 skit2 nk tnya itu ini). Surprisingly quick on how fast he reply to my email. haha.hantar at 3am, before 6am dah ada reply...awesome!

lagi: bila dah lama diam+senyap macam ini, perangai xreti nak tegur tu dah datang balik. errr...do we?

06 August 2011

A little chat with HuLaimi.

HuLaimi currently is a budak kecik 6years old..
And study at SKAAT.

Before tidur yg betul2 tidur,
(selalunya) kalau rajin, aku akan g kaco dia...depend ngan mood dia.
baru-baru ni,dia selalu cakap pasal ikan todak..
tajam ke? bole buat masak ke? besar sangat ke? bla...bla..blaa

dan waktu tu, tiba-tiba ja dia tanya Singapore tu dekat ka?
Singapore tu apa?
Aku pun jawab Singapore tu sebuah negara, macam Malaysia.
Kalau dari Johor, dekat la nak g Singapore tu.

Pastu aku terang kat dia, kat Singapore ni kebanyakkan orang dia cakap English.
Then..aku tanya lagi.
Hulaimi, kalau dah sampai singapore nak cakap apa kat orang Singapore?
Pastu...
"Assalamualaikum, dalam bahasa inggeris kata apa?"

Haha..penat aku gelak guling2..maknanya dia follow d flow of our talk~

Hulaimi, Kita org Islam..Assalamualaikum tu universal..jadi kat mana2 pun,
kita still guna the same word, semua org akan faham.

Pastu, aku tanya lagi..
Kalo hulaimi nk g tandas nak cakap apa?

"Where is d toilet?" <<<<< Aku impress sangat, mana dia blaja ni??? wahaha

Aku tanya lagi...kalo lapar nk p restoran mana?
aku rasa hulaimi xsure restoran = restaurant tu maksud dia sama.

Jadi dgn yakinnya...dia pun jawab.."where is d hotel?"

Betul lah tu..kat hotel pun boleh cari makanan.

Wahaha..pengsan aku ngan adik aku satu lagi gelakkan Hulaimi.
Budak kecik ni pandai sungguh...geram betol!

Waktu kawan aku ramai2 datang umah hari tu..
Aku ngan niat nk show off kat hulaimi..aku cakap:

" Tengok kawan along, ramai kan? Kawan hulaimi ada ramai macam ni?"
(sambil buat muka riak xtau nak kata apa dah)

"Ramai...Susah nak lalu tau!" wuwuwuwu adik aku dia jawab mcm tu *_*


#entry ini dipost diatas permintaan#
p/s: Adik aku cakap hulaimi tau pasal Singapore sbb dia tengok sinetron Nikita.
Mak aku cakap hulaimi baca buku cita kat sekolah dia kot. Entah siapa yg betul agaknya?

31 July 2011

The same message but thousand ways of replying it...
That's why we are call human being..
we are unique in our own way,
each of us are special..don't ask me how u are special.
^^ ^^
(sudah2!! ngan intro merapu ni< dush!!!)

I had sent a few messages with the same text,
(of course lah.. bknnya rajin nak taip bnyak2.)

" Selamat Menyambut RAMADHAN yg mulia.
Moga segala amal & ibadat kita
dterima oleh-NYA.
Salah dan silap harap dimaafkan"



But their way of replying 'em...such a
(xtau nak ckp apa) I'm sooo happy!!!

"Sama-samalah kita, sy pun mcm tu jugak"

"Thanks! Slmt menyambut ramdhan jge:-) Semoga
kita sume beroleh hidayah serta petunjuk dariNYA...aminn.."

"Tq..sma le kita..Selamat menyambut Ramadhan al-mubarak" (d fastest reply I guess) hehe..

Terima kasih to everyone yg wish dulu, bukan xnak balas secepat kilat.
Cuma terkedu sebentar...sbb ada yg sudi hantar~ ecece..

Xda lah...Sebab sekarang dh ramai yg wish tru FB...apa barang wish secara PUKAL ni..
Kalolah duit aku banyak, maunya aku design setiap kad ntuk semua kenalan aku.
Each for everyone!
Ya..kepada tok wan aku jugak, akan aku hantar satu~

So, with all d merapuing things~
SELAMAT BERPUASA YA!
To all Muslims throughout d world. (xkira anda pembaca blog ini atau bukan!)

p/s: last2 aku pun ter"wish" secara pukal~

26 July 2011

Shooting time!!! edisi gambar*

Gambar (s) adalah dicilok drp FB azira & k.tikah~
Tenkiu. (aku mana nak rajin tangkap2 gambar ni).





^
^
^
Breakfast di pagi hari amatlah penting sebelum beraktiviti~


Menunggu taklimat disampaikan..muka dh start tunjuk *bosan*..hehe




gelabah dah...xda org berani tangkap pic dekat2~ ces, ni yg xbest bila awal sangat~



THE BEST & THE COOLEST POSE~haha saya suka sangat praktikal kat PERHILITAN KEDAH!


walau aku xbanyak cakap ngan staff suma,
tapi aku suka sangat tgk gelagat dorang~
Bila lalu depan opis...rasa mcm nak singgah ja~
teruklah saya ni.Manja sangat.

P/s: Mak aku cakap: apsal gambar aku senyum suma gaya sama jer?
Ok..lps ni nk kena cari gaya lain!


tahukah anda yg mana satu miko????heh.

24 July 2011

Shooting time!!!

I got a chance...
hehe inilah waktu yg paling dinanti-nantikan oleh aku.
Aku ni suka sangat tgk Jason Statham tau.
Movie kalo ada dia...fuhhh...mantap btol mamat tu!Nice999x...

23hb Julai 2011,
bertempat di LapangSasar Wang Pinang, Perlis.

Tempat Intern aku telah mengadakan kursus pengurusan senjata api~
Dapatlah merasa pegang senapang tu...hehe eksaited sampai lupa habis yg cikgu ajar!
Salah teknik aku rasa. pasal tu sakit tangan aku hari ni~ tapi xpa aku kan jenis yg enjoy kesakitan.

Shooting are divided into 2:
Satu: acara tembak jatuh piring, walau aku rs yg jatuh tu adalah plate bukannya piring..hentam ja!
Another one...acara clay pigeon. (sure susah nk tembak benda gerak2 ni).

Part yg xbest adalah waiting time...mak aii nkkena tunggu turn sorang2.
itulah sebenarnya part yg paling menguji..hehe (kesabaran senipis kulit bawang)
Aku pulak dah xberapa nak ada geng yg boleh dibuat gila...
ada tu memang ada..tapi masing2 punya fav person mestilah lain2 kan. *wink2

Kejap je rasa, setiap peserta diberi 5 butir peluru...untuk acara jatuh piring. tau2 dh habis tembak.hehe Setiap group, ada 3 orang, masa, bilangan plate jatuh semua diambil kira ntuk mencari pemenang lah!!! <<<< Ini aku join lah. xjatuh pun plate aku...neves sebab jd group First.

Untuk Clay Pigeon...aku rasa dh mcm pencarian Sharp Shooter..kiranya kalo aku upah brader yg menang tu, aku rasa 95% sure mesti kena target. Hehe bloody weyhh~

Terbayang2 jer das2 tembakan itu semua~

Aku nk upload gambar tp...tenet lembap lah~
Len kali aku letak ok...

P/s: aku ingat lepas ni dah xleh main2 lagi lah.
Bila aku nk start buat FYP aku???
esok nak try g kerja lah plak~ bole tahan kah aku?
kalo ada rezeki, nanti nak g tusyen tembak2 nih. amacam?

20 July 2011

17 July 2011

That wall...

Dulu-dulu ada satu dinding ni. Dinding ni kukuh sangat, sangat kukuh sampai nak cari satu habuk crack pun susah. Ada seorang budak perempuan ni…dia sangat kagum ngan kegagahan dinding itu sampai tiap-tiap hari dia akan pergi bercakap dengan dinding itu. Dia tahu dinding tu tak akan boleh balas balik apa yg dia cakap. Dia luahkan segala-galanya kepada dinding tuh. Suka duka, derita dan kerinduan dia, semuanya dikongsi dengan dinding yg kukuh itu.

Tetapi, dia tak sedar walau sekuat mana pun dinding itu…ia pasti akan dimamah usia dan perlu ada maintenance jugak.

Semakin bertambah umur budak perempuan itu, semakin dia belajar mengenal erti dunia yang sebenarnya. Kesibukan dirinya meghadapi dunia menyebabkan dia tidak lagi pergi bertemu dinding yang dikaguminya itu.

Sehinggalah suatu hari… dia sedar ada sesuatu yang telah hilang dari dirinya. Maka dia segera berlari pergi berjumpa dinding itu. Alangkah terkejutnya dia, apabila melihat keadaan dinding yang sudah retak dan hampir runtuh itu.

“I wish that the damage is not too deep, so it will be healing soon.”

02 July 2011

Mesti meluat kan baca pasal benda yg sama ja.
Haha lantak korang la...aku nak tulis jugak~ ^_^

Jumaat yg baru berlalu...1-7-2011
Tempat LI aku ada buat makan2 @ barbeque kat area Yan.

Nak dijadikan cita..
dorang amik lah geng2 praktikal ni.
dalam ati aku dh ckp "amik anak org pagi2 ni
mesti nak minta tolong buat kerja2 preparation".

HaHa...and betol pun my guess.
Nak basuh ayam, ikan dan lain-lain lagi.
Aku bukan pandai pun buat kerja2 ala-ala kenduri ni.
Setakat nak makan sorang boleh la.( perut sendiri, sandiri jaga)

Payah kalo suruh org yg belajar sains nih buat kerja.
Aku buat kerja jenis ikut apa yg aku belajar.
Ko tau la cara saintis masuk lab.
Jenis yg kalo xda manual....xjadi kerja tuh.
Kalo org cakap guna senduk...
seboleh-bolehnya ckp la saiz senduk tu, senduk too general.
(mesti rs nk ketuk aku ngan senduk kan?)
Aku pun xtahu sejak bila aku jadi mcm ni.

Owh..sebenarnya aku bkn nak taip pun yg atas2 ni...ter'taip' okay!
Then, waktu petang ada 'orang' rajin bawa kitorang jln2 pusing satu YAN.
YAN merupakn satu daerah di Kedah. Aku xtau kenapa ada Yan Kecil and Yan Besar.
Sangat2 seronok tau...aku senyum ja xleh nak cakap apa dah.
Eksaited sgt naik keta jln2 tepi pantai.
Xpernah tahu pun ada Pantai Murni kat Kedah.
Tapi pantai dia jenis yg berselut. xleh mandi~ huhu

Just to add, ada 3 waterfalls kat Yan.
-Titi Hayun
-Batu Hampar
-Sri Perigi
(ini yg feymes)

Pemandangan sawah padi kat sini memang BEST 999X...
berlatarbelakangkan gunung jerai..aku mcm xmau balik ja.
Suka sangaattt. sampai xsempat snap Pic pun
Ya la..dah dok terlopong tgk view cantik2. xingat apa dah.

Owh..dorang ada bawa g tengok satu chalet tu.
Pandai dowh owner dia buat konsep mcm tu.
setiap satu chalet tu...ada buat mcm kolam.so, kira mcm private skit.
u got d chalet with a mini pond..the price pun not bad.
so...sesiapa yg berminat just google "Salak Denai" Chalet.

Sekarang pun masih terasa macam dlm holiday lagi...
Gila ahhh..miko kalau dia suka satu2 benda tuh.
Macam ni lah keadaan nya..bagai dpt makan NY cheesecake Secret Recipe lagaknya.
Oh...Satu hari nanti I'll go again. and stay a little bit longer.

p/s: entri ni betul2 xda arah tuju.
dan korang xkan percaya yg semua ni>>>it just take about 1 1/2 hour only.(aku ja yg faham)

Too much FUN...Too much LOVE...Why 10 weeks are too short?

27 June 2011

Doa ku.

Hopefully, this won't be too long.

Okay..so dipendekkan ceritanya.
Someone yg ceria + yg selalu tenang melayan kegilaan aku.
dia jadi orang lain..(gelabah)

Mula-mula aku ingat dia dah start 'boo' layan aku.
Dah satu kerja, aku ter"upset" sorang2.
Nasib xsampai 24jam...kalo x...tak tahulah.

Rupa-rupanya dia memang tgh serabut,
entah apa yg telah berlaku sampai meng gugat ketenangan dia.
Kesian aku tgk dia...(aku xtgk pun sebenarnya)
Kronik, sampai tahap dia minta suma org doakan dia.

Dia jenis yg suka tolong orang...so..
Aku xsangka dia akan suruh aku doakan dia.
Bangga pun ada...(gila apa aku ni).

Then...today aku baca status FB dia. saying that dia dah OK.
Alhamdullilah...
I do care for people around me.

Moga tak teruk sgt "kecederaan" dia.
Plz people, take care of yourself when I'm not around you.
Ceh...mcm la aku jaga sangat semua org around me.

p/s: Dah pandai fikir tentang masa hadapan.

I do wish, that I can stay with you forever.
But NO, all the things in dis world are belong to HIM.
Ya ALLAH, tenangkan hati kami dan kurniakan kami kesabaran.

18 June 2011

T......

Haa...Inilah tuntung laut. atau nama omputihnya Painted Terrapin.
Ada stripes kat badan dia nampak x =)

Ini gambar tuntung laut dewasa. This pic was taken time kolam dorang dicuci.
So, jangan nak bg soalan kenapa takde air. Heh

Lagi satu..kalo aku letak pic waktu tuntung-tuntung laut ni dalam air.
Nanti korang geli...euww lah,, yuck lah...aku pulak yg rimas.

Sebenarnya..jaga hewan ni xda lah susah sangat.
Kita kena ada minat...sedikit hati perut...dan sifat perikemanusiaan.
And knowledge...
kang bela green iguana.ko hentam bg dia makanan green turtle siapa yg susah???
aku tau silly example kan..

Aah..sudahlah ko. Tuntung ni memang xpayah gatal2 nak bela la. ini aku nasihatkan.
Dah la makan banyak...cepat besar pulak tuh.
oh..ko tau tuntung-tuntung ni jugak kena bg ubat cacing.
Apa ko ingat manusia je yg ada cacing.Heh ko ni!!!!

Lagi satu, may be satu hari nanti akan ada org yg bertanya guna air laut ke.
Ye la dah namanya tuntung laut kan.
Tidak wahai kawanku....tidaklah ia hidup dlm air laut kecuali air sungai sahaja.
Itu hanya nama yg diberikan oleh orang-orang zaman dahulu kala.


p/s: aku ikut staff tempat praktikal aku g main bowling hari ni.dan seorang Pak Long yg agak berumur main ngan terernya. dorang ni memang kasi aku jeles ja kan.
Tu xmasuk lagi ngan sorang ranger yg dah berumur boleh lari laju 2round yg aku hanya 1round dan aku gelar dia IP Man miko. ^_^



oh ya..ini geng2 ibu tuntung sungai.later okay!

13 June 2011

Available BUT taken.

Hurm....sejak dua menjak ni
ramai pulak yg berminat ngan kehidupan peribadi aku.
maka terciptalah istilah siasat hati.
jeng...jeng...jeng.

siasat hati...
satu istilah yg muncul apabila
org lain yg lebih tua dan ambil berat
dan xberapa kenal aku dan baru kenal jugak
dan yg xkenal mak bapak aku
dan aku suka dengar dorang bercakap+membebel
dan aku tau dorang bercakap based on
their own experiences (yela dah nama pun org yg lebih tua)
bila dia datang dan ubah topik yg tengah hot digosipkan.
dah ada siapa2 ker???
ada "kawan" ke blom?

ohhhh...cukup la tuh. selalunya aku sengih+senyum ja.
Malas nak jawab...kang aku ckp NO hati aku ckp YES.
Sudahnya...baik diam ja.

Ni lah salah satu konflik kot orang yg hampir nak grad...tapi ada setahun lagi.
Then...semua sibuk ckp kalo xcari lagi sekarang ni.
Nanti dh susah bila dah keluar universiti.

Jadi...sebab mereka lebih berumur.Maka aku xmenjawab.
Padahal...(ini jawapan aku)

* ingat senang ker nak mencari...
nak cari partner yg sama2 habiskn hidup kat atas dunia tau.
bukan yg lepas 5minit bercerai berai tu.
Then..
*saya ni belajar lagi..bkn jenis multitasking.kang hancur study...
ada plak yg cakap "tu la gatal duk p bercinta lagi".

Lagi...aku tengok yg dok "mencari" ni boleh tahan ramai jugak.
Dan akhirnya bila kawan2 tau...semua org pesan weyh careful ngan dia, dia tgh mencari.
seolah-olah dia macam nk buat benda jahat plak aku rasa.

sebenarnya...aku nak update pic tuntung..tapi inilah pulak jadinya.
heh..dan sebenarnya jugak aku nak buat kerja tapi aku merapu kat sini pulak.

sebenarnya lagi..aku xda motip pun buat entry ni.cuma..
ye la...aku pernah jugak la buat lawak sorang2 waktu balik dari praktikal sorang2.
"kalo lah balik rumah, tetiba ada org masuk merisik. mesti haru kan"

ini hasilnya apabila miko ulang rutin yg sama setiap hari.
Life ni dah macam x Best pulak.


owh...aku jugak terjejas bila xleh download movie secara free.

03 June 2011

Hye...

I am PO, and I gonna need a hat.

Hye...

I am Miko si Maruku, tuan punya blog ini.
Ya. blog yg dah macam apa ja..
Kosong xber"entry".

Aku bukan xmau update...
cuma terlalu banyak yg aku nak cerita.
akhirnya....tangan beku, idea beku...entry pun beku.
so blog aku jadi beku.

Lagipun, aku kena tulis log book bukannya update blog hari2.
Heh...Ko diam jangan nak lawan statement di atas.

Aku tau lah aku punya tempat praktikal xbanyak kerja.
Tapi still aku buat kerja...Jadi aku nak cakap kat sini.
Internship ni boleh buat orang jadi Sibuk dan Lost.

Macam aku.

Waktu awal-awal dulu sebelum kaki menjejak alam praktilal.
aku macam rasa sedih sikit2...yg aku xtau kenapa tu.
jgn rasa hairan, aku lagi hairan.

Then...sekarang ni aku rasa aku lagi sedih.
Damn it...dah minggu ke-4 weyh.
Still aku rasa masa untuk praktikal terlalu singkat.
10 minggu jer!!!! Bila pikir lg beberapa minggu ja nak habis.
Aku nak cakap yuhoo....tapi aku sedih.


Sebab kat sini BEST.
Aku ni dah la penakut..I mean it.( Nampak jer cool...padahal )
Cakap ngan makhluk bernama lelaki ja boleh buat aku nervous satu badan.
Pastu gatal minta praktikal kat tempat yg penuh ngan lelaki pulak.
But NOT bad la...xda la teruk macam yg aku imagin.

melainkan
" Awak kahwin ngan saya lah. awak nak?"

HeHe... Dah macam satu joke ja bagi aku. Dah okay la kot.
Setakat ni...Tempat ni memang BEST.

So...sesiapa yg tercari-cari tuan blog nih.
Dia sibuk main kat tempat praktikal dia.

Sekarang ni, dah main ngan TUNTUNG pulak.
Next week aku tangkap gambar banyak2 yea...
Niat aku satu ja...Bagi pembaca setia blog ni kenal ngan TUNTUNG.

Aku dah cuba untuk tidak jatuh terlalu dalam...tapi aku gagal jua~

24 May 2011

Sebak aku dibuatnya.

Along, nanti bila mak abah meninggal dunia.
Dah tak ada orang nak jaga hulaimi.
Along, nanti kita baca doa mak ayah sama-sama tau.

Terdiam terus aku.
Budak kecik macam tuh cakap pasal hal yg serius cm ni ngan aku.

Hulaimi tau ka meninggal tu apa.
Meninggal tu mati la. dah xjumpa mak abah lagi.

Okay...serius memang xtau nak jawab apa.
Tapi aku gagah jawab jugak.

Along kan ada, nanti hulaimi duduk ngan along la.
pastu kita baca sama-sama doa mak ayah.


Ya Allah, panjangkanlah umur mak abah.
Andai kata mereka pergi dahulu daripada aku,
kau berikanlah kekuatan untuk menggalas tugas sebagai seorang kakak.

05 May 2011

for sure...

mustahil sesuatu kejadian itu tidak ada causes and effects.

macam aku lah. aku xmau tgk contoh jauh-jauh.

selepas fail satu paper,

baru nak sedar diri.

positifnya, aku mula belajar dgn lebih rajin.
negatifnya, saying goodbye to EAST COAST MALL.

haha...aku tgh pening memikirkan hala tuju hidup aku sebenarnya.

some says kena rancang or planning...
tapi bukan ke lagi senang kalau follow the flows jer?

planning ni benda alah apa yek???

kalau xda mereka-mereka ini...entah apa jadi ngan life aku agaknya.(tetiba ja)

I am saying a big thank you for those people yg ter'motivate' diri ni.
(jgn bajet aku dapat flying kaler plak). kena ckp terima kasih. beradab lah katakan.

roomate yg gigih g library n ada ntuk teman mlm2 buta study
roomate yg mmg bangun awal setiap hari.
roomate yg waktu ptg mmg keja entertain aku jer.
dorang boleh jd annoying bila dh mula ckp study..study oiii..study. tapi ini lah yg bagus.
kalo xcukup perisa annoy ni, aku memang malas nk study.

jiran-bilik-sebelah yg layan aku bila bosan study.
dan pau biskut dorang jugak.

ketua blok aku yg slalu merepek kat twitter.aku xtau kenapa bila setiap kali aku buka jer kertas exam mesti aku akan ckp "shabon spray". bisik sorang2... of course.

jiran level bawah yg slalu panggil aku miko walau dalam real life sekalipun.

org yg slalu aku stalk dari tingkap jer.

pemilik kereta warna gold. yg mmg inspiring habis bila dia mula study keras.

pemilik motosikal wave yg slalu buat aku kalut bc buku.

dan kawan aku yg suka duduk dlm bilik dia.smpai kat hall exam pun xjumpa dia.org ampang nih.

dan semua yg terlibat secara langsung dan tidak langsung dlm
membantu pelajaran saya semester lepas.

owh..tidak lupa jugak pada yg slalu tanya aku 'exam cm na?' setiap kali habis exam..
ini memang buat aku rajin kuasa dua. sebab aku memang relationship punya person.

family tu xpayah cakap lah kan..asal bosan jer aku call rumah.
jangan tanya brapa ringgit malaysia habis ntuk topup bila musim exam datang.

kepada org-org lain yg x ditulis di dini...baik korang kekal anonymous.kang riak pulak.

haha ^_^


kemanisan gula itu boleh menyebabkan diabetes. maka gunalah stevia.

04 May 2011

Kecamuk.

Tomorrow after 4pm...
the result will be out.

Tomorrow....
I need to move on.
guess I stuck here too long.


ok...quite cemburu jugak.

01 May 2011

It's here again.



You won't believe this.
Yep...Di amuk rindu. I am.

16 April 2011

Tiang.

Xpasal-pasal entry nih hanya berkisar tentang TIANG.
Aku harap lps bangun tidur esok pagi.
Aku akan ingat apa yg telah aku lupa~
Tuhan, bantulah hambamu.

Now....Terimalah TIANG.


TIANG
Dan di balik tiang itu
tersembunyi satu jasad
yg tak terlihat dek butanya mata
kerna pandangan terhalang
lantas kabur pandangan

Dan di balik tiang itu
ada sesuatu yg bersifat menyembunyi
rasa yg sama
namun terhalang
dek tegapnya berdiri

Dan di balik tiang itu,
segalanya disembunyi dan dihalang
dari di capai
dek kerasnya tiang

dan di balik tiang itu juga...
ada jiwa keliru
mencari jawapan
berjalan menuju ke tiang itu.

06 April 2011

BUKTI aku STUDY.

Sekarang ni aku tengah menunggu masa untuk habiskn semester ke-2, tahun ketiga degree aku.
Bunyi macam....
belajar apa sampai 3tahun xhabis-habis.

Haha aku masih ingat bila setiap kali habis semester,
kebagusan tiap2 semester yang akan di ukur dengan nilai GPA yg muncul.
aku cakap muncul sebab bukan aku yg kira, jadi kira muncul lah kan. =P

Tapi kenapa aku rasa dalam semua2 semester nih..
Semester nih..yup yang akan menutup tirai dlm beberapa hari lagi.
Ni lah semester di mana aku rasa aku paling-paling belajar...hehe
Sebab aku suka+sayang semua subjek yg aku belajar.
wahaha gila lah suka...jarang2 berlaku!!!


Aku malas nak study lebih2..sebab nanti aku emo.
Mau x emonya..bc sikit je.. "human activities & the effects".
dah tu banyak, eh semua nya negative belaka.

Pokok rosak....ikan mati....terumbu karang menangis...hehe
sibuk nak buat duit jer..tahu tak, hatta paya bakau yg berbau tuh pun ada fungsi dia.
ya..kot xtahu, tanya lah..ni ikut main sedap tangan jer tandatangan sana-sini,
bagi kelulusan bagai...

Dah kronik macam sekarang nih baru nak menyesal...baru nak sibuk.
SELAMATKAN ALAM SEKITAR.

ya..aku memang emosional.nanti mesti ada org nak lawan balik.
Cakap pembangunan nih penting..untuk dptkan sesuatu kita mesti korbankan sesuatu.
Cehhhh...
ko ingat aku xsuka ka kalo satu dunia ni ada internet. mestilah aku suka.
tapi bukannya aku xtahu, kalo nk letak tenet kena korek2 nk tanam kabel bagai~
at least yg ni aku tahu...kalo xda kabel. jgn kata tenet....nak telepon pun payah.

Tapi kan kita ada guideline, law & policies. Standard ntuk capai satu2 perkara tuh.
Aku pelik betul..dah semua nya ada tapi tulah manusia.
Kalo budak2 dlm kelas aku mesti dorang akan cakap "korup lah tu!" Politik sana-sini. Sampai naik muak aku dibuatnya.
Nak yg mudah aja....

Meh sini nak kasi contoh...xmo mention case ni kat mana.
Ada dua cara nak tebang pokok kat hutan ni. nak ambil balak kan..
satu cara senang..xpayah pikir banyak cut down ja seluruh kawasan target tuh.
Ini kita panggil clearing the area.
satu lagi caranya: by selection. So, susah la plak, nak pilih2, mana yg betul2 boleh di potong kan.

Dan pihak yg bertanggungjawab, telah memilih cara yg senang.
Kesannnya.....xpayah la aku nak elaborate panjang. Pikirlah sendiri.

Dari segi pelaksanaan undang2 plak.
Banyak dan segala macam jenis akta dah digubal.
Tapi bila diteliti, mesti akan ada point yg akan mementingkan keuntungan.

Aku cakap ni secara umum jer...
bukanlah aku anti-pembangunan. Aku pun suka...
Tapi kalo boleh aku nak hidup dalam suasana yg natural.
I mean it...sebab kalo tidak mana datangnya term environment-friendly.

Hurmm...segala isu berbangkit yg sedia sudah dibangkitkan boleh dibincangkan di sini.
Sebab aku memang layan bab2 mcm ni.

Jenis luah segala2nya kat blog...dgn harapan ada lah org nak mengutuk aku.
Silalah kutuk-kutuk nih. aku suka jer kalo ada org kutuk aku~


Lain kali aku tulis pasal EIA...nak?

05 April 2011

It's OK.

OK atau ejaan lainnya OKAY.

Menurut Oxford Advanced Learner Dictionary yg mana satu2nya kamus yg di install oleh orang yg bertanggungjwab dgn laptop aku nih..kalo harapkan aku.harapkan word aja lah agaknya.

Ok boleh membawa bermacam-macam maksud

1. Tanda setuju..YES, ALL RIGHT

2. Untuk menarik perhatian seseorang @ memperkenalkan sesuatu yg baru. (komen atau respon).

3.Digunakan untuk memastikan sesuatu atau untuk memastikan kefahaman tu betul atau tidak.
Ok.Kalau begitu saya di pihak yg salah. (kau jgn ingt ayat ni betul plak!)

4.Untuk memastikan penerimaan. Cth... A: Kita baliklah. Okay? B:Okay...



Itu baru sikit aku senarai kan...

Penggunaan OK jugak membawa makna orang yg diajak lawan bercakap itu dah bosan atau mahu berhenti mendengar satu pihak lagi bercakap.

Kalau asyik respon OK lebih 3kali..baik ko berhenti cakap. Buang masa ja bagi aku lah kan.
Kalo org yang aku lawan cakap tuh mula cakap OK....banyak2 kali. aku akan hilang mood nak bercakap. Boleh jadi aku akan tinggalkan ko tanpa penjelasan.

Jadi aku jugak ada tabiat buruk...xsuka nak membalas balik OK dgn OK...walau ko eja lain-lain versi.
Sebab walau kau cakap OK...apa kau betul2 OK ker? wahaha siapa yg paham, paham ler!

Owh..lagi satu penggunaan OK bg aku yg paling praktikal adalah ntuk mengelak dari bercakap dengan org yg xdigemari, org yg kurang dikenali...dan untuk menyelamatkn diri.

Meh sini nak kasi contoh

1. Awak semua jangan lupa baca notes saya tau....OKAY!
(kalo ko tanya lagi mungkin dia akan bagi bahan bacaan lain. jadi baik cakap OKAY!)

2. Bila emak bapa kau cakap...belajar elok-elok, jangan main-main.jangan couple lagi.jgn lupa telefon rumah. jangan .....blablabla. last sekali slalunya parent akan habiskan bebelan dia ngan OK? baik lah kalau cakap OK. nanti kena tinggal bas siapa susah?

3.If ada klasmate ko tanya CGPA ko berapa? baik ko cakap cepat2 OK lah.
(apa sibuk2 tnya pointer org nih, sepak kang!)

4. Awak jangan lupa telefon saya bila sampai nanti tau! Baik cakap OK. kalau tak...nanti merajuk dan jadi panjang perbualan tuh sampai entah bila baru habis.

5. Apehal semua negatif jer penggunaan OK nih. haha

6. Aku xsuka seorang 'orang' nih..jadi bila dia mula chat, sms, cakap....aku akan cakap OK banyak kali. sampai dia blah...haha berkesan oooo.

Tapi itulah..OKAY ni bunyi dia sedap & simple..tapi kalau setakat cakap jer..xbertindak se OK yg dicakapkan tiadalah gunannya juga. Maka, biarlah Ok juga di dalam, jangan Ok di mulut jer!

Nak contoh lagi ker??? haha cukup lah tuh. KO nanti...haha

02 April 2011

Nyamuk.

Kenapa dari kecil lagi...
aku dengar orang sebut & ajar nyamuk gigit...
bukan nyamuk cocok, bukan nyamuk hisap ker????

Nyamuk bukannya ada gigi...jadi macam mana dia nak mengigit.
Apa....hampa semua xpercaya !!!!

Xpa2x...meh tgk gambar anatomi nyamuk nih.



aku xlukis la..aku amik kat syaikh maulana haji google ja~

Nampak x yg bulat warna merah tuh..tu namanya mulut nyamuk.
memang lah kat situ tulis proboscis...dah memang tu nama dia.

Dah la tu...nyamuk merembeskan sejenis cecair yg bagi kita rasa gatal.

dari mana datangnya perkataan 'nyamuk gigit' nih???

penyakit bawaan nyamuk nih xpayah sebut lah sekarang nih....sebab isu yg aku cuba ketengahkan dalam entry nih. Aku rasa tertipu sebab dari kecik lagi. depa ajar aku benda yg salah. nyamuk xda gigi!!!

27 March 2011

Every second counts-


Yup....tak sia-sia aku tengok movie nih.

Makin bersemangat nak menghadapi hidup ni~

Pengajaran yg aku dapat adalah James Franco ni hensem!!!! awww~

haha..xada lah. We must appreciate every second in our life & every one that we have in our life.
Demmm.. I want my mommy!!! Minta maaf lah sebab selalu susahkan mak abah~ huhu

Now, kena tabah menghadapi hidup.

JOm.... StUDy!

19 March 2011

Flash tapi takde back.

"Awak cakap lah ngan mak,
saya nk sambung tengok tv

hurmm..hello mak cik sihat?
musim hujan nih. macam mana keadaan kat sana..
saya jauh dari keluarga...
habis rindu pun, telefon aja yg jadi penghubung.
ini pun baru lepas cakap ngan ayah...
ni yg terus telefon nak cakap dengan miko.
tapi dia nak tengok tv plak.
alah..musim banjir macam nih, buaya banyak lah (aku cakap kuat-kuat)
apa mak cik ada buaya ker? tu ada dengar suara miko cakap tuh.

mak cik dekat sini, banyak jual strawberi..murah
tapi xboleh la nak post.nanti busuk plak.
alah cerita ja lebih..sebab tau xboleh bawa balik kan2x (aku ckp kuat-kuat lg)

mak cik pun mengiyakan aja apa yg dia cakap"

Aku yg dah tak boleh duduk diam-diam,
pura-pura menumpukan perhatian kepada tv ..
yg tengah tayang cerita cina apa ntah...ye lah dah hilang fokus.

mak aku dah mula senyum sambil memandang tajam ke arah aku.
aku dah tahu lepas talian dimatikan, seminggu mak aku akan usik aku.
aku pulak kalo dah kena usik nih...mesti panas jer muka.

16 March 2011

Adil & segi empat sama.

Adil & segi empat sama.
aku dah penat menaip dalam bahasa Inggeris.
Itulah....siapa suruh ko masuk kelas bahasa Inggeris.
Itulah ikut gila kepala, kerja tak siap, padan muka! (xda kaitan ngan engkau!)

Aku rasa dunia adalah satu cycle.opss kitaran.
Satu kitaran, ada yg hidup ada yg mati....(aku bukan nk tulis pasal tsunami)
Ada yg sihat, ada yg sakit....
Ada yg cantik, ada yg huduh.
Ada yg gila, ada yg waras...
Ada yg cerdik, ada yg bodoh...err kurang cerdik.
Ada yg bisu..ada yg petah...
.
..
...
Ada yg kena lempang jap g...hoii cuba terus ke titik utama (bc =main point).

okay2x...sebenarnya aku cuma nak cakap lately aku rasa hidup aku ni agak bermakna,
walaupun life aku sebelum ni aku rasa aku emo ja lebih.
Kawan aku pernah ckp, "miko sebelum nih garang, payah nk senyum".
then aku senyum..." senyum selalu, hampa jugak kata aku gila"!!!

xda lah...selama aku hidup dah nak masuk 23tahun ni.
sekarang baru aku boleh senyum...mcm xmasuk akal.tapi itulah.

Tuhan itu maha adil ko tau x?
Aku lepaskn somthing yg aku tahu aku xboleh buat.tapi aku suka bangat!!!!

Tapi tuhan bagi nikmat lain pada aku.

Hati yg tenang fikiran yg xbercelaru..jarang weyh nk dapat rasa semua nih!




Sekarang ni cuti sekolah, jadi xda gunanya aku telepon rumah nk cakap ngan mak aku.
Mak aku mesti sibuk layan adik-adik aku agaknya.
Aku rasa mesti mak aku bajet anak dia tu strong agaknya~
berbulan-bulan xbalik rumah..berminggu-minggu xcall....
rasa nak nangis bila ingat rumah aku jauh berbatu-batu..jalan kaki xsampai-sampai.

sebenarnya aku merajuk sorang2 weyh..mak aku x pujuk aku pun :(


08 March 2011

Langit itu BIRU.

Amaran: tajuk tiada kaitan secara langsung dengan isi kandungan entry ini.


Walau masa aku selalu terisi dengan homework+assignment+presentation+program
tapi aku sedar, semua nih adalah perlu untuk jadikan aku manusia berguna.
sampai satu tahap...sampai fed-up nk buat apa-apa...rasa macam penat yg tak de penghujung.
biasanya...kalau aku dah capai tahap ni, aku akan tidur je siang malam...buku xbaca, kerja xjalan.
tapi itu dulu lah..sekarang dah xbuat macam tu lagi...
rehat perlu jugak..tapi xdalah berlebihan..jalan, jalan jugak...tapi jangan lebih-lebih.

Sebab akhir-akhir ni, bila aku dalam perjalanan pulang dari kelas..
aku selalu terfikir..lagi setahun aku akan grad.
dah bersedia kah nak masuk alam lain plak...?
well..kalau tengok kawan2 skolah aku..dah ramai yg move on..
dh habis study semua.so ada yg dah kerja, ada yg sibuk jaga anak, ada yg asyik g interview jer...
lain orang lain jalan hidup kan...^_^

Aku????....CGPA xpayah cakap la...org lain sibok jaga pointer, aku punya asyik turun jer..
jatuh self-esteem aku ni. huhu tapi jenis berfikiran positif payah jugak. kejap jer insafnya.

Cara aku fikir pun lain daripada orang lain..itu aku tau, ko xpayah cakap kan.
Tapi dalam usia yg makin meningkat nih, ada satu jer yg aku tau memang xakan berubah...
perangai kawan aku yg suka melukakan aku...
aku kalau aku terluka...payah juga nk ubat.makan masa...bertahun mungkin.
tapi sebab dia kawan aku...jadi aku jauhkan sikit dari dia sbb nak jaga hati aku.
sambil berharap dia akan sedar bila aku jauh dari dia...tapi aku agak dia xakan pernah sedar.

Therefore, aku akan anggap semua ni dugaan dari tuhan.(sambil pandang langit biru)
sebab sekali kau jadi kawan aku, selamanya kau akan jadi kawan aku.

06 March 2011

Merepek.

tadi aku dah tulis siap molek2 satu entry yg aku kira agak bernas untuk tatapan korang...
tapi itulah..itulah..itulah...
jari aku tekan apa ntah, habis blank semuanya,
turun naik semangat dan keazaman aku,
bulan ni dah la macam xsibuk kan. bizi yg amat!
tapi aku nih senang sangat nk down ngan up...
jadi aku nak berazam....aku nak aim higher untuk subjek2 semester ini.
sebab orang kata aim biar lebih sikit, tapi bercanggah sungguh dengan yg ini
"ukur baju di badan sendiri"...ha.macam mana plak nih? mana satu nk kupegang nih?

sudahlah tulis bukan2 kat sini,pergi study lagi bagus kan. baru boleh dapat A. betul x?

takut betul bila pergi dgr org ceramah pasal kahwin ni.
esok ada lagi, tu lah gatal sangat g daftar hari tu.huhu

susah kan kerja2 kahwin2 nih....
aku rasa kursus kahwin nih, pengisian boleh tahan, tapi kenapa kes perceraian macam goreng pisang panas aja aku tengok..ada ker cakap "aku ceraikan kau sebanyak bintang di langit".
waduh....kok bisa sampai jadi gini..

Ok...husband aku nanti kalo boleh.
aku nak yg baik jer..xpayah la baik serba-serbi,baik dengan aku jer lagi bagus, kalo baik dgn semua org xbuat baik ngan ahli rumah x guna jugak. xpayah hensem pun xper, penat nanti aku nak cemburu.kalau boleh xpayah jujur sangat pun xpa...haha biar yg satu kepala ngan aku kalo boleh....itupun kalo lps level test oleh mak aku.payah gila syarat mak aku. mesti sayang anak dia macam dia sayang anak dia.perghhhh....mak aku memang lah! mak.. mana sama sayang mak ngan sayang org lain...ececeh.
ceh..kalo nak senarai memang lah xcukup tanah aku nak tulis.

tapi sekarang nih, aku teringin gila nak beli set buku Ihya Ulumuddin karangan Imam Ghazali.
cantik weyh....aduh poket plak kering. xtau buku apa, g GOOGLE sendiri. buat hantaran cun jugak..

p/s: jangan salah sangka plak. aku xakan kahwin dlm masa terdekat.tensen sbb xboleh g kenduri-kendara kahwin rakan2.

26 February 2011

Yg setia.



Hati aku sekarang ini
rasa tenang sangat...

Aku dah lama xrasa feel yg macam ni
selalu serabut aja, cari masa nk buat itu ini sampai aku ignore macam2...
dan muka aku pun dah kurus sikit aku rasa..
tengoklah sampai muka kurus sikit pun xperasan..
ini pun mak aku yg ckp waktu aku balik rumah 2minggu lepas..

nak harapkan aku, mana lah nak perasan perubahan kecik2 mcm nih.heh~

Sekarang nih, aku nk stop or reduce cakap sampah (bc= rubbish talk) kat tempat yg open mcm facebook. bukannya apa aku nih xbrapa suka bab2 open-open nih..kau cakaplah pemikiran aku sempit ke apa ke....sebab xbagus kan ko punya aktiviti luar or dalam, your closet open to the whole earth~

Dalam Quran pun ada cakap kan, Allah dah tolong ko tutup keaiban ko tapi ko sendiri g buka..apehal? aduh...
Lepas tuh, aku juga baru sedar...selama nih aku bajet xda orang yg rajin nak main kat page FB aku, ye la...aku kan xsuka contact2 ni...sbb tu aku asyik hilang ajer....sebab tu aku x add semua kawan2 aku kat FB..haha siapa nak amik tahu pasal hidup aku, kau dipersilakn add aku, then aku approve..haha nak amik tahu lebih2 ko bc lah blog pulak kan...=D

Sebab dlm satu minggu aja, aku terjumpa kawan aku yg aku kira xdalah rapat sangat...lama jugaklah xjumpa..then dia terlepas cakap...pasal ikan emas. haha aku memang suka merapu kan..sampai ikan emas pun aku buat isu. nampak sangat dia bc kan...aku xmo guna word stalker, nampak harsh sangat, skodeng pun better aku rasa. tu lah kalo ko slalu skodeng page org, ko kena prepare untuk pg ko diskodeng balik oleh org lain~

Lepas tuh, aku terfikir...kalau emak aku baca boleh tahan lagi...
tapi nanti kalau bakal mak mentua baca macam mana? haha sudah, kena plak yg garang kan.

Ehhhh...apa aku cakap pasal mak mentua ni kan. haha

Aku suka keadaan aku yg macam ni, yg boleh senyum sambil pandang langit biru.Perasan x, dah lama aku xmention pasal bulan.....yup, bulan sekarang payah nak nampak.hilang entah ke mana....aku juga yg setia merinduimu wahai bulan~

;;