05 April 2011

It's OK.

OK atau ejaan lainnya OKAY.

Menurut Oxford Advanced Learner Dictionary yg mana satu2nya kamus yg di install oleh orang yg bertanggungjwab dgn laptop aku nih..kalo harapkan aku.harapkan word aja lah agaknya.

Ok boleh membawa bermacam-macam maksud

1. Tanda setuju..YES, ALL RIGHT

2. Untuk menarik perhatian seseorang @ memperkenalkan sesuatu yg baru. (komen atau respon).

3.Digunakan untuk memastikan sesuatu atau untuk memastikan kefahaman tu betul atau tidak.
Ok.Kalau begitu saya di pihak yg salah. (kau jgn ingt ayat ni betul plak!)

4.Untuk memastikan penerimaan. Cth... A: Kita baliklah. Okay? B:Okay...



Itu baru sikit aku senarai kan...

Penggunaan OK jugak membawa makna orang yg diajak lawan bercakap itu dah bosan atau mahu berhenti mendengar satu pihak lagi bercakap.

Kalau asyik respon OK lebih 3kali..baik ko berhenti cakap. Buang masa ja bagi aku lah kan.
Kalo org yang aku lawan cakap tuh mula cakap OK....banyak2 kali. aku akan hilang mood nak bercakap. Boleh jadi aku akan tinggalkan ko tanpa penjelasan.

Jadi aku jugak ada tabiat buruk...xsuka nak membalas balik OK dgn OK...walau ko eja lain-lain versi.
Sebab walau kau cakap OK...apa kau betul2 OK ker? wahaha siapa yg paham, paham ler!

Owh..lagi satu penggunaan OK bg aku yg paling praktikal adalah ntuk mengelak dari bercakap dengan org yg xdigemari, org yg kurang dikenali...dan untuk menyelamatkn diri.

Meh sini nak kasi contoh

1. Awak semua jangan lupa baca notes saya tau....OKAY!
(kalo ko tanya lagi mungkin dia akan bagi bahan bacaan lain. jadi baik cakap OKAY!)

2. Bila emak bapa kau cakap...belajar elok-elok, jangan main-main.jangan couple lagi.jgn lupa telefon rumah. jangan .....blablabla. last sekali slalunya parent akan habiskan bebelan dia ngan OK? baik lah kalau cakap OK. nanti kena tinggal bas siapa susah?

3.If ada klasmate ko tanya CGPA ko berapa? baik ko cakap cepat2 OK lah.
(apa sibuk2 tnya pointer org nih, sepak kang!)

4. Awak jangan lupa telefon saya bila sampai nanti tau! Baik cakap OK. kalau tak...nanti merajuk dan jadi panjang perbualan tuh sampai entah bila baru habis.

5. Apehal semua negatif jer penggunaan OK nih. haha

6. Aku xsuka seorang 'orang' nih..jadi bila dia mula chat, sms, cakap....aku akan cakap OK banyak kali. sampai dia blah...haha berkesan oooo.

Tapi itulah..OKAY ni bunyi dia sedap & simple..tapi kalau setakat cakap jer..xbertindak se OK yg dicakapkan tiadalah gunannya juga. Maka, biarlah Ok juga di dalam, jangan Ok di mulut jer!

Nak contoh lagi ker??? haha cukup lah tuh. KO nanti...haha

0 Comments:

Post a Comment