26 February 2011

Yg setia.



Hati aku sekarang ini
rasa tenang sangat...

Aku dah lama xrasa feel yg macam ni
selalu serabut aja, cari masa nk buat itu ini sampai aku ignore macam2...
dan muka aku pun dah kurus sikit aku rasa..
tengoklah sampai muka kurus sikit pun xperasan..
ini pun mak aku yg ckp waktu aku balik rumah 2minggu lepas..

nak harapkan aku, mana lah nak perasan perubahan kecik2 mcm nih.heh~

Sekarang nih, aku nk stop or reduce cakap sampah (bc= rubbish talk) kat tempat yg open mcm facebook. bukannya apa aku nih xbrapa suka bab2 open-open nih..kau cakaplah pemikiran aku sempit ke apa ke....sebab xbagus kan ko punya aktiviti luar or dalam, your closet open to the whole earth~

Dalam Quran pun ada cakap kan, Allah dah tolong ko tutup keaiban ko tapi ko sendiri g buka..apehal? aduh...
Lepas tuh, aku juga baru sedar...selama nih aku bajet xda orang yg rajin nak main kat page FB aku, ye la...aku kan xsuka contact2 ni...sbb tu aku asyik hilang ajer....sebab tu aku x add semua kawan2 aku kat FB..haha siapa nak amik tahu pasal hidup aku, kau dipersilakn add aku, then aku approve..haha nak amik tahu lebih2 ko bc lah blog pulak kan...=D

Sebab dlm satu minggu aja, aku terjumpa kawan aku yg aku kira xdalah rapat sangat...lama jugaklah xjumpa..then dia terlepas cakap...pasal ikan emas. haha aku memang suka merapu kan..sampai ikan emas pun aku buat isu. nampak sangat dia bc kan...aku xmo guna word stalker, nampak harsh sangat, skodeng pun better aku rasa. tu lah kalo ko slalu skodeng page org, ko kena prepare untuk pg ko diskodeng balik oleh org lain~

Lepas tuh, aku terfikir...kalau emak aku baca boleh tahan lagi...
tapi nanti kalau bakal mak mentua baca macam mana? haha sudah, kena plak yg garang kan.

Ehhhh...apa aku cakap pasal mak mentua ni kan. haha

Aku suka keadaan aku yg macam ni, yg boleh senyum sambil pandang langit biru.Perasan x, dah lama aku xmention pasal bulan.....yup, bulan sekarang payah nak nampak.hilang entah ke mana....aku juga yg setia merinduimu wahai bulan~

25 February 2011

Kasih Sayang.

Subject: miko si koko
oh miko si koko miko
miko si koko milo
milo yg manis
minum d wktu pagi
seblm ku ke sekolah
oh miko ku yg manis
pagi indah berseri
bila kau ad d sisi..
oh miko si koko milo
miko si koko milo
saya sayang kn kamu
oh miko kakak ku....
miko si marukuuuuuuuuu


lagu ini adik aku nyanyikan sebelum aku tido malam tadi,
dan dia PM aku kat fb,
aku rasa pagi ni,
hati aku berbunga-bunga lagi.

Thanks to all d people whom do I care and their care for me.

22 February 2011

Beku.

It's not up to me anymore. If you want me in your life, you'll find a way to put me there.


aku rasa nilah perkara yg dah lama aku pendam...
dan sekarang baru ada courage nk make it TRUE.
benda apa pulak nih..kalo x emo xboleh hidup agaknya miko nih~

peduli apa kata orang lain...hati aku, lantaklah aku nak urus mcm mana pun.
Kalau semalam, memang aku pujuk hati aku,
aku siram pemikiran aku dengan yg baik-baik aja.
Tapi....
aku dah rasa cukup....cukuplah ngan semua ini.
.
.
....

itulah kadang-kadang kita cuba pertahankan whatever relationship yg kita pernah ada....yg kita xnak let go...sebab hati kita sayang...fikiran dah waras habis, tapi itulah hati degil.
Now, aku dah fed-up..give-up....
aku dah xmahu ambil kisah kata orang lagi.
yg dah lepas, biarlah lepas.yg penting sekarang.

Aku bukannya dah xsayang, atau benci.
Cuma..kau tahu sampai satu tahap bila mana kita dah xpunya rasa lagi.
Hati kita jadi beku...
Aku xkata aku benci kau..aku boleh jer cakap ngan kau...senyum lagi.
Tapi tipulah kalau aku kata, aku sanggup teruskan kepura-puraan ini.
Cukuplah...Cukuplah...Cukuplah.

Jangan salahkan aku bila kau rasa jauh dari aku.
Sebab aku memang dah terlalu jauh untuk kau kejar.
itulah aku berlari kau berjalan....


I want to walk on my path...alone.
mungkin satu masa nanti, bila hati aku xbeku lagi.
kita boleh duduk minum kopi cicah roti mayat sama-sama~

Kamu boleh baca entry nih,
kamu boleh teka sendiri apa dah jadi kepada miko tuh~tapi..
kalau ada yg terasa.......



dah aku nak tido, esok pagi nak kena bangun awal nak g hantar roti lagi <3

19 February 2011

Dont' let me fall



cuba kau dengar betul2....apa kata hati kau.

12 February 2011

LATVIA...
xpernah ku ambil tahu akan kewujudan mu.

inilah first time aku tengok STATS kat dashboard,aku bukannya gila sangat nk kejar2 stat ker ranking ker apa ker..aku suka2 jer tulis blog.



terkejut aku dan hampir-hampir terkena serangan jantung.
bukan apa, aku punya lah nk bagi low profile habis kan...
mana pernah aku canangkan kepada dunia...

hey...lihatlah!!!aku ada blog..

tapi kau tengoklah,
siapalah agaknya yg view blog ini dari LATVIA...curious weyh.
dan faham plak dia baca bahasa melayu nih...

siapa saja kamu...menjelmalah!

biar hilang resah gelisah ku ini... siapalah kamu ini yg menggangu-gugat ketenangan pemikiran ku ini..chewahhh!

kau cuba cari LATVIA dalam peta dunia kat bawah ini....
secara kasar kau xakan jumpa...haha cuba renung-renung sikit...



saja jer kan..macam lah nampak Malaysia kalau xrenung betul-betul dalam peta tuh...
ni ha LATVIA...mcm dekat jer dengan RUSIA..opsss!

09 February 2011

FEBRUARI 2011




Just nak tulis kat sini bagitahu..
bulan FEBRUARI 2011 adalah bulan yg sibuk bg miko si maruku. +_+ walau dia selalu xingat tarikh exam dan waktu kelas dia~tapi dia memang cemerlang kalau tarikh tersebut ada trip g jalan-jalan.^_^
Next week..g TASIK CHINI and GOMBAK.jeles lah tuh =P



(dah pandai tulis dan guna +_+, ^_^, *_*)

05 February 2011

List 3 endangered animal species in Malaysia:

1. Manatee

2.Green sea turtle
3. Shark - Yu BODOH.



Soalan di atas, dipetik daripada soalan pertengahan semester subjek yg aku amik dis semester.

Sebenarnya, aku yakin habislah waktu aku tulis "SHARK"...then dengan selamba DR. S...dia jalan
g depan dewan peperiksaan, pegang mic dan cakap saya nak species ya..bukan SHARK.general sangat tuh.(owh, memanglah dia cakap omputih)...

lepas DR. S letak mic, semua orang keliling aku masih nampak cool lagi.
xkanlah nak tanya org sebelah..ntah2 dia pun xtahu.( meniru adalah SALAH!)
aku memang xingat nama omputih. YU BODOH ni...
nama saintifik beliau lagilah aku tak ambil tahu.

Sebenarnya....
If aku xtahu jawapan bagi certain soalan dalam exam...
tendency untuk aku stop fikir dan keluar dari exam hall adalah sangat tinggi.fuhh...(xbagus btol!)
tapi soalan nih...memang buat aku nak isi jawapan dia macam ni;

3. miko si maruku ( DR. tau ka species nih?)


p/s: cuti aku xmacam cuti langsung. aku cakap betul nih!

aku teringat ada satu org tua cakap kat aku; budak2 zaman sekarang nih lg tahu binatang2 oversea... tu lah tengok national geographic banyak-banyak lagi. Ni sebab dia semangat cerita kat aku pasal beruang matahari dan dalam kepala aku terbayang bunga matahari...padahal Sun Bear ja pun. X ke terasa bangang bila kena smash ngan orang tua!

;;