30 October 2010

Dua dalam satu.



(i) Esok...
First paper aku untuk periksa akhir semester ini.
Tapi aku xrasa macam nk study notes aku sampai habis pun.
Aku sibuk buat apa ntah..alih-alih esok petang dah nak masuk dewan periksa.

Org lain pegang notes, aku pun pegang jugak..
Org lain basuh baju, aku pun basuh jugak..
Org lain makan, aku pun makan jugak...
Org lain tido, aku pun tido jugak...
Org lain tgk VAMPIRE DIARIES episod 7, aku pun tengok jugak.
Jadi kenapa aku study notes aku, sampai xhabis-habis.....??????

aku tau aku nk salahkan siapa.
WWWWWWWWWWWWWWWWWWWWW...henshin!

ii) kalau suka macam mana pun seseorang yg aku label sbg public figure.
Public figure yg org semua kenal tuh...

aku sedar bukannya, aku boleh pergi dekat dia ckp...

Hi, saya miko! Boleh x saya nak kawen ngan awak? Penat tau saya tgk cerita awak kat tv, facebook awak pun sy jadi fan, semua pic awak kat google saya hafal, gosip awak baik atau buruk semua sy catat,blog awak pun saya baca... jadi boleh saya bawa balik awak simpan dlm almari saya?

Haha, deep inside memanglah ada rasa nk buat cenggitu..err

Pandangan aku; adalah baik untuk share dengan semua org yg sama-sama suka.
Macamlah ada faedah kalau dok gaduh berebut dia yg diminati.
Biarlah shindong nak kawen, aku suka sangat!Kesian shindong,
kalau asyik jaga hati fans jer, siapa nk jaga hati dia?
aku ralat baca komen jenis nih.hmmmm

Biarlah org nak hasut aku macam mana pun suruh suka DAMON SALVATORE,
aku tetap suka STEFAN SALVATORE jugak. Wah..xsabar nk tunggu next episode.
Kita tidak memerlukan sebab yg kukuh untuk SUKA sesuatu. <<<<<<(macam lah!)

Tapi deep inside here (letak tgn kat dada)...dah ada yg menghuni.

Dah..jangan nk buat spekulasi awal...nak tau apa-apa letak kat bahagian komen.

Jangan nk dtg serbu aku time aku nak masuk dewan periksa plak! Privasi, ok!

public figure lah katakan! LOL~

28 October 2010

Aku nak berhenti!!!

Yup...ak betol-betol nak berhenti.
Kalau aku x mula dari sekarang, bila lagi?
Walau susah tahap nak mati.
Aku WAJIB berhenti.

Maka, ampun kan salah silap miko.
Dia mahu berhenti merungut dan pergi exam.
bye~


Haha..ini semua dusta semata-mata,
kenapa setiap kali aku jumpa org,
aku akan tercakap "bnyaknya nak kena study".
padahal aku dah tau masa yg aku habiskan untuk buka mulut dan cakap macam tu.
lebih baik aku g study notes aku.

Jadi, miko sila berambus kau dari sini.dush~ sepak miko!

setiap kali aku nak chat ngan tepon ja, mesti kena halau g study.huhu

25 October 2010

Alamak!


Assalamualaikum,

Dah lama aku x jalan-jalan ke blog yg slalu aku singgah,

bukannya xberkesempatan,

cuma terlupa sahaja.

Dan bila berkesempatan. aku pun taip url.

then..selepas loading.......pup terpampang skrin nak password bagai.

Kenapa mereka-mereka ini private kan blog dorang.

Sebelum ini ok ja, takkanlah sebab exam week, sibuk sangatkah...

atau personal sangat kah entry mereka?

I can't stop thinking : whatsoever the reason why they are privating their blog~

Kecewa bila buka, then kena dah private.hurmmm...why?

agak-agak lepas ni turn aku pulak nk private blog nih~

p/s: hari ini..dah beratus-ratus kali aku sbut "aaa".

23 October 2010

Minggu ini.

Entry ini akan berputar-putar sekitar hari isnin sampai hari jumaat
berkenaan kehidupan seorang manusia yg juga makhluk tuhan di bumi ini.
(I guess ini introduction.)

Sepanjang minggu ini,

dia mula rasa annoyed ngan perkataan "pastu"
tapi dia sendiri xsedar dia selalu sebut "xpa"
berjuta-juta kali!

dia asyik cakap sibuk lah, tunggu dulu, nanti lah,
all those words yg menipu pandangan dunia.
konon-kononnya dia rajin buat kerja dan belajar untuk exam final dia.

padahal dia sibuk update entry kat blog, chat lg, main COB kat fb lagi.
post status merapu2 kat semua tempat yg ada tulis
what your status?

itulah..tanda-tanda awal kemusnahan dia.( dia dah mula gila)

Tiba-tiba,
sewaktu dia buat -buat xkesah akan hati dia,
dia terbaca atau terkesan sesuatu yg dia xmahu ambil tahu,
dan dia telah terambil tahu.
Maka, dia sudah mula sasau memikirkan perkara itu.

kesian, itulah ustazah dah pesan.
jangan terlibat dengan perkara yg melibatkan hati dan perasaan kalau xkuat.

Tuhan,
tolonglah dia keluar dari kemelut hati.
Jangan biarkan dia hanyut dengan hatinya.

Saya ingin membawa hati saya jauh-jauh.
walau xdapat dibaiki sepenuhya, kerana saya tahu parutnya akan tetap di situ.
Alangkah indahnya hidup andai semua yg terjadi mengikut apa yg dirancang,
tetapi Tuhan lebih mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNya.

Saya bersyukur kepada Tuhan.
Kerana saya berpeluang memiliki sekeping hati.

Tuhan,
mudahkanlah jalan buat hati ku ini.

Kesimpulannya, dia xtahu kenapa dia rasa sakit padahal xcedera kat mana-mana pun.
I guess this is what people call dilemma. Or maybe "sendiri cari pasal, sendiri tanggung".

I wish time will heal all of this stupid things. I hate being felt like this.

21 October 2010

Siapa kau?

Selalunya soalan seperti siapa aku?
akan bertandang. menerjah kotak fikiran aku.
korang? aku xtau lah...kotak fikiran masing-masing kan.
Dengan soalan siapa aku ni lah,
boleh bawa diri aku jauh-jauh.

tapi this kind of question
If dibiarkan agak bahaya jugak sebenarnya.
melainkan kalau ko jenis yg berfikir tapi berfikir dengan adanya ilmu.

let say,
Siapa aku? Aku makhluk tuhan.
Tuhan tu siapa plak?kenapa dia wujudkan aku? Apa fungsi aku di bumi nih?

Nampak tak, betapa bahayanya kalau kita hanya berfikir tanpa hala tujuan.
Fikiran tuh sendiri ada bahayanya.
Sebab ramai yg kurang mengetahui.Syirik terbahagi kepada dua.
Syirik kecil dan besar.
Syirik nih apa? Plz, google it. Adakalanya mencari sndiri lebih lama lekatnya di kepala.

Selalunya org xambil kesah sangat. They do whatever that seem right to them.

Contoh paling mudah,
" jangan nyanyi lagi, tengok hujan dah turun"

Aku pernah dgr seorang tok guru cakap:
Ini dh boleh kira khurafat...sebab Allah yg turunkan hujan. bukan nyanyian yg xsedap tu.

Samalah macam kita cakap,
"nanti baiklah demamnya lepas makan ubat".
bukan ubat yg sembuhkan kita. Tapi Allah SWT.

See, perkara-perkara yg kecil cam ni,
yg kita pandang remeh pun sebenarnya ada isu tau. (aku tau ko xpandang pun).

Sebab apa tau, benda-benda yg kita sebut hari-hari nih.
dia akan pengaruh pemikiran kita secara xsedar.

Tetapi,
Soalan Siapa aku?
boleh juga bawa kepada cabang yg baik. Muhasabah diri sbg contohnya.

Siapa aku>Miko si Maruku> Dia tulis blog> Dia merapu ja kat blog dia> xbest pun, dia hentam tulis juga>nak kena private blog?

Aku nak tulis pasal perkara lain sebenarnya....tapi tengoklah apa jadinya.

I'm really bad at teaching, that's why I hate teaching others.
But If you ask for Questions, I'll try my best for the answers.

17 October 2010

My mission.

Okay..
lately aku sgt suka tidur.
siang malam aku tidur.
kalo x amik caffein, memang tidur je lah keja aku.

huhu jadi. bila aku tidur ja.
habuk tadak~ keja semua xsiap!

maka hari ini iaitu hari ahad.
aku nak stay wake up n get fresh for 12 hours.
harap-harap jadilah kot.

p/s: nyanyi lagu dari DEN-O punya movie sambil tiru momotarous lompat2.heaven~

If We Met In a Dream.

12 October 2010

Beratnya.

Beratnya...
bila xdapat meluahkan apa yg di rasa,
Beratnya...
bila xbisa memilih antara kamu,
Beratnya....
bila jalan di hadapan kelam x bercahaya,
Beratnya...
bila mata hati dikaburi noda
Beratnya...
bila hati dipenuhi karat-karat jahiliah,
Beratnya,
bila dosa mula dianggap pahala,
Beratnya,
bila yg haram dihalalkan,
Beratnya,
bila dusta dianggap benar,
Beratnya,
bila yg bersih dikotori,
Beratnya,
bila yg suci dinodai,
Beratnya.,
bila pandangan mata sudah tidak lagi memandang,
Beratnya,
bila kaki tidak mahu lagi melangkah melalui kebenaran,
Beratnya,
bila akal berfikir tanpa pedoman,
Beratnya,
bila manusia sudah lupa akan penciptanya,
Beratnya,
bila rasa syukur sudah sirna,
Beratnya,
bila dunia diutamakan, akhirat dilupakan.

10 October 2010

Lebih kurang lah dengan tajuk kat atas tu.
Aku baru google guna ayat kat atas tu (tajuk entry ni lah!)

Dan aku sungguh terkejut bila tgk hasil google aku.

Apa yg aku dapat

1. How to treat a Girl Well-wikiHow
2. How do you know if a girl likes you- Answers.com




Cukup lah sikit-sikit ja aku tulis hasil pencarian aku..
seronok jugak baca...part of it quite true jugak. hehe

Tapi kan, errr...
those things kan lebih baik kalau dari experience sendiri lah.
haha..nanti nak cerita dekat anak cucu sedap lah jugak.

If lah kan,

atok dulu nak ngorat nenek ko...
atok google dulu tau, semua tips yg ada kat google atuk try tau.
sekarang ni atuk bahagia dgn nenek ko sampai ke anak cucu.
Terima kasih kepada google.

kalo aku jadi cucu, aku akan cakap dalam hati aku.

"gila looser atuk aku"


haha...jadi kpd bakal suami aku...plz don't google bila nak amik hati aku.
wahaha..aku akan ada 2 perspektif mengikut keadaan semasa aku..

angelic miko akan ckp....it is so nice of you, googling for me..

the devil one akan ckp.... what! for sure aku akan gelak sampai mati bila-bila aku teringat. annoying kan.


haha...entah kenapa aku post entry pasal nih..
lately aku banyak salah cakap..eksaited kah?
aku xtau kenapa aku banyak salah cakap.

selalunya kalau jadi cam ni, aku tgh nervous or something important going to happen.
but...
aku xtau kenapa nih.


sekarang nih, aku dah mula post entry yg aku label sebagai entry syok sendiri...

06 October 2010

The Last Song

Salam...
Salam sejahtera buat semua penghuni alam semesta.
Salam cinta buat semua penghuni hati miko.
Salam rindu buat sang perindu yg sentiasa merindu.
Salam kasih buat mereka yang punyai kasih yang menggunung.

gatal gila tangan nak update blog ni ha..
asyik siapkan laporan makmal aja...heh.
sampai aku rasa gaya penulisan laporan makmal aku dah xscientific lagi.
gaya dah serupa blog juga aku bantai.
Akhirnya, berjaya siap juga!

Excited sangat! ho, yeah! Hooray! I'm here!

Kali ni nak bg review sikit, tentang THE LAST SONG.


cover buku yg baru..yg lama xda Miley cyrus.

BUKU.

The Last Song by Nicholas Spark.
Mamat ni sapa? hangpa semua xkenal ka?
Mamat ni lah yg tulis novel Dear John, The Notebook, A Walk to Remember.....bla.bla.bla.
Banyak tau dak novel yg dia tulis,
dan kalau x silap ada 9 buah novel dah di "movie"kan.
Best tau novel nih!

Gurlz mesti suka baca dis kind of genre.romantic gitu!
Pasal family pun ada sikit....i'm not describing all the details, ok!
The best part of novel ni, bila si Ronnie siapkan lagu terkahir ayah dia yg menghidap cancer. Sayu.sedih.gembira. semua nya bercampur baur.( ingat kat abah!)
Part yg best juga..bila dapat pakwe yg gila understanding cam Will.
huhu.

MOVIE.

suka tgk splash tu!


oleh sebab aku dah baca novel.
maka wajib untuk aku tonton MOVIE plak.
Tapi quite disappointed lah.
sebab terlalu cepat jalan cerita dia.
Malah kalau xbaca novel mungkin akan garu kepala.
atau tertidur di tengah-tengah perjalanan cerita.

Owh....Miley Cyrus ngan Liam yg berlakon movie nih.
Aku dah terbawa-bawa cara Miley ketawa.....
xboleh blah btol.

Part yg best pasal movie adalah bila anak-anak penyu menetas dari telur.
and kena guide suma anak-anak penyu ke pantai.
Guna torchlight tau kawan-kawan,
baru senang baby turtles semua nak ke pantai.
I hope they will succeed with the next stage of life.
Sangat comel tau! jalan-jalan nak ke pantai...Owh!

Check kat sini ntuk The Last Song (movie).

03 October 2010

BounCing moQue.


Nama saya Bouncing Moque.
Menurut cerita yg saya dengar dari tuan saya.
Bouncing tu sbb kepala saya yg besar nih, bila tepuk2 nanti akan bounce.
Chumel kan saya? hikhik~
MoQue plak singkatan kpd gumuk*...adorable tau!

Sepanjang perjalanan dari Johor ke Kuantan.
Saya memang clueless habis lah...ntah mana-mana Cik Apin nak bawa saya.
Mula-mula saya ingat Cik Apin ni lah tuan saya, tapi tiba-tiba saya berpindah tangan lagi.
Saya berkenalan pulak dengan Cik Imah. Saya ingat nilah tuan saya.

Tapi...saya dengar Cik Imah cakap dengan seseorang dalam telepon.
Suruh balik kuantan cepat-cepat. Yg sempat saya dengar part
" balik ah cepat, kesian bear duduk atas meja"

Selepas itu, saya tahu bahawa Cik Imah bukanlah tuan saya.
Tuan saya xbalik kuantan lagi. Pandaikan saya main guess2* ni.
Owh lupa nak cakap...
Saya ni kaler oren-oren sikit.pakai reben pink lagi. jantung saya ada kat luar.
saya pun pelik..kenapa jantung saya ada kat luar.
mungkin senang nak treat kot kalo jantung sakit dan ada kat luar.

Pagi-pagi lagi...Cik Imah angkat saya.
Dan dia letak saya dekat seorang manusia ni.
Then, dia cakap HAPPY BIRTHDAY!!!!
manusia tu tengah tidur tau...then dia buka mata terus pelak moQue.
sesak nafas sekejap. nasib sekejap jer.
maka moQue masih meneruskan kehidupan seperti biasa sehingga hari ini.

Selepas itu...rutin harian saya berubah.
Saya akan didudukkan oleh tuan baru saya sebelum dia pergi mana-mana.
Kadang-kadang dia ajak saya tengok movie sama-sama.
MoQue. cJ7. Ricky. Tuan saya.

Hehe...saya suka part tengok movie nih.
Rasa macam satu family bahagia...suka sangat.
Kadang-kadang kami akan senyum sesama kami juga.
senyum yg hanya kami sahaja yg tahu maknanya.

Walaupun Cik Imah dah bagi saya kat tuan saya.
tetapi tiap-tiap hari dia dtg peluk saya...kan saya dah cakap awal-awal.
Saya ni adorable. saya tau ramai yg sayang saya!

Manusia yg selalu saya jumpa xbanyak.
Saya boleh ingat nama-nama mereka..
sbb tuan saya ajar " hidup biar beradab.jgn kurang ajar dengan manusia".

Jadi..
sebab xnak dengar tuan saya membebel dan nak tgk movie juga.
Saya pun ingat jugaklah.
Nama apa ntah manusia-manusia ni....Wany, Zue, Syaz, Suria, Suzanne, Syafiqah,Fizah, Dila,Syahidah...ish2x...nama dorang suma xda lah sedap cam nama Miko si Maruku tu.

Lagi kan saya rasa cukup-cukup lah saya curik2 tulis kat blog Miko Si Maruku ni.
Nanti kalau tuan saya tangkap saya menulis nih.
Mau nya dia denda saya ngadap dinding 24jam.
Xsanggup lah saya~

Jadi nanti saya tulis lagi..
Doakan agar saya xtidur atas lantai lagi.

01 October 2010

Mahu pergi.

Sudah lepas keadaan kritikal...
maka dah boleh keluar ICU, dah boleh duduk wad biasa.
2-3 hari lagi mesti sudah boleh pulang ke rumah.

macam ni la keadaan semasa aku.
hujung minggu ni...aku mau settle down.
sorang-sorang aku, aku mau duduk diam-diam.
diam dalam erti kata miko.
adalah tidak keluar meronggeng di bandar.
atau pergi lepak kat kedai kopi sampai larut malam.

bila aku dah duduk diam-diam dalam dunia aku nanti.
memang sah aku tak wujud dalam dunia orang lain.

dan lagi.

If u treat me well, I'll treat u better.

serius lah.memang sifir manusia yang ada hati.ada perut.buah pinggang. semua cukup.
akan buat cam ayat ni.
Tapi sejauh manakah kesedaran. sejauh mana kepastian kita bahawa:

kita xmenganiayai orang lain.
kita xambil hak orang lain.
kita x guris hati orang lain.
kita xlukakan orang lain.
seksanya orang lain disebabkan diri kita.

Tapi, setakat yg aku mengaji agama zaman sekolah aku.
"Ini daripada pengetahuan aku sendiri yg terhad", kalau salah betulkan.
Islam tak pernah ajar penganutnya..
membalas perbuatan buruk dengan buruk jua.
Perbuatan baik dengan buruk. tapi

Islam sentiasa ajar penganutnya untuk berbuat baik.
bacalah sejarah...selidikilah sirah Nabi.
mesti akan jumpa betapa banyak perkara buruk yg dibalas dengan baik.

maka, aku mau ingatkan diri sendiri dan kamu jugak.
jika ada sesuatu perkara yang berlaku kpd diri kamu.
tidak kira baik atau buruk.
maka sedarlah mungkin kamu pernah melakukan perkara yg sama.
jadi sentiasalah kita merenungi kembali perbuatan kita.
saya mahu pergi jauh sekejap dari kamu.

aku xpernah pandai nak marah orang lama-lama.
walau aku senyum atau ketawa. atau muka kerut.
hanya hati aku yang tahu apa sebenarnya maksud ekspresi wajah aku.

New or old. I'm not proud of it.
So, stop asking and talking about 'em.
It really pissed me off.

;;