28 July 2010

Kau T.I.P.U aku.

Kau tipu aku lagi kan?
kau nih kalau cakap tu tak menipu tak boleh ke?
xbagus tau tipu-tipu nih.

habis kalau aku buat apa yg aku cakap.
kau sanggup ke kalau aku buang kau terus nanti?
sanggup? sanggup kalau kau hanya stay kat satu side watching silenty.
then, kau jangan nak menyampuk apa-apa yang aku buat hari-hari.
boleh kau tahan haa?

slowly lah kawan. nanti slow-slow jugak aku buang kau.
baru kau tau!

ni kau cakap, aku tipu kau pulak.
tapi memang aku tipu pun.heh.

miko si maruku dalam proses nak kurangkan
cakap sorang2 + senyum sorang2.
ada org cakap, org suka senyum sorang2 nih kuat berangan.

" sedapnya buah berangan"

25 July 2010

You make my day!

xtau mau express this feeling rite now~
selalu macam ni kan.
after going through the conversation with you.
the atmosphere around me will chnages 360 degrees.
seem like everything in this world will make me smile 24hours.
kind of exaggerating, rite?
after all of those past months....plz be fine.
you are the only one who can bare with all my crazy talks.
having a little chat with you is like a therapy for me.
hopefully you won't find this blog.
kalau tidak, mesti teruk kena kutuk ngan kamu nanti.heh.
serius.
having you in my life,
knowing you in my life,
it is one of the greatest things that GOD gives to me.
Terima kasih TUHAN.

can't wait for d sunshine~

24 July 2010

I'm also a MUSLIM.

sedang menunggu giliran di kaunter.
aku terperasankan muka pak cik yg sedang menunggu sebelah aku.
aku toleh cepat-cepat.pandang tempat lain.
takut tempias kena aku pulak.
raut muka pak cik tu jelas menunjukkan perasaan tidak puas hati beliau.

aku nak mulakan perbualan pun takut2.
jadi aku pilih untuk senyap.
orang kata kalau kita sedang berdiri, baik kita duduk.
mudah-mudahan, degree ketidakpuasan hati tu menurun.heh.

dia dah settle urusan dia sepatutnya.
dan sewaktu urusan aku sedang berjalan.
tiba-tiba ja pak cik tu datang balik.
dia cakap :"baik awak buat saya punya bil sekarang".

then, apek yg jaga kaunter tu pun buka mulut nk explain.
tapi dengan cepat pak cik tu mencantas.
"saya xnak dengar awak punya ceramah!"( mak aii! emo nya pak cik nih)
aku diam ja.kecut perut aku dibuatnya.

haish.
nilah masalahnya bila tak ada langsung rasa percaya kat orang.( percaya yg bertempat.ok!)
hurmm. layan ja lah apek tu.

pastu baru pak cik tu blah.

aku baru berani buka mulut.
"saya memang selalu datang sini bayar bil. maybe pak cik tu first time kot.
tu sebab dia x brapa nak percaya".
then, apek tu cakap.

"tau lah dia tu MUSLIM, xnak dgr ceramah plak.( terpapar riak xpuas hati)
macam lah banyak sgt duit dia.kalau RM 40,000 dia punya bil, sekarang jugak saya buat.
saya pun xberani nak pegang duit banyak-banyak macam tu."

aku memang terdiam lah dengar dia cakap macam tu.
malas dah nak komen apa-apa lepas tuh.

biasalah bila kerja bayar bil cam ni.bukannya satu tempat ja.
banyak stage nk kena proses. bila ada problem, sabar lah sikit.

tapi terkilan lah.bila dia guna word MUSLIM tu.
i am also a MUSLIM.

dunia.dunia.dunia.

21 July 2010

Hari-hari adalah cuti.

Before this, hidup aku macam serba xkena ja.
ada ja perkara2 remeh yg aku besarkan.
bukan besarkan macam kecoh-kecoh sampai ganggu orang.
bukan-bukan.
ini yg jenis kalau dah mula fikir tuh.
berhari-hari tak akan habis punya.

kadang-kadang aku try cara lain.
mesti korang xfaham apa yg aku cuba sampaikan kat sini kan?
jangan risau ini aku nk bg contoh:

pernah sekali tu, aku fikir tabung seramik aku tu kuat ke tak.
jadi aku baling kat lantai.konfem lah terbelah dua kan.
adus!

ada yg bila entah,
aku nak buktikan mulut tin kacang apa ntah xberbahaya.
selalunya kan mulut tin tajam sikit kan.
jadi aku dengan selambanya menekankan tapak kakiku pada mulut tin tersebut.
tadaaaa! guess apa jadi.

ofkos lah. kaki saya berdarah kan. itu baru sikit kerja gila aku.
tak masuk lagi teori dan falsampah gila aku.
kekadang aku fikir aku ni ada sakit mental ke?

tapi pandai pulak aku jawab TIDAK.

bila fikir balik, sihat ke kalau seseorang individu selalu cakap sensorang.
then dia ketawa sensorang.
pastu dia senyum sensorang.
apa korang rasa? try fikir balik, pernah tak korang jumpa spesis manusia macam nih.

tapi semua nih dah jadi masa lalu bagi seorang miko,yeah!
dia telah memilih untuk menghadapi hari-harinya dengan lebih positif.
maka dia pilih untuk mengatakan hari-hari adalah CUTI.
kalau bangun pagi bayangkan CUTI mesti tersenyum lebar.
walau banyak masalah yg berselirat.
tapi no worries.
"sebab hari CUTI memang ada.masalah memang tak pernah ada CUTI"

jadi walaupun hari-hari biasa, bukan hujung minggu.mari SINGGAH sini!
khas untuk penduduk KUANTAN.

tadaa!




lunch hour memang waktu peak lah kot,
ramai kot yang keluar shopping waktu nih.tapi jangan risau, dorang ada jual makanan jugak.
jadi bolehlah lunch sekali.

after pukul 2pm, dah lenggang sikit tau.
tapi after time orang balik kerja, penuh balik.
senang cerita, singgah la dulu baru tau! ehehe.

saya sangat suka! nak pergi setiap hari boleh x?

18 July 2010

Bohong.


Bohonglah kalau aku kata aku xingat langsung.
Bohonglah kalau aku kata aku xnak jumpa.
Bohonglah kalau aku kata aku xsedih.
Bohonglah kalau aku kata aku dah lupa.
Bohonglah kalau aku kata aku sibok.
Bohonglah kalau aku kata aku xkesah langsung.
Bohonglah kalau aku kata aku jemu dengar suara.
Bohonglah kalau aku kata aku xrindu.
Bohonglah kalau aku kata aku meluat.
Bohonglah kalau aku kata aku benci.
Bohonglah kalau aku kata aku tgh enjoy.
Bohonglah semua tuh,
tapi deep down inside here.
Memang xboleh tipu.


16 July 2010

My first week in my 3rd year.

hye!holla! apa khabar semua?
(jawab diam2 sudah!)

baca tajuk.
mesti dah faham apa yg nak miko tulis kat sini.
xpayah baca la, mesti boring punya! [ini serius].

miko sudah masuk tahun ketiga di universiti.
selalunya minggu pertama mesti xbelajar sangat.
jadual pun asyik berubah-ubah ja.
sampai malas nak buat jadual cantik2.
tampal kat dinding.[ini alasan semata-mata].

bilalah nak boleh follow betul2 academic calendar.[sigh].
tutup part admin.


saya suka pic nih, taken from google.

masuk part best sikit.sikit ja xbanyak. jangan mengharap tinggi melangit.
isnin.selasa.ku masih belum pulang lagi.maka kira ponteng lah si miko itu.
telah ku kembali ke hostel ku yg xsayang sangat tuh.heh.
kelas ketiadaan lagi. lecturer tak ada kata mereka.
khamis. awal-awal pagi aku dah masuk kelas. aku buka aircond kelas. ok.[bangga].
sehabisnya kelas, terus collapse. [ini baru first kelas.]
jumaat.ho yeah! ketiadaan kelas lagi.

mandi sungai selama 3jam. mengigil-gigil dibuatnya.
Air Terjun Sg. Pandan, Felda Panching, Kuantan.
kali terkahir miko mandi kat sini, air dia tak dalam pun.pendek kata.taraf budak ja.
tapi kali ni. memang i drop my jaw. air dia dalam.
siap ada kain rentang tulis DALAM & BAHAYA!

dah seronok mandi, kita singgah GIANT Sg.Isap.
pekena Hot Plate. macam mana dia boleh kekalkan rasa yg sama. ini kali ketiga.[pelik]

walau penat yg amat, petangnya miko turutkan kata hati.
air tebu perlu dicari.heh.

Sabtu.I am hoping that my great week will end with a smile.

With great friends around me, surely my days will be GREAT!

Cakap dgn TUHAN,
"terima kasih kerana menganugerahkan kawan-kawan yg GREAT macam nih."


...................................................END......................................................

14 July 2010

Ketidakpastian...

terjaga aku kerana hari sudah pagi,
mata ku kelip-kelipkan..
tanda kusudah sedia meneruskan hari baru..tapi
kenapa tiada bunyi loceng macam selalu.

aku mimpi lagikah..?
xmungkin, suara-suara yg kedengaran bukan plastik.
argh...tutup balik kang mata nih.

akhirnya, aku hanya memeluk tubuh,
tanpa perasaan ingin bangun pagi.
pagi oh pagi. aku memang malas nak memulakan langkah di semester baru ni.
dah 2 hari aku ponteng kelas.
jangan tanyalah sebab apa..
kan dah cakap aku takut nak masuk kelas semester ni.

"JIKA DERITA MERINDUIMU ITU BAHAGIA, AKU PILIH DERITA"

;;