28 December 2010

Hey!!!

Aku baru habis kelas bahasa Inggeris aku,

Aku suka tau kelas nih, suka sangaaaat~ smpai kalau lecturer aku membebel dan lepaskan kitorang balik lambat pun aku suka~Utk pengetahuan semua, kelas aku 8.30pm till 11.00pm...Jadi imagin kalau balik lambat~

Part yg xbest, aku sorang2 jer dlm kelas tuh~ Mana geng2 aku semua?
Mereka xamik subjek nih dis semester~ huhu daku sedih sekejap ~.........~

Habis kelas tadi aku dapat tau, 'dia' ada mention nama aku kat kwn aku dan merangkap kawan dia jugaklah~
Aku bajet 'dia' xcakap pasal aku lah kan. aku bukan marah tapi aku suka! ngeeee..

Yg xbestnya....adalah dia gtau "Miko layan Kamen Rider!!!"
Oh, mana nak letak muka lps nih~ Ni kira aktiviti underground aku lah.

Jadi, aku nak buat pengakuan di sini.

Saya mengaku bahawa saya suka tengok
KAMEN RIDER. MERLIN. VAMPIRE DIARIES.


yup, yg suka tahap extreme tuh! Sebab aku sgt suka dari kecik2 lg benda2 magic, Henshin, dan supernatural. Jadi bila gabung semua tuh, aku cepat lupa diri....I mean really fast!

P/s: kwn aku yg sama nama ckp, calling your own name is SEXY!!!

21 December 2010

I ask because I care.

I ask because I care.
Walau bg kamu,aku ni cuma picisan saja.
Aku akan tetap buat apa yg aku rasa betol.
Doing what one think is RIGHT, really take a great COURAGE.

Walau xsemua jawapan yg diharapkan keluar.
Aku tetap datang dengan pertanyaan lagi.WHY?
The answer is simple.

I ask you question, so I can hear you!!!!

patutlah, ada org kata miko mudah patah hati~
sudah berkali-kali hatiku patah,
walau mudah disembuhkan,
namun parutnya jelas kelihatan.

17 December 2010

Dengan BERAT nya.....

Salam kepada semua pembaca yg sudi singgah sini..( ade ke?)

Tajuk apa pulak kali nih miko nak merapu kat sini nih...?
heh...BERAT hati rasa nak masuk kelas semester nih.
sebab semua dah masuk concentration masing-masing.
course yg aku amik nih, bila dah masuk tahun ke-3, semester ke-2,
akan belajar ikut tahap kecenderungan individu tersebut.
so, tahun pertama & kedua, maka kami semua belajar subjek yg sama,

jadi bila dah pecah-pecah macam nih,
mestilah akan ikut interest masing-masing.
xbest plak kalo suma sama saja kan. xadventure gitu!
ye lah, subject matter seseorang tu mestilah up to diri masing-masing.

sebelum ni kalo nak tandatangan kedatangan kertasnya 2helai dan lebih,
sekarang dah tinggal satu.
sebelum nih dalam kelas ada orang yg aku suka tengok......
woha! entah sapa la kan..dah kelas lain-lain. kecewa!!!
sebelum nih dalam kelas yg ramai-ramai tuh ada geng-geng aku, sekarang dah tinggal berapa kerat jer...huhu gedik betol aku nih!
heh......bukannya aku xprepare keadaan cam nih.
saja nak gedik, nak sedih-sedih jugak....
lepas nih boleh lah nampak status aku sbg lone ranger~ kahkahkah.

xsuka masuk kelas bila rasa something missing, sebab nanti mesti nak cari benda yg hilang tuh~
sabarlah wahai hati, ini adat dunia~

owh! aku tulis semua nih berlatarbelakangkan lagu Kurnia, Mizz nina feat Noh hujan.



semua kawan-kawan aku nih adalah KURNIA dari tuhan.

p/s: gila xda kaitan lagu tuh ngan entry aku.haha

15 December 2010

The fear of losing you.....
when I always hang out with u
it makes me get attach to you.

Make me feel alive.
Can't imagine when u are not aside.
It is enough for me, as long as I can feel your presence.

Just stand at a corner, I'll feel you.
Just a smile from u, it will make my day.
A word from you make my entire week feeling great.
A sentence from you last years in my mind.

Seeing your back is ok .
It doesn't matter how u look today, tomorrow or yesterday.
Cause I am addicted to you.

Afterall, the whole me only talk about you~

14 December 2010

TK

Hati terasa sayu...saat kaki melangkah masuk melewati pintu rumah.
patutlah dia ckp macam tu tadi.

kita patut bersyukur dengan apa yang tuhan bagi dkt kita.

duduk-duduk sekejap, aku mohon untuk solat asar dulu.
solat kat atas ke bawah..respon dia.
aku pun cakap kat atas lah senang sikit.

lalu dgn langkah berhati-hati aku memijak lantai kayu yg berbunyi keriuk2 tuh.
takut jugak kalo terlebih pressure runtuh plak lantai nanti.

aku belek-belek struktur bumbung, dinding semua...
lalu aku insaf.....tak semua manusia hidupnya sempurna.
tapi aku pasti setiap kesenangan mesti bermula dengan kesusahan.
sama ada kita lahir dari generasi mana dalam keluarga kita.
maksud aku, nenek moyang kita establish keluarga kita yg awal-awal dulu tuh.
kalau kita cakap owh, aku memang dari keluarga senang...try check balik sejarah family.
tapi memang bersyukur gila ah...aku hidup zaman sekarang....bukan zaman penjajah dulu.
*dah melalut nih*

aku risau jugak kalau mulut aku terlepas atau tertegur apa-apa yg boleh buat dia kecik hati.
owh...mula-mula tuh aku memang cover habis lah.huhu
lepas 2-3jam...selepas fasa penyesuaian diri berlalu.
maka naik lah tanduk merapu aku.
mujur lah aku selalu ada back up.....haha

ok....
pendek kata saiz tak memberi gambaran sebenar isinya.
keindahan struktur binaan xmembawa erti langsung andai tiada bahagia di dalamnya.
andai sepi menjalar, untuk apa dikejar kekayaan.
andai miskin masa untuk tuhan, untuk apa hidup sebagai hamba-NYA.

walau sekejap....kemesraan yg terjalin bagai bertahun lamanya.
walau kekurangan..biar disertai dengan nikmat TUHAN yang lain.

aku bukan nak menggatal ke apa ker...
patutlah tuhan xbagi aku kesempatan untuk mengavailable kan diri waktu kenduri kahwin pak su aku hari tuh..rupanya ada lagi 'pak su' aku yg nak kahwin....haha family aku xtau betapa kecewanya aku xdapat pergi kenduri tuh. sampai lingkup subjek tuh!

betullah, setiap kejadian ada hikmah di sebaliknya~

Disember 2010
Teluk Kalong, Kemaman.

01 December 2010

Dengan pasti.


Kamu...
Kamu sepatutnya tahu apa saja yg kamu buat kini,
masa lalu atau
sekarang,

any of your acts will have their own consequences.

Mungkin kamu tak sedar,
sebab kita selalu meremehkan sesuatu yg biasa.
samada lambat atau cepat, every single thing yg kita lalui akan
ada impaknya.

Kalau kamu sibok mengumpat orang lain,
mestilah kamu bersedia untuk diumpat oleh orang lain juga.
Kalau kamu sibok nk jadi stalker,
jangan lupa ada orang lain juga yg sedang stalk kamu.
Kalau kamu sangka kamu sendiri jer yg selalu makan hati,
ramai lagi mereka yg sama-sama makan hati.
Kalau kamu selalu merungut hidup ini susah,
bandingkan diri kamu dengan mereka yg benar-benar hidup susah.
Kalau kamu selalu tenggelam khayalan kamu,
better kamu bangun sebelum kamu benar-benar tenggelam.
Kalau kamu sayangkan sesuatu, simpanlah sedikit sayang mu untuk diri mu.
Kalau kamu bencikan sesuatu, awas akan kebencian yg akan menenggelamkan mu.
Kalau kamu mula mencintai..cintailah sekadarnya.


Whatever yg kamu buat selalu ingat akan sukatannya...jangan terlebih atau terkurang.
Biar berpada-pada jangan sampai memakan diri di kemudian hari.

"They said that if you are unable to sleep,
it's because there's someone thinking about you...surely that person misses you."-quoted.


p/s: this note is to remind miko herself.
Owh, dah DECEMBER...apa semua azam 2010 dah tercapai ?

19 November 2010

Rumah dan cuti???

Aku dah lupa apa yg aku semangat sangat nak tulis kejap tadi.
Dah jadi org tua agaknya.....lalala

Owh...miko sedang bercuti. biasalah student mestilah ada cuti 2-3bulan.
heh..xda lah lama sampai berbulan-bulan kali ini cuti aku.
Cuti kali ini, aku dah buat planning.

Antaranya:
1. Habiskn siri Bercakap dengan Jin (Jilid 1-8)
2. Buku La Tahzan yg edisi poket tuh.( yg besar tuh aku bc xhabis2,heran!)
3. 2-3 buah novel melayu ngan english.
4. Ini penting; tido mcm org NORMAL.hehe
5. Kurangkan masa berchenta dengan kotak hitam bentuk petak tuh!
6. Kurangkan masa duduk dpn laptop. dan jgn nk mendownload movie bukan-bukan.

itu yg aku dah plan dari awal lg.
yg aku x plan pun..tapi still kena buat adalah;
ngajar adik aku yg akan amik PMR tahu depan. ni yg paling xtahan..
Bcoz....I'm bad at teaching! xpasal-pasal ngan aku skali terbabas.hadoi~

okay..Now, dah ready ntuk ber "holiday" sakan.

14 November 2010

Entry tentang masa hadapan.

Sbg manusia yg memasuki fasa umur 20an...(tua dah ni!)

tidak dapat tidak aku dah mula fikir apa akan jadi lepas nih.

kronologi apa yg orang selalu imagin dan cuba bygkan secara umum:

start ngan tadika apa mak ayah aku nak antar nih? ker prasekolah ..

sekolah rendah mana plak lps nih? UPSR nant dpt brapa A...

sekolah menengah nak masuk asrama ker cm na?

lps PMR nak masuk aliran mana plak? SPM cam na plak?

Habis SPM sibok nak isi borang masuk Universiti plak..

Diploma..sijil..sarjana muda or blablabla....

ini semua normal bg org biasa macam aku yg menerima pendidikan di Malaysia.

tapi kalau asyik pikir semua nih...bila aku nak fikir "my love story"???

aha! ni baru point sebenar entry nih.

early marriage, kawen cepat, kawen awal atau kawen muda....
xkesah la mana satu term yg kamu guna....
satu term yg masih berdiri menggunakn asas yg sama.

okay...sebagai seorang pelajar universiti Islam terkemuka di Malaysia.

Fenomena kahwin di awal usia 20an..adalah biasa.
Jadi aku dah x heran bila mana masyarakat sibuk nak melopong.AWALNYA...

heh...dorang nak suruh belajar tinggi-tinggi..
lepas habis buat master phd bagai baru boleh kahwin.
BUT....

aku nak bangkitkan soalan nih?
Bila dah kahwin umur 30an...dapat anak umur berapa?
Nanti ada plak soalan seperti ini:

"Antar cucu g skolah ker pakcik? "

Lps tuh dari segi saintifiknya...(mcm mana ya nk tulis nih? hmm aku nk tulis jugak.)
telur yg xdisenyawakan setelah beberapa tahun...akan mengalami kerosakan kan.
sebab dia dah wujud lama dalam badan perempuan.kalau tidak xdalah menstruasi setiap bulan tuh. macam beli almari kayu lah.lama-lama kaler luntur gak lebih kurang lah.
(ish,aku mmg fail kalau nak tulis bnda-benda saintifik dalam bahasa!)

Jadi sebab tuh ada org kata,
semakin tua umur si ibu dan dia mengandung di usia yg agak lewat
semakin tinggi risiko anak dia ada penyakit sana-sini,
xkira lah penyakit tu kronik atau x.still penyakit kan.
Dan dah banyak facts about this.plz google kalau nak tau lebih.

Umur pencen kat Malaysia ni berapa? fikir sendiri lah ya!
Dah kahwin pun lewat, sempat x nak support pendidikan anak-anak. masa nih baru nak kalut cari dana pendidikan.owh..kau jangan nak ckp simpanlah duit dari awal. zaman anak-anak kau nanti xmeningkat ker kos pendidikan dorang????

Lepas tuh, xsempat nak didik anak-anak jadi org berguna...dah mula sakit-sakit. asyik ulang-alik g hospital mana nk sempat tegur anak.haish.

Tapi, kalau dah jodoh kamu lewat...nak buat cam na...
jgn main tangkap jer ,
nak kahwin awal punya pasal.
hehe adalah hikmahnya yg kita xtahu.

Banyak plak aku membebel dlm entry nih.
Jadi aku nk tinggalkan kamu yg sudi membaca entry di blog yg cikai nih.
Dgn video dari youtube nih..( aku rasa relate dgn tajuk nih).

11 November 2010

Buang masa..haish ruginya.

Movie+on9+tido+makan

Yup..ini jer list yg masuk dalam last my 3days punya daily routine.

Banyak sangat ker masa sampai buang cenggitu je?

Actually..NO.

Ada one more paper this coming Monday.

tapi macam tulah bila dh stop study sampai 3hari..susah nak get in line balik.

Ingat best ker, tgk movie 2-3 sekaligus. main game jer. macam looser jer!

Nak kacau orang, orang sibuk...Nanti kena ketuk plak!

Org yg boleh di kacau....Dah xmacam bosan pulak dia, asyik muka sama ja yg kacau dia~

last-last ngadu kat sini jer la.

Ingat lagi x kat BOUNCING MOQUE? ala teddy bear tu..(malas nk letak link)

cakap dgn dia jer la 3hari ni...padahal hari-hari cakap dgn dia.


My current condition adalah menurut lagu-lagu di bawah;

1.If tomorrow never comes....

and,

2.If I don't tell you now

Will you know....

3.The way u make me feel.


Dan semua lagu-lagu itu mestilah dinyanyikan oleh Ronan Keating. Org lain nyanyi xaci~

09 November 2010

What a Great talk....

Waktu aku sedang tunggu makanan aku siap..
Aku borak dengan kawan sebelah aku.
Aku jarang lah nak rajin borak dgn dia, walau pun sekelas.

Aku xyakin sebenarnnya nak borak dgn dia.
sbb aku takut dia xfaham apa yg aku cakap nanti. yelah asyik merapu jer.
Tapi xsangka dia best jugak.

Dia tanya aku kenapa xbelajar berenang.
Aku cakap, aku tak boleh buka mata langsung waktu belajar terapung ngan geng aku.
sebab bila aku buka mata...aku mula imagin bukan-bukan.
"suka fikir bukan-bukan" ....aku kata kat dia nak buat cam na.

tiba-tiba dia cakap:
so, what you are thinking now? (muka eksaited habis!)
aku cakap aku xfikir apa-apa sangat time tuh.
pastu aku sambung...

macam dalam exam hall,walau aku rasa macam nak keluar awal-awal sangat-sangat.
tapi aku takut pintu tu stuck xboleh buka.then semua mata tengok aku.
tak pun.aku langgar meja or kerusi then jatuh. again semua mata tengok aku.
Jadi aku xkeluar akhirnya.sanggup tuh!

see.I can't help it~

then dia cakap, mine lagi teruk..plane langgar bangunan dan jatuh hempap bilik I.

apa lagi. gelaklah kami....hahaha

silly kan.bila kita ingat diri kita different daripada orang lain padahal xdelah hundred percent jauh sangat daripada percentage normality manusia biasa.


Owh..aku sangat suka. aku dah dapat jawapan untuk apa yg selalu aku fikir.Heh.

03 November 2010

SEKARANG

Aku yg sememangnya buat kerja main hentam..
jarang nak buat plan ke apa ker..
sedang atau sesudah siap buat sesuatu baru nak fikir.

Aku xguna kan masa yg ada untuk buat perkara yg sepatutnya..
dan akhirnya...akan ada sesuatu yg tidak disenangi berlaku.

Aku fikir aku boleh lari sejauh mungkin..
Namun aku hanya pergi selangkah cuma.
Aku fikir aku tak akan jauh hati...
Tapi hati aku betul-betul dah pergi jauh.

Dulu aku fikir:
akan tiba suatu hari nanti, bila takdir menemukan kita.
Aku akan senyum dan cakap : Hi!
Tapi sekarang ..
aku rasa mungkin aku akan diam jer. tak pun aku lari jer.
Sebab aku xmungkin mampu berdiri teguh depan kamu.

Dan apa yang aku betul-betul nak buat sekarang....
duduk diam-diam baca notes aku.ada periksa lagi kan.
haha..xda kaitan dengan apa yg aku tulis di perenggan atas.
aku nk ja jumpa dengan kamu.
ya..sekarang jugak!
dan aku mau tanya satu soalan yg aku simpan dah bertahun-tahun.

Kenapa?

agak-agak kamu tu faham tak.
ye la..aku cuma nk cakap macam tu ja.lepas 2-3minit kalau dia xjawab jugak.
aku gerak lah.hmmm....

30 October 2010

Dua dalam satu.



(i) Esok...
First paper aku untuk periksa akhir semester ini.
Tapi aku xrasa macam nk study notes aku sampai habis pun.
Aku sibuk buat apa ntah..alih-alih esok petang dah nak masuk dewan periksa.

Org lain pegang notes, aku pun pegang jugak..
Org lain basuh baju, aku pun basuh jugak..
Org lain makan, aku pun makan jugak...
Org lain tido, aku pun tido jugak...
Org lain tgk VAMPIRE DIARIES episod 7, aku pun tengok jugak.
Jadi kenapa aku study notes aku, sampai xhabis-habis.....??????

aku tau aku nk salahkan siapa.
WWWWWWWWWWWWWWWWWWWWW...henshin!

ii) kalau suka macam mana pun seseorang yg aku label sbg public figure.
Public figure yg org semua kenal tuh...

aku sedar bukannya, aku boleh pergi dekat dia ckp...

Hi, saya miko! Boleh x saya nak kawen ngan awak? Penat tau saya tgk cerita awak kat tv, facebook awak pun sy jadi fan, semua pic awak kat google saya hafal, gosip awak baik atau buruk semua sy catat,blog awak pun saya baca... jadi boleh saya bawa balik awak simpan dlm almari saya?

Haha, deep inside memanglah ada rasa nk buat cenggitu..err

Pandangan aku; adalah baik untuk share dengan semua org yg sama-sama suka.
Macamlah ada faedah kalau dok gaduh berebut dia yg diminati.
Biarlah shindong nak kawen, aku suka sangat!Kesian shindong,
kalau asyik jaga hati fans jer, siapa nk jaga hati dia?
aku ralat baca komen jenis nih.hmmmm

Biarlah org nak hasut aku macam mana pun suruh suka DAMON SALVATORE,
aku tetap suka STEFAN SALVATORE jugak. Wah..xsabar nk tunggu next episode.
Kita tidak memerlukan sebab yg kukuh untuk SUKA sesuatu. <<<<<<(macam lah!)

Tapi deep inside here (letak tgn kat dada)...dah ada yg menghuni.

Dah..jangan nk buat spekulasi awal...nak tau apa-apa letak kat bahagian komen.

Jangan nk dtg serbu aku time aku nak masuk dewan periksa plak! Privasi, ok!

public figure lah katakan! LOL~

28 October 2010

Aku nak berhenti!!!

Yup...ak betol-betol nak berhenti.
Kalau aku x mula dari sekarang, bila lagi?
Walau susah tahap nak mati.
Aku WAJIB berhenti.

Maka, ampun kan salah silap miko.
Dia mahu berhenti merungut dan pergi exam.
bye~


Haha..ini semua dusta semata-mata,
kenapa setiap kali aku jumpa org,
aku akan tercakap "bnyaknya nak kena study".
padahal aku dah tau masa yg aku habiskan untuk buka mulut dan cakap macam tu.
lebih baik aku g study notes aku.

Jadi, miko sila berambus kau dari sini.dush~ sepak miko!

setiap kali aku nak chat ngan tepon ja, mesti kena halau g study.huhu

25 October 2010

Alamak!


Assalamualaikum,

Dah lama aku x jalan-jalan ke blog yg slalu aku singgah,

bukannya xberkesempatan,

cuma terlupa sahaja.

Dan bila berkesempatan. aku pun taip url.

then..selepas loading.......pup terpampang skrin nak password bagai.

Kenapa mereka-mereka ini private kan blog dorang.

Sebelum ini ok ja, takkanlah sebab exam week, sibuk sangatkah...

atau personal sangat kah entry mereka?

I can't stop thinking : whatsoever the reason why they are privating their blog~

Kecewa bila buka, then kena dah private.hurmmm...why?

agak-agak lepas ni turn aku pulak nk private blog nih~

p/s: hari ini..dah beratus-ratus kali aku sbut "aaa".

23 October 2010

Minggu ini.

Entry ini akan berputar-putar sekitar hari isnin sampai hari jumaat
berkenaan kehidupan seorang manusia yg juga makhluk tuhan di bumi ini.
(I guess ini introduction.)

Sepanjang minggu ini,

dia mula rasa annoyed ngan perkataan "pastu"
tapi dia sendiri xsedar dia selalu sebut "xpa"
berjuta-juta kali!

dia asyik cakap sibuk lah, tunggu dulu, nanti lah,
all those words yg menipu pandangan dunia.
konon-kononnya dia rajin buat kerja dan belajar untuk exam final dia.

padahal dia sibuk update entry kat blog, chat lg, main COB kat fb lagi.
post status merapu2 kat semua tempat yg ada tulis
what your status?

itulah..tanda-tanda awal kemusnahan dia.( dia dah mula gila)

Tiba-tiba,
sewaktu dia buat -buat xkesah akan hati dia,
dia terbaca atau terkesan sesuatu yg dia xmahu ambil tahu,
dan dia telah terambil tahu.
Maka, dia sudah mula sasau memikirkan perkara itu.

kesian, itulah ustazah dah pesan.
jangan terlibat dengan perkara yg melibatkan hati dan perasaan kalau xkuat.

Tuhan,
tolonglah dia keluar dari kemelut hati.
Jangan biarkan dia hanyut dengan hatinya.

Saya ingin membawa hati saya jauh-jauh.
walau xdapat dibaiki sepenuhya, kerana saya tahu parutnya akan tetap di situ.
Alangkah indahnya hidup andai semua yg terjadi mengikut apa yg dirancang,
tetapi Tuhan lebih mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNya.

Saya bersyukur kepada Tuhan.
Kerana saya berpeluang memiliki sekeping hati.

Tuhan,
mudahkanlah jalan buat hati ku ini.

Kesimpulannya, dia xtahu kenapa dia rasa sakit padahal xcedera kat mana-mana pun.
I guess this is what people call dilemma. Or maybe "sendiri cari pasal, sendiri tanggung".

I wish time will heal all of this stupid things. I hate being felt like this.

21 October 2010

Siapa kau?

Selalunya soalan seperti siapa aku?
akan bertandang. menerjah kotak fikiran aku.
korang? aku xtau lah...kotak fikiran masing-masing kan.
Dengan soalan siapa aku ni lah,
boleh bawa diri aku jauh-jauh.

tapi this kind of question
If dibiarkan agak bahaya jugak sebenarnya.
melainkan kalau ko jenis yg berfikir tapi berfikir dengan adanya ilmu.

let say,
Siapa aku? Aku makhluk tuhan.
Tuhan tu siapa plak?kenapa dia wujudkan aku? Apa fungsi aku di bumi nih?

Nampak tak, betapa bahayanya kalau kita hanya berfikir tanpa hala tujuan.
Fikiran tuh sendiri ada bahayanya.
Sebab ramai yg kurang mengetahui.Syirik terbahagi kepada dua.
Syirik kecil dan besar.
Syirik nih apa? Plz, google it. Adakalanya mencari sndiri lebih lama lekatnya di kepala.

Selalunya org xambil kesah sangat. They do whatever that seem right to them.

Contoh paling mudah,
" jangan nyanyi lagi, tengok hujan dah turun"

Aku pernah dgr seorang tok guru cakap:
Ini dh boleh kira khurafat...sebab Allah yg turunkan hujan. bukan nyanyian yg xsedap tu.

Samalah macam kita cakap,
"nanti baiklah demamnya lepas makan ubat".
bukan ubat yg sembuhkan kita. Tapi Allah SWT.

See, perkara-perkara yg kecil cam ni,
yg kita pandang remeh pun sebenarnya ada isu tau. (aku tau ko xpandang pun).

Sebab apa tau, benda-benda yg kita sebut hari-hari nih.
dia akan pengaruh pemikiran kita secara xsedar.

Tetapi,
Soalan Siapa aku?
boleh juga bawa kepada cabang yg baik. Muhasabah diri sbg contohnya.

Siapa aku>Miko si Maruku> Dia tulis blog> Dia merapu ja kat blog dia> xbest pun, dia hentam tulis juga>nak kena private blog?

Aku nak tulis pasal perkara lain sebenarnya....tapi tengoklah apa jadinya.

I'm really bad at teaching, that's why I hate teaching others.
But If you ask for Questions, I'll try my best for the answers.

17 October 2010

My mission.

Okay..
lately aku sgt suka tidur.
siang malam aku tidur.
kalo x amik caffein, memang tidur je lah keja aku.

huhu jadi. bila aku tidur ja.
habuk tadak~ keja semua xsiap!

maka hari ini iaitu hari ahad.
aku nak stay wake up n get fresh for 12 hours.
harap-harap jadilah kot.

p/s: nyanyi lagu dari DEN-O punya movie sambil tiru momotarous lompat2.heaven~

If We Met In a Dream.

12 October 2010

Beratnya.

Beratnya...
bila xdapat meluahkan apa yg di rasa,
Beratnya...
bila xbisa memilih antara kamu,
Beratnya....
bila jalan di hadapan kelam x bercahaya,
Beratnya...
bila mata hati dikaburi noda
Beratnya...
bila hati dipenuhi karat-karat jahiliah,
Beratnya,
bila dosa mula dianggap pahala,
Beratnya,
bila yg haram dihalalkan,
Beratnya,
bila dusta dianggap benar,
Beratnya,
bila yg bersih dikotori,
Beratnya,
bila yg suci dinodai,
Beratnya.,
bila pandangan mata sudah tidak lagi memandang,
Beratnya,
bila kaki tidak mahu lagi melangkah melalui kebenaran,
Beratnya,
bila akal berfikir tanpa pedoman,
Beratnya,
bila manusia sudah lupa akan penciptanya,
Beratnya,
bila rasa syukur sudah sirna,
Beratnya,
bila dunia diutamakan, akhirat dilupakan.

10 October 2010

Lebih kurang lah dengan tajuk kat atas tu.
Aku baru google guna ayat kat atas tu (tajuk entry ni lah!)

Dan aku sungguh terkejut bila tgk hasil google aku.

Apa yg aku dapat

1. How to treat a Girl Well-wikiHow
2. How do you know if a girl likes you- Answers.com




Cukup lah sikit-sikit ja aku tulis hasil pencarian aku..
seronok jugak baca...part of it quite true jugak. hehe

Tapi kan, errr...
those things kan lebih baik kalau dari experience sendiri lah.
haha..nanti nak cerita dekat anak cucu sedap lah jugak.

If lah kan,

atok dulu nak ngorat nenek ko...
atok google dulu tau, semua tips yg ada kat google atuk try tau.
sekarang ni atuk bahagia dgn nenek ko sampai ke anak cucu.
Terima kasih kepada google.

kalo aku jadi cucu, aku akan cakap dalam hati aku.

"gila looser atuk aku"


haha...jadi kpd bakal suami aku...plz don't google bila nak amik hati aku.
wahaha..aku akan ada 2 perspektif mengikut keadaan semasa aku..

angelic miko akan ckp....it is so nice of you, googling for me..

the devil one akan ckp.... what! for sure aku akan gelak sampai mati bila-bila aku teringat. annoying kan.


haha...entah kenapa aku post entry pasal nih..
lately aku banyak salah cakap..eksaited kah?
aku xtau kenapa aku banyak salah cakap.

selalunya kalau jadi cam ni, aku tgh nervous or something important going to happen.
but...
aku xtau kenapa nih.


sekarang nih, aku dah mula post entry yg aku label sebagai entry syok sendiri...

06 October 2010

The Last Song

Salam...
Salam sejahtera buat semua penghuni alam semesta.
Salam cinta buat semua penghuni hati miko.
Salam rindu buat sang perindu yg sentiasa merindu.
Salam kasih buat mereka yang punyai kasih yang menggunung.

gatal gila tangan nak update blog ni ha..
asyik siapkan laporan makmal aja...heh.
sampai aku rasa gaya penulisan laporan makmal aku dah xscientific lagi.
gaya dah serupa blog juga aku bantai.
Akhirnya, berjaya siap juga!

Excited sangat! ho, yeah! Hooray! I'm here!

Kali ni nak bg review sikit, tentang THE LAST SONG.


cover buku yg baru..yg lama xda Miley cyrus.

BUKU.

The Last Song by Nicholas Spark.
Mamat ni sapa? hangpa semua xkenal ka?
Mamat ni lah yg tulis novel Dear John, The Notebook, A Walk to Remember.....bla.bla.bla.
Banyak tau dak novel yg dia tulis,
dan kalau x silap ada 9 buah novel dah di "movie"kan.
Best tau novel nih!

Gurlz mesti suka baca dis kind of genre.romantic gitu!
Pasal family pun ada sikit....i'm not describing all the details, ok!
The best part of novel ni, bila si Ronnie siapkan lagu terkahir ayah dia yg menghidap cancer. Sayu.sedih.gembira. semua nya bercampur baur.( ingat kat abah!)
Part yg best juga..bila dapat pakwe yg gila understanding cam Will.
huhu.

MOVIE.

suka tgk splash tu!


oleh sebab aku dah baca novel.
maka wajib untuk aku tonton MOVIE plak.
Tapi quite disappointed lah.
sebab terlalu cepat jalan cerita dia.
Malah kalau xbaca novel mungkin akan garu kepala.
atau tertidur di tengah-tengah perjalanan cerita.

Owh....Miley Cyrus ngan Liam yg berlakon movie nih.
Aku dah terbawa-bawa cara Miley ketawa.....
xboleh blah btol.

Part yg best pasal movie adalah bila anak-anak penyu menetas dari telur.
and kena guide suma anak-anak penyu ke pantai.
Guna torchlight tau kawan-kawan,
baru senang baby turtles semua nak ke pantai.
I hope they will succeed with the next stage of life.
Sangat comel tau! jalan-jalan nak ke pantai...Owh!

Check kat sini ntuk The Last Song (movie).

03 October 2010

BounCing moQue.


Nama saya Bouncing Moque.
Menurut cerita yg saya dengar dari tuan saya.
Bouncing tu sbb kepala saya yg besar nih, bila tepuk2 nanti akan bounce.
Chumel kan saya? hikhik~
MoQue plak singkatan kpd gumuk*...adorable tau!

Sepanjang perjalanan dari Johor ke Kuantan.
Saya memang clueless habis lah...ntah mana-mana Cik Apin nak bawa saya.
Mula-mula saya ingat Cik Apin ni lah tuan saya, tapi tiba-tiba saya berpindah tangan lagi.
Saya berkenalan pulak dengan Cik Imah. Saya ingat nilah tuan saya.

Tapi...saya dengar Cik Imah cakap dengan seseorang dalam telepon.
Suruh balik kuantan cepat-cepat. Yg sempat saya dengar part
" balik ah cepat, kesian bear duduk atas meja"

Selepas itu, saya tahu bahawa Cik Imah bukanlah tuan saya.
Tuan saya xbalik kuantan lagi. Pandaikan saya main guess2* ni.
Owh lupa nak cakap...
Saya ni kaler oren-oren sikit.pakai reben pink lagi. jantung saya ada kat luar.
saya pun pelik..kenapa jantung saya ada kat luar.
mungkin senang nak treat kot kalo jantung sakit dan ada kat luar.

Pagi-pagi lagi...Cik Imah angkat saya.
Dan dia letak saya dekat seorang manusia ni.
Then, dia cakap HAPPY BIRTHDAY!!!!
manusia tu tengah tidur tau...then dia buka mata terus pelak moQue.
sesak nafas sekejap. nasib sekejap jer.
maka moQue masih meneruskan kehidupan seperti biasa sehingga hari ini.

Selepas itu...rutin harian saya berubah.
Saya akan didudukkan oleh tuan baru saya sebelum dia pergi mana-mana.
Kadang-kadang dia ajak saya tengok movie sama-sama.
MoQue. cJ7. Ricky. Tuan saya.

Hehe...saya suka part tengok movie nih.
Rasa macam satu family bahagia...suka sangat.
Kadang-kadang kami akan senyum sesama kami juga.
senyum yg hanya kami sahaja yg tahu maknanya.

Walaupun Cik Imah dah bagi saya kat tuan saya.
tetapi tiap-tiap hari dia dtg peluk saya...kan saya dah cakap awal-awal.
Saya ni adorable. saya tau ramai yg sayang saya!

Manusia yg selalu saya jumpa xbanyak.
Saya boleh ingat nama-nama mereka..
sbb tuan saya ajar " hidup biar beradab.jgn kurang ajar dengan manusia".

Jadi..
sebab xnak dengar tuan saya membebel dan nak tgk movie juga.
Saya pun ingat jugaklah.
Nama apa ntah manusia-manusia ni....Wany, Zue, Syaz, Suria, Suzanne, Syafiqah,Fizah, Dila,Syahidah...ish2x...nama dorang suma xda lah sedap cam nama Miko si Maruku tu.

Lagi kan saya rasa cukup-cukup lah saya curik2 tulis kat blog Miko Si Maruku ni.
Nanti kalau tuan saya tangkap saya menulis nih.
Mau nya dia denda saya ngadap dinding 24jam.
Xsanggup lah saya~

Jadi nanti saya tulis lagi..
Doakan agar saya xtidur atas lantai lagi.

01 October 2010

Mahu pergi.

Sudah lepas keadaan kritikal...
maka dah boleh keluar ICU, dah boleh duduk wad biasa.
2-3 hari lagi mesti sudah boleh pulang ke rumah.

macam ni la keadaan semasa aku.
hujung minggu ni...aku mau settle down.
sorang-sorang aku, aku mau duduk diam-diam.
diam dalam erti kata miko.
adalah tidak keluar meronggeng di bandar.
atau pergi lepak kat kedai kopi sampai larut malam.

bila aku dah duduk diam-diam dalam dunia aku nanti.
memang sah aku tak wujud dalam dunia orang lain.

dan lagi.

If u treat me well, I'll treat u better.

serius lah.memang sifir manusia yang ada hati.ada perut.buah pinggang. semua cukup.
akan buat cam ayat ni.
Tapi sejauh manakah kesedaran. sejauh mana kepastian kita bahawa:

kita xmenganiayai orang lain.
kita xambil hak orang lain.
kita x guris hati orang lain.
kita xlukakan orang lain.
seksanya orang lain disebabkan diri kita.

Tapi, setakat yg aku mengaji agama zaman sekolah aku.
"Ini daripada pengetahuan aku sendiri yg terhad", kalau salah betulkan.
Islam tak pernah ajar penganutnya..
membalas perbuatan buruk dengan buruk jua.
Perbuatan baik dengan buruk. tapi

Islam sentiasa ajar penganutnya untuk berbuat baik.
bacalah sejarah...selidikilah sirah Nabi.
mesti akan jumpa betapa banyak perkara buruk yg dibalas dengan baik.

maka, aku mau ingatkan diri sendiri dan kamu jugak.
jika ada sesuatu perkara yang berlaku kpd diri kamu.
tidak kira baik atau buruk.
maka sedarlah mungkin kamu pernah melakukan perkara yg sama.
jadi sentiasalah kita merenungi kembali perbuatan kita.
saya mahu pergi jauh sekejap dari kamu.

aku xpernah pandai nak marah orang lama-lama.
walau aku senyum atau ketawa. atau muka kerut.
hanya hati aku yang tahu apa sebenarnya maksud ekspresi wajah aku.

New or old. I'm not proud of it.
So, stop asking and talking about 'em.
It really pissed me off.

30 September 2010

Langkah.

Dengan langkah yg sumbang..
dia melangkah.

entah apa yg difikirkan..sampai terangguk-angguk seorang diri
langkahnya diperlahankan,
tiba-tiba dia berhenti melangkah.

kepalanya didongakkan sedikit.
xbanyak mungkin sekitar 20 darjah sahaja sudut dongak kepala dan lehernya.
matanya terpaku akan kebiruan langit.hatinya lekas memuji sang pencipta.
setelah puas melayan "blues".

dia menyambung langkah kakinya.
dia menghulurkan tangan kanannya.
cuba mencapai seutas wayar berwarna putih.
kemudian dia berpusing ke belakang.
kakinya dijengketkan sedikit, mengambil satu device yg dipanggil mp3.

kemudian dia melompat dgn kadar segera.
dia sendiri tidak memahami kenapa dia melompat.

sambil tangannya menggengam erat wayar berwarna hitam.
ala-ala wayar milik si cerek elekterik pun ada.
di telinganya sudah kedengaran bait bait patah lagu.

p/s : sungguh menakjubkan sekali bukan...
dia tidak "on" mp3 nya...tapi telinganya masih bisa dengar melodi indah.

owh!
aku sedang cuba memahami ayat ni.
ada siapa-siapa boleh bagitahu makna ayat nih.
if u treat me well, i'll treat you better.

25 September 2010

Dear blog....( terpengaruh dgn vampire diaries!)


my day have been quite buzy,
after all the hari raya things~
i've went through a few weeks, i think~
with all the student life, u know the exams & all the assignments things.
sort of it~

walau bukannya bersungguh-sugguh sangat pun.
tapi kan a lot of unexpected things yg jadi dalam masa yg singkat.
nikah, tunang, meninggal, yg baru lahir,
apa org kata " cycle of life".

humm... aku ni bukannya kategori heran apa yg org sekeliling aku buat.
selalunya aku cuma take part bila "something-something" tu ,
memang aku suka...or memang my subject of interest lah.
akhir-akhir ni aku dah pandai ponteng kelas dan datang lambat.


nih yg nak story,
siapa-siapa yg selalu ikut perkembangan my dear sweetheart. lenovo terchenta.
keadaan dia dah agak kritikal. maybe lepas bawa balik dari penang nanti,
aku cari port untuk kebumikan dia.
tanah perkuburan mana ya?nant aku kasi alamat, senang nak ziarah kubur dia~

update guna lappy orang, i mean awam...yg xprivate tuh
kurang sikit feel dia...sebab tu aku dah kurang cergas~

when people ask something that u don't want to talk about,
what do u do? cheating or being honest?heh.

ikuti perbualan ini:

my klasmate: 'miko' ada bf x?
miko: aku sengih.
my klasmate: mesti la ada kan. pakwe kat mana? pakwe miko kat kampung ya!
miko: pakweku di kampung! yes!
my klasmate: eh..xkan xpernah couple kot?
miko: ........................off.

haha. being a single is a gift from god.
muka aku cam org kampung ya, maka pak we aku mesti org kg.
biar terbang tinggi mana-mana pun, it'll suite me better if u are a kampung boy!

jarang nak masuk+ikut topik jenis nih~ sekali ada org cucuk!

10 September 2010

1. Selamat menyambut hari raya aidilfitri buat semua yg menyambutnya x kira sehebat mana pun kau beraya atau sesederhana mana pun kau beraya tahun ni.


2. Cara wish raya!
Dulu2 old skool punya cara, pakai kad raya. ( aku suka yg ini!)
Then, org dah mula guna teknologi bagai. email, sms, mms....apa lagi ya?
Tapi tahun ni, aku dah xberapa suka cara letak muka sendiri atas kad virtual tu.
then tag semua kawan-kawan. ( xtaulah sebab apa ntah, aku x suka!) bosan lah.
Nasib aku baik, bila xda makhluk tag aku dekat gambar2 selamat hari raya dorang. kalau tidak penuh notification aku pulak. ke aku yg tak bersosial...sampai xda org tag aku kat fesbok ni???

3. Aku raya kat umah aku tahun ni. apa yg special? entahlah....
Sedar2 dah petang....nasi pun xjamah lagi ni. kejap lagi lah lps update blog. aku g makan.hehe

4. Kutip duit raya.
Mentaliti orang kat Malaysia ja kot...raya best ke tak. Pakai measurement duit raya siapa paling banyak...hehe aku pun xterkecuali (zaman muda2) kita sebagai org tua...( perasan tua!)
mestilah betulkan fahaman ni. nasib bukan aku yg incharge bahagian duit raya budak-budak! kalo tidak siaplah korang semua!

5. Seronok lah on9 hari ni...laju weyh! laju weyh! aku suka! hehe

6. Aktiviti aku hari ni iaitu hari raya adalah main game fesbok aja...dan zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz!
kan aku dah cakap awal-awal. aku x terjun sungai tahun ni.

7. Makan banyak.
aha! part ni paling xsesuai..makan tu biarlah beringat-ingat..kalau ada penyakit ingat-ingatlah sendiri.ok. Jaga kesihatan sama ya! Raya..raya jugak!

8. Ops..Ops sana-sini.
Oho! aku dah bosan tengok statistik kemalangan jalan raya kat dalam berita tu....Pandu berhemah...jangan ingat nak tunjuk eksyen kat awek sebelah kau ajer! kalau kau bawa kereta lah kan... Yg naik moto tu..sama gak la. xkan sebab nak cepat sampai umah awek..kau main celah aja! hish satu pemandangan si awek2 yg naik moto ni yg aku xberkenan..pakai baju kebaya..baju kurung semua kain belah2..bila naik moto..adus! entah apa yg nampak...macam mana lah kadar kemalangan di hari raya nak berkurang. u got what i mean? hehe

9. Hari bermaaf-maafan.
Yes! akhirnya.....

10. Sila keluar beraya bersama sanak-saudara. sahabat-handai anda semua..

JANGAN JADI TUNGGUL DEPAN LAPTOP!!!!
ATAU TELEVISYEN!!!



yg ikhlas.
aku yg sibok on9.

06 September 2010

The Best Ever


pic credit to google.



Selama aku hidup di atas muka bumi.
tak pernah langsung aku imagin akan
dapat assignment sebagai hadiah terbaek!
maksud aku bukan lah assignment aku punya bagus sampai dapat hadiah terbaek!
bukan..bukan...bukan.

sebenarnya habis ja paper last sebelum pulang ke kampung.
aku memang sengih lebar-lebar.
bukan sebab soklan senang ke apa....tapi sbb rasa lega*.
sekali Dr.P kasi assigments. bukan 1 tapi DUA!!!!!

part paling best ialah bila aku ngadu kat mak aku.

aku cakap
"tahun ni xboleh la tolong mak buat kuih raya, sebab banyak lah assignment ngan exam lg"
mak aku balas
" jadi xboleh la tengok tv balik rumah kali ni"

cis...mak aku memang lah terror bab-bab kenakan aku.

due date assignment yg aku baru dapat sempena cuti raya.
adalah bersamaan ngan besday aku.
aku memang dah rasa eksaited pelik.
sebab aku teringin nak rasa saturate dgn kebizian hidup sampai lupa tarikh besday aku.
sebab aku x pernah lupa.ok aku tipu. hampir atau nyaris lupa adalah.

aku xmengharap hadiah dari kamu-kamu di luar sana.
tapi kalau dah niat nak kasi hadiah.
dgn hati yg ikhlas saya akan menerimanya!hehe

hadiah yg terbaik bagi miko adalah :

kamu-kamu yg selalu ada di sisi, pabila daku memerlukan kamu.
kamu-kamu yg selalu melayan kerenah gila+merepek tanpa rasa jemu.
kamu-kamu yg menerima daku seadanya dan menasihatiku.
kamu-kamu yg selalu ingat daku walau dah xda org kat dunia mau ingat diri ini.
kamu-kamu yg selalu mengingatkan daku akan sempitnya dunia ini.

terima kasih tuhan.

p/s: mungkin xterjun sungai raya pertama tahun ni.

02 September 2010

KAWASAN INI DITUTUP.

Apa kau x heran kalau tiba-tiba. ada orang panggil kau.
dan cakap" KAWASAN INI DITUTUP".

padahal xda papan tanda or whatsoever yg sewaktu dengannya.
selalu lalu xada apa pun.ok ja.

jalan cerita dia macam ni. ( betulkan cara duduk anda!)

aku bajet aku dah lambat submit report aku.
siap rembat moto member lagi...punya lah nak cepat.
sampai ja bangunan kuliyah...cepat-cepat aku masuk lif.
sampai ja aku kat level yg dihajati. aku pun keluar.

kiri-kanan laluan aku sunyi sahaja.
walau jam baru menunjukkan pukul 3.30......
layan....aku memperlajukan langkah.
tiba-tiba ada brader tegur...
"KAWASAN INI DITUTUP"...nak g mana ni?

aku kalau dah kelam-kabut, otomatik muka aku akan jadi blur~
jadi aku cakap....kenapa pulak? haish..nak g bilik lecturer ja pun.

pastu brader tu sambung lagi
kalau macam tu, jalan sampai hujung. tapi ingat tau
"KAWASAN INI DITUTUP".

hah...tanpa menghiraukan brader tu.
aku meneruskan langkah kaki.
dalam hati, aku kata: " xpenah nampak pun brader tu"hish.

dah selesai urusan....aku terpaksa lalu tempat brader tu berdiri.
sekali lagi...
waktu aku melintas brader tu
dia cakap " ingat tau. KAWASAN INI DITUTUP".

apsal muka brader tu serius benar kalau betollah dia nak main-mainkan aku.

walau kau kenal macam mana lama pun kawasan tu, tapi bila ada org usik2 cam tu.
mesti kau fikir kau dah xkenal lagi kawasan tu. ( dari sudut psikologi cakap macam ni).


tapi
betolkah "KAWASAN INI DITUTUP"........?

29 August 2010

Nini Leman.

ya...entry kali ni pasal Nini Leman.
nama dia macam comel kan.nilai-nilai komersial pun ada jugak.


kredit kpd 2 org Partner In Crime nih.
Julie dengan LuxCasta Astrophel ni.
Budak berdua ni memang "pandai" !


Bila aku renung lelama..
nama nini leman ni...dah macam nasi lemak pulak ejaan dia.kikiki lala.




NINI LEMAN NASI LEMAK




sebenarnya nini leman ni macam the other part of miko gak.
hisy...biasalah kalo satu individu nak create banyak watak dalam dunia dia.
cuma sejauh mana individu tersebut membawa watak tersebut di antara 2 alam.
iaitu alam realiti dan alam mimpi.
pembawaan yang berlebihan ke dunia realiti.
itu bahaya.
(aku pun xberapa nak faham apa yg aku taip nih).


macam miko tuh..dia memang gila-gila macam ni.merapu aja keja nya.
24 jam asyik merapu ja...kalau x merapu macam xcukup vitamin aja.
tapi Nini Leman tu evil dia macam harmful sikit. banyak sebenarnya.
dalam kepala dia...asyik fikir rancangan nak mengenakan orang ja.
dia xkesah plak dosa ngan pahala.
ya la, buang masa fikir perkara2 yg tak berfaedah tu.haish!

Kalo miko dah masuk mode bertapa ( exam ya bukan slot tido!)
Nini Leman lah yg sengsara. sebab dah xda ruang untuk pemikiran jahat nk kenakan orang.
Bagus lah sangat bulan puasa macam ni.
Sebab Nini Leman xkeluar. Dia duduk diam-diam ja.




Oh...Nini Leman xsuka makan nasi lemak.
Tapi Miko Si maruku tu suka sangat nasi lemak.





Gambar ni membuktikan Nini Leman memang sedang duduk diam-diam.heh
bila tgk pic sndiri baru tau...dah lama rupanya xtgk pic diri sndiri.
makin tembam ya skank ni. bahagia~

mau study ntuk exam...kena masuk gear 4 tros nih~

25 August 2010

aku senyum-senyum saja sambil menatap sms yg baru masuk.

haish....MEGA plak tu (kata aku dlm hati)
abaikan lah.
nanti baru decide nak attend or not.

hurm..jadi aku melalui rutin harian aku yg biasa2 saja.
tunggu bas.naik bas.nyanyi ikut saluran radio yg drebar bas pilih. sampai destinasi.
dan bergolek turun dari bas. cis!

aku masuk makmal komputer.
aku on pc.dan aku semak senarai movie2 baru.
aku tutup semua tab yg ada.
aku pura-pura kosentrate apa yg pensyarah aku ajar dekat depan.

habis ja kelas.
pensyarah pun wish gud luck untuk exam beliau dan selamat hari raya(awal betol ucapan itu).
maka kami sebagai pelajar pun yg jarang-jarang ingat pasal exam.
sibuk minta duit raya.ya tuan-tuan! dah umur 22 pun sibok nak duit raya.

dan pensyarah aku balas dgn sedas dua kata.yg aku rasa mmg terbaiklah!
" kalau kamu dapat A. baru saya bagi duit raya"

lalu.
aku nak study lah rajin-rajin.
nak dapat duit raya....

maka sebab itulah saya kurang cergas mengupdate blog ni.

wish me A...xpayahlah. wish me DUIT RAYA!

18 August 2010

Saya mau bahagia.

Memanglah Penat,

Tapi macam mana nak buat,

Sudah lambat,

Baru nak cepat.


sejak-sejak masuk bulan Ramadhan nih.
aku rasa ada satu feel lain macam skit.
yg mana kalo aku jalan-jalan sorang dan terpandang akan langit.
aku akan ckp kat diri aku.
"ya.aku bahagia"

aku pun xtau apa motif di sebalik perbuatan aku itu.
yang pastinya.. posisi diri aku sekarang adalah "bahagia".

aku xtau kenapa.tapi aku tau aku sedang "bahagia."

mungkin inilah yang org kata : RAMADHAN bulan yg mulia.

korang rasa tak, macam aku rasa ni, "bahagia".

kalau korang xda rasa sama macam aku ni.
aku rasa korang mungkin sedang mkn nasi sambil tgk tv di waktu siang hari.

biar jauh di mata,tapi sentiasa dekat di hati.

15 August 2010

hye....
i'm quite bz lah sejak masuk bulan puasa nih.
haha..membizikan diri.(alasan)

dah berapa lama ya, xjumpa my lappy...
2bulan ker...atau lebih? not so sure.
lately dah lost dlm calendar ni.( mana ada org lost dlm calendar!)
tapi xper..esok2 found lah tu!!!!( lost n faun)

macam banyak ja laptop yg memberontak akhir-akhir ni.
dah la kerja ntuk this sem banyak...tiap-tiap hari kena ngadap laptop n tenet.
ntah hapa-hapa ja. email tu kalau x check sehari..takut xdapat the latest info.

kesimpulannya.. sebagai student yang amik bioinformatics.
anda perlu sebuah laptop atau notebook atau pc atau seumpamanya.
dan perlulah dilengkapi dgn internet ya kawan-kawan.
maka xda lah jadi macam miko yang hidup nomad ni.
tapi kan nasiblah miko dikelilingi dengan mereka yg baik hati budinya~
yg bagi pinjam laptop semua..terima kasih.
miko balas ngan kasih sayang boleh? hehe



dicilok dari sini

raya nih nak balik kampung ambil lappy!
siap..ke x siap ke..tetap nak ambil jugak!
it have been a very hard time for both of us..(miko dgn lappy!)

nanti bila dah ambil lappy tu..nak tido dgn lappy tu!
macam dlm pic yg di google nih.
tido senyum-senyum..yeah! i love u baby!




dah la pakai t-shirt google kan...ada laptop plak kat tepi!
betol2 macam miko.( xtau kat mana yg sama!)

dicilok dari sini

11 August 2010

IKHLAS.

Setiap kali menyambut apa-apa event yg aku kira special.
macam sambut bulan SYAABAN.bulan RAMADHAN.bulan SYAWAL.
mesti akan dapat mesej meminta maaf dari rakan taulan.
xkurang jugak yg antar mesej ayat sedap2. maka rasa mulia sapa yg membaca nya.
tak kira lah guna medium apa pun untuk hantar mesej-mesej ni suma.

soalan aku.

" Sejauh mana kah keikhlasan kata-kata yg tercoret itu?"

"Ikhlas kah maaf yg dihulurkan"

bukannya nak jadi negatif.bukan.bukan. bukan itu maksudnya.

sekadar memikir. mesej baru 2-3minit. jap g ko buat balik. bukan lama pun.kejap ja.
mungkin sbb mesej forwad jadi tak rasa beban dia.

bukankah kata itu kota?
jadi tulis-tulis, taip-taip aku rasa sama ja la.

hurmm. aku suka kalau dapat mesej maaf2 nih.
heh. tapi jarang aku reply mesej jenis nih.
sebab aku selalu jawab dalam hati ja.

jadi kalau aku xreply mesej ko.
aku dah jawab dalam hati.
aku harap angin dah sampaikan jawapan aku.

bersempena bulan mulia ni, aku berazam untuk tidak curi tulang dlm kelas.hee~

07 August 2010

Yakin sudah.

dah lama tak singgah sini.
blog ni dah macam satu escapisme plak.
rasa nak lari.
tapi jalan-jalan ja akhirnya.
sampai kat blog.
singgah.
dan duduk sekejap.

dah bulan OGOS. korang dah kibar bendera?
aku dah. turn korang bila lagi?
aku pikir: kalau nak kibar hari-hari.xsyok plak.
jadi bulan OGOS saja yang paling menyerlah.heh.

memang banyak yg nk coret kat sini.tapi malas la.
semua aktiviti jadi xbest bila buah hati pengarang jantung xda.
yup.dia xda. jauh sikit pun xboleh.
asyik nak ingat dia ja 24hours.
kronik.lalu aku balik rumah.
ini alasan yg bagus ya kawan-kawan.( padahal memang homesick!)

waktu aku tgh taip entry ni. lampu hp kelip-kelip.ada mesej masuk.
salah seorang klasmate yg aku xpernah cakap pun ngan dia.
bapa dia meniggal dunia. esok ada solat jenazah. Al-fatihah.

then.aku cakap kat diri sendiri.
kalo dulu aku cakap" kalo aku mati. xda org akan ingat kat aku"
kecuali mak.abah.4 org adik aku.

tapi sekarang aku yakin. dah tambah senarai tu.
sebab mereka buat aku rasa dihargai.
xpayah sebutlah siapa.

dah setahun lebih dia yg bernama kawan "pergi". Al-fatihah.


harimau mati meniggalkan belang,
blogger mati meninggalkan blog.

terima kasih tuhan.

28 July 2010

Kau T.I.P.U aku.

Kau tipu aku lagi kan?
kau nih kalau cakap tu tak menipu tak boleh ke?
xbagus tau tipu-tipu nih.

habis kalau aku buat apa yg aku cakap.
kau sanggup ke kalau aku buang kau terus nanti?
sanggup? sanggup kalau kau hanya stay kat satu side watching silenty.
then, kau jangan nak menyampuk apa-apa yang aku buat hari-hari.
boleh kau tahan haa?

slowly lah kawan. nanti slow-slow jugak aku buang kau.
baru kau tau!

ni kau cakap, aku tipu kau pulak.
tapi memang aku tipu pun.heh.

miko si maruku dalam proses nak kurangkan
cakap sorang2 + senyum sorang2.
ada org cakap, org suka senyum sorang2 nih kuat berangan.

" sedapnya buah berangan"

25 July 2010

You make my day!

xtau mau express this feeling rite now~
selalu macam ni kan.
after going through the conversation with you.
the atmosphere around me will chnages 360 degrees.
seem like everything in this world will make me smile 24hours.
kind of exaggerating, rite?
after all of those past months....plz be fine.
you are the only one who can bare with all my crazy talks.
having a little chat with you is like a therapy for me.
hopefully you won't find this blog.
kalau tidak, mesti teruk kena kutuk ngan kamu nanti.heh.
serius.
having you in my life,
knowing you in my life,
it is one of the greatest things that GOD gives to me.
Terima kasih TUHAN.

can't wait for d sunshine~

24 July 2010

I'm also a MUSLIM.

sedang menunggu giliran di kaunter.
aku terperasankan muka pak cik yg sedang menunggu sebelah aku.
aku toleh cepat-cepat.pandang tempat lain.
takut tempias kena aku pulak.
raut muka pak cik tu jelas menunjukkan perasaan tidak puas hati beliau.

aku nak mulakan perbualan pun takut2.
jadi aku pilih untuk senyap.
orang kata kalau kita sedang berdiri, baik kita duduk.
mudah-mudahan, degree ketidakpuasan hati tu menurun.heh.

dia dah settle urusan dia sepatutnya.
dan sewaktu urusan aku sedang berjalan.
tiba-tiba ja pak cik tu datang balik.
dia cakap :"baik awak buat saya punya bil sekarang".

then, apek yg jaga kaunter tu pun buka mulut nk explain.
tapi dengan cepat pak cik tu mencantas.
"saya xnak dengar awak punya ceramah!"( mak aii! emo nya pak cik nih)
aku diam ja.kecut perut aku dibuatnya.

haish.
nilah masalahnya bila tak ada langsung rasa percaya kat orang.( percaya yg bertempat.ok!)
hurmm. layan ja lah apek tu.

pastu baru pak cik tu blah.

aku baru berani buka mulut.
"saya memang selalu datang sini bayar bil. maybe pak cik tu first time kot.
tu sebab dia x brapa nak percaya".
then, apek tu cakap.

"tau lah dia tu MUSLIM, xnak dgr ceramah plak.( terpapar riak xpuas hati)
macam lah banyak sgt duit dia.kalau RM 40,000 dia punya bil, sekarang jugak saya buat.
saya pun xberani nak pegang duit banyak-banyak macam tu."

aku memang terdiam lah dengar dia cakap macam tu.
malas dah nak komen apa-apa lepas tuh.

biasalah bila kerja bayar bil cam ni.bukannya satu tempat ja.
banyak stage nk kena proses. bila ada problem, sabar lah sikit.

tapi terkilan lah.bila dia guna word MUSLIM tu.
i am also a MUSLIM.

dunia.dunia.dunia.

21 July 2010

Hari-hari adalah cuti.

Before this, hidup aku macam serba xkena ja.
ada ja perkara2 remeh yg aku besarkan.
bukan besarkan macam kecoh-kecoh sampai ganggu orang.
bukan-bukan.
ini yg jenis kalau dah mula fikir tuh.
berhari-hari tak akan habis punya.

kadang-kadang aku try cara lain.
mesti korang xfaham apa yg aku cuba sampaikan kat sini kan?
jangan risau ini aku nk bg contoh:

pernah sekali tu, aku fikir tabung seramik aku tu kuat ke tak.
jadi aku baling kat lantai.konfem lah terbelah dua kan.
adus!

ada yg bila entah,
aku nak buktikan mulut tin kacang apa ntah xberbahaya.
selalunya kan mulut tin tajam sikit kan.
jadi aku dengan selambanya menekankan tapak kakiku pada mulut tin tersebut.
tadaaaa! guess apa jadi.

ofkos lah. kaki saya berdarah kan. itu baru sikit kerja gila aku.
tak masuk lagi teori dan falsampah gila aku.
kekadang aku fikir aku ni ada sakit mental ke?

tapi pandai pulak aku jawab TIDAK.

bila fikir balik, sihat ke kalau seseorang individu selalu cakap sensorang.
then dia ketawa sensorang.
pastu dia senyum sensorang.
apa korang rasa? try fikir balik, pernah tak korang jumpa spesis manusia macam nih.

tapi semua nih dah jadi masa lalu bagi seorang miko,yeah!
dia telah memilih untuk menghadapi hari-harinya dengan lebih positif.
maka dia pilih untuk mengatakan hari-hari adalah CUTI.
kalau bangun pagi bayangkan CUTI mesti tersenyum lebar.
walau banyak masalah yg berselirat.
tapi no worries.
"sebab hari CUTI memang ada.masalah memang tak pernah ada CUTI"

jadi walaupun hari-hari biasa, bukan hujung minggu.mari SINGGAH sini!
khas untuk penduduk KUANTAN.

tadaa!




lunch hour memang waktu peak lah kot,
ramai kot yang keluar shopping waktu nih.tapi jangan risau, dorang ada jual makanan jugak.
jadi bolehlah lunch sekali.

after pukul 2pm, dah lenggang sikit tau.
tapi after time orang balik kerja, penuh balik.
senang cerita, singgah la dulu baru tau! ehehe.

saya sangat suka! nak pergi setiap hari boleh x?

18 July 2010

Bohong.


Bohonglah kalau aku kata aku xingat langsung.
Bohonglah kalau aku kata aku xnak jumpa.
Bohonglah kalau aku kata aku xsedih.
Bohonglah kalau aku kata aku dah lupa.
Bohonglah kalau aku kata aku sibok.
Bohonglah kalau aku kata aku xkesah langsung.
Bohonglah kalau aku kata aku jemu dengar suara.
Bohonglah kalau aku kata aku xrindu.
Bohonglah kalau aku kata aku meluat.
Bohonglah kalau aku kata aku benci.
Bohonglah kalau aku kata aku tgh enjoy.
Bohonglah semua tuh,
tapi deep down inside here.
Memang xboleh tipu.


16 July 2010

My first week in my 3rd year.

hye!holla! apa khabar semua?
(jawab diam2 sudah!)

baca tajuk.
mesti dah faham apa yg nak miko tulis kat sini.
xpayah baca la, mesti boring punya! [ini serius].

miko sudah masuk tahun ketiga di universiti.
selalunya minggu pertama mesti xbelajar sangat.
jadual pun asyik berubah-ubah ja.
sampai malas nak buat jadual cantik2.
tampal kat dinding.[ini alasan semata-mata].

bilalah nak boleh follow betul2 academic calendar.[sigh].
tutup part admin.


saya suka pic nih, taken from google.

masuk part best sikit.sikit ja xbanyak. jangan mengharap tinggi melangit.
isnin.selasa.ku masih belum pulang lagi.maka kira ponteng lah si miko itu.
telah ku kembali ke hostel ku yg xsayang sangat tuh.heh.
kelas ketiadaan lagi. lecturer tak ada kata mereka.
khamis. awal-awal pagi aku dah masuk kelas. aku buka aircond kelas. ok.[bangga].
sehabisnya kelas, terus collapse. [ini baru first kelas.]
jumaat.ho yeah! ketiadaan kelas lagi.

mandi sungai selama 3jam. mengigil-gigil dibuatnya.
Air Terjun Sg. Pandan, Felda Panching, Kuantan.
kali terkahir miko mandi kat sini, air dia tak dalam pun.pendek kata.taraf budak ja.
tapi kali ni. memang i drop my jaw. air dia dalam.
siap ada kain rentang tulis DALAM & BAHAYA!

dah seronok mandi, kita singgah GIANT Sg.Isap.
pekena Hot Plate. macam mana dia boleh kekalkan rasa yg sama. ini kali ketiga.[pelik]

walau penat yg amat, petangnya miko turutkan kata hati.
air tebu perlu dicari.heh.

Sabtu.I am hoping that my great week will end with a smile.

With great friends around me, surely my days will be GREAT!

Cakap dgn TUHAN,
"terima kasih kerana menganugerahkan kawan-kawan yg GREAT macam nih."


...................................................END......................................................

14 July 2010

Ketidakpastian...

terjaga aku kerana hari sudah pagi,
mata ku kelip-kelipkan..
tanda kusudah sedia meneruskan hari baru..tapi
kenapa tiada bunyi loceng macam selalu.

aku mimpi lagikah..?
xmungkin, suara-suara yg kedengaran bukan plastik.
argh...tutup balik kang mata nih.

akhirnya, aku hanya memeluk tubuh,
tanpa perasaan ingin bangun pagi.
pagi oh pagi. aku memang malas nak memulakan langkah di semester baru ni.
dah 2 hari aku ponteng kelas.
jangan tanyalah sebab apa..
kan dah cakap aku takut nak masuk kelas semester ni.

"JIKA DERITA MERINDUIMU ITU BAHAGIA, AKU PILIH DERITA"

26 June 2010

The Best I Ever Had

hye....

this entry will not talk about any single things about dis song,
although it has been one of my fav...
before this, i had wrote about my sick lappy.
the condition had been worst for couple of month,
but it was damn hard to get me aside from her.aigoo...
now i will be facing my life without her....
dats mean no fb, no chit-chat, no online games, no stalking other blogs, no more blogging,
can't read email, the big NO will goes to my download activity.
oh my! how long have it been since miko without her lappy.
[luckily i can have my bro PC but there still probs!]

now i am doing my online routine using my sis lappy...
i admit that only my dearest lappy suite me the best.
all the apps, n software installs in her really make my day.

but..
being apart from her,
giving me, a chance for trying other applications especially downloaders.
honestly i give all the stars to internet download manager, IDM.
downloading will be sucks without it.

motif entry ini adalah untuk memberitahu kepada umum, IDM adalah terbaik!
maka untuk membolehkn omputih di luar sana membacanya...
maka broken english terpaksa digunakan.


23 June 2010

tajuk entry ini adalah status kat my yahoo.

dah 3hari dia ada kat situ.
serius...aku ingat aku dah xpayah pikir.
aku bajet maybe dlm 2-3tahun lagi, baru akan dijumpai.
ini tidak, serius aku xprepare.

apsal dia pergi kejap ja...dah balik.
apsal dia habis cepat sangat,
sekarang makin dekat adalah.
hopefully dia xjumpa aku, terserempak kat tepi jalan ker.
termakan kat kdai makan yg sama ker.
walau nampak aku selamba je, deep down here aku rasa xselamat.


jgn ada kwn2 kesayangan aku, ter makan pujuk rayu dia*
xpasal habis suma info aku, dia tahu.
putus sahabat nanti!
haru betul lah....wawawa.

habislah hidup aku yg aman ini.
kenapalah ada orang macam ini...
kata mak" bagai buku bertemu ruas"
kata my sister" hehe, habislah kamu!"

kata aku" s**l"

kata dia" sombonglah aku sekarang nih"

tiba-tiba ja aku jadi risau, nasib lah ilmu stalking ada.
dan minda aku masih mampu nak tolerate.
maka aku buat apa yg patut sbg defense.

macam sia-sia ja usaha aku selama ini.
dah la aku ni lembut hati, cepat simpati....
penat ak sumbat hp bwh bantal.buat2 xdgr bunyi hp.
xmo jawab call dia.
dan akhirnya dia stop.

ces, xlama mana pun. dia pun pandai gak.
konon-konon saat aku dah rasa bebas dan xkesah langsung.
aku di attack....weyh, setahun kot. kau dah plan awal2 lagi kah?

patutlah hp aku sekali sekala ada panggilan berhantu.
yelah, hantu ja yg pandai call, tapi xpandai cakap.
at least cakap lah, hai!
nanti kalau dgr suara kantoilah miko*

let see how far it will goes,

dia msg aku, dan aku hanya balas 2 perkataan. mesti sakit hati kan*
dia reply lagi..dan aku abaikan dulu.maybe lepas seminggu dua nanti aku reply lagi sepatah perkataan.

mungkin ada org akan cakap, accept ja dia.

tapi....entahlah, soal hati memang susah nk predict.

apa lagi yg aku harus lakukan.


betollah kata org: teknologi mengatasi segalanya~

aku dah penat berlari~


22 June 2010

Sebab yg menyebabkan.


siot ja..dia update sekaligus.

well, sudah dimakmlumkan miko ada banyak benda untuk ditaip disini.
biar semua boleh baca, biar kekal sampai mati.

weekend yg lalu,
miko balik kampung..
waktu kat kampung...

miko rasa biasa-biasa saja sampailah dtg idea untuk keluar dari rumah.
bosanlah. asyik tgk tv saja.
lepas tu soklan sama ja,berapa tahun lagi nk habis belajar.
tiap-tiap kali mesti tanya soklan yg sama.rasa nk ja tulis siap2 pastu angkat.

lg 2tahun ya mak cik2..saya tahu lama lagi.

sampailah aku dapat satu soklan best dari p.cik aku.
blajar apa ya kat kuantan tu.
biotech...
pastu dia samb...ooo bioteknologi.
jadi teknologi apa yg terbaru? aku ingt dia main2 ja.
bila dia sibok nak bawa aku tengok pokok cili blkg rumah dia.
aku tau dia serius.hehe

banggganya aku.akhirnya ada org paham dan appreciate.hoho
maka siboklah sembang.dan aku sedar lps ni kena banyak baca buku cari term melayu nya.

belakang umah p.cik aku tu xda lampu, maka aku usha pokok cili dlm gelap.
wahaha.baru real kena gigit nyamuk berdozen2.
dan hukuman mencarut waktu zaman muda-mudi dulu adalah tenyeh mulut dgn cili ya!

ooo..sambung balik malam dan suasana kg memang lain
bulan,bintang....aduh cantik bangat deh!
air bukit yg sejuk..aiseyh.nak ja mandi lama-lama sampai beku.

then, dapat sepupu baru lelaki dari keluarga sebelah mak.
fuhh..mmg kena ah timing, dorang xsempat gtau lagi.
sekali kami dah sampai depan mata.

"m.cik aku tnya mana mak tau bersalin nih?"
then, aku jawab gaya bodoh
"ala, mak kan ada sixth sense"
free-free ja gelak dlm wad tu beramai-ramai.
haha


itulah cerita weekend daku. saya sgt suka weekend yg macam ni.
langit biar malam atau siang, tetap cantik dipandang.

SWEETIE

holla..

dh lama xupdate...sudah kurang entry di tulis di sini.
bukannya disebabkan sibok berkenduri...
maklumlah kenduri kahwin dan cuti xdapat dipisahkan.
bak kata pepatah "bagai isi dengan kuku".sesuai x...hehe

banyak sebenarnya yg nak ditulis di sini,
tapi xtau nak tulis yg mana satu......jadi entry ni salah satu yg miko dah lama nak tulis.
nk bagitahu dunia.
" saya suka sangat the way dia nih berlakon"

biasalah kalau cuti semester macam ni layan drama korea or taiwan or jepun or indon*
tambahan pulak perempuan kan*.

so, dalam banyak2 cerita yg tertengok* dan rasa yg best adalah
SWEET SPY.

jalan cerita yg mengisahkn seorang janda muda [Lee Sun Ae] yg terpaksa menjadi polis untuk menggantikan tempat suaminya yg telah meninggal dunia sewaktu sedang menjalankan satu siasatan.disebabkan sikap beliau yg sungguh kelam kabut itu, dan salah faham yg bukan satu, tapi lebih daripada satu,
maka dia terjebak dalam kehidupan seorang "spy"[Han Yu II]....maka bermulalah segala kesulitan demi menjaga identiti spy terbabit.hanya kerana sebatang pen. habis semua nya kucar-kacir.

sgt suka name code rahsia dia..koala, rakun, dan hedgehog.

Lux Casta Astrophel cakap, maybe guna nama babirusa kalo ini cerita melayu.

part paling best bila setiap salah faham tu menghasilkan sesuatu yg xterjangka.




tapi dh nama pun perempuan.miko adalah perempuan.ini fakta.

maka saya lebih fokus terhadap dennis oh. watak hero pertama.
bila dia marah mata dia kecik sebelah...comel ah!

tapi ending dia saya kurang menggemari nya...
sbb sgt berharap at least boleh tgk muka dennis oh sekali lagi.
jadi "imaginasi saya terluka".



ini ada sedikit info pasal drama SWEET SPY ni:

Episodes: 20
Genre: Comedy
Year: 2005, MBC

Cast:
-Nam Sang Mi as Lee Sun Ae(heroin)
-Dennis Oh as Han Yoo II( hero)
-Lee Joo Hyun as Kang Joon
-Yoo Sun as Park Eun Joo

saja letak sikit ja,hehe


credits:


16 June 2010

Treat or threat.

bukan selalu dapat peluang.
tapi kenapa selalu rasa mahu lepaskn peluang.
walau selalu ada peluang.
entah macam mana nk mengadap peluang.

betollah,
org kata manusia xpernah bersyukur.
selalu sibok mencari peluang.
nak menapak ke depan katanya.

tapi akhirnya.
peluang yg ada di depan.ditinggalkan.
dek kerana.
mencari tangga yg lebih tinggi.

serius.
saya xtahu nak anggap kamu sebagai apa.
sebab kekadang kita macam kenal.
tapi sedar-sedar, macam xkenal pulak.

sebab saya jenis org yg sgt suka buat sesuatu bila dah suka.
jadi bila suka dah ada.
anything will be disaster when the amount is in excessive number.

p/s: xberani nak bayangkan kelas pertama di semester depan.

11 June 2010

Mereka menghantui ku.

pernah x rasa dihantui "something"?
untuk org macam miko yg slalu ja hidup dalam dunia sndiri.

jawapannya adalah selalu.
itu perkara biasa....
jadi akhir-akhir ni ada beberapa perkara yg menghantui miko.

baik sedang gosok gigi atau waktu tengah tengok tv,
atau waktu makan keropok lekor atau waktu tengah merempit,
mahupun ketika mengangkat kain di jemuran.

kategori hantu-hantu kali nih,
adalah lagu berhantu...
yup! maka sakitlah telinga-telinga miko mendengar lagu yg sama.

sorry ya, telinga!

[1]
lagu kak adam yg sgt best tuh: If I had you.
part yg cakap

If I had you,
Life would be a party, it'd be ecstasy

oh, sangat suka!
sangat best kalo dapat someone yg kita suka!

[2]
then, akak will young: Leave right now.
ni sbb pengaruh AI ,tapi memang sedap pun.
tinggal nk makan jer.nasib xboleh telan!

[3]
pastu OST syahjihan,
Pergilah Ayu, The Fabulous Cat

Terima kasih atas pertemuan antara aku dan dia

Jika nyata bukan dia pemilik tulang rusukku

Kikiskanlah pesonanya dari kedua mata

Dengan kelebihan dan kekurangan yang ada

Bahagiakanlah mereka ku doakannya

nilah part yg aku paling suka dlm lirik lagu nih.
kalo xdapat memiliki xbolehkah nk doakan kebahagiaan mereka?
aku xfaham bila mulut kata sayang, tapi sanggup simbah asid lah, tembak ngan pistol lah.
sayang ke tak? konfius mikoayam.

setakat ini sahaja lagu hantu yg menghantui hidup miko.
saya sangat sukakan lirik lagu melebihi suara penyanyi tu,
kalau ada yg kutuk sesebuah lagu tu xsedap, miko memanglah xkesah!
sekian, terima kasih!nerd


09 June 2010

THE PATH.

it can't be help...
when i lost your trace.
when the scent of you.
had been blown by the wind.

i only can pray.
for the rest of my life.
wishing all the best for you.

and
in the dark.
i'll walk with your shadow.

it is ok.
as long as i can walk along with you.

but afterall,

i can only wait.

07 June 2010

Label.

An update.
for june.

dear june..
ces! apa nih???

heh. waktu aku update nih aku ditemankan cahaya lampu kalimantang.

selalunya time puncak macam ni.
aku ja yg jadi jaga kat rumah ni.
entah macam mana family aku suma stay up.
merapu tgh-tgh malam cam ni.

pelik....

aku sibuk nak pergi supermarket nak beli sos ikan.

padahal aku xnampak label botol sos dalam peti sejuk tu.

bila dah balik drp supermarket...

adik aku cakap:

tu bukan SOS IKAN kah?

aku baca label botol banyak-banyak kali:

CAP SOTONG SOS IKAN...

dan aku tepuk dahi, kenapa botol sos ikan, letak gambar sotong!

31 May 2010

It just HOT.

dah sebulan tunggu event nih,
HOT AIR BALLOON FESTIVAL.


hati berbunga-bunga, bila tarikh yg ditunggu makin dekat.
hari first, perancangan xjadi...
hari second, tido punya pasal dia lupa plak nak bangun!
hari ketiga...

yup,seawal 7pagi kami dah bertolak.
jalan pun ok...clear sangat,
about another half perjalanan,
kira-kira 15min lagi nak sampai,
jeng..jeng..jeng.
woha! sudah nampak belon itu! eksaited!



bila dah sampai lagi lah. macam nk lompat jer!
tapi tu la, behave2..hehe

ada macam-macam aktiviti,tapi yg main event mestilah
naik belon panas..kekeke.

sambutan amat menggalakkan ye tuan-tuan semua,
pukul 8pagi khemah menunggu dah penuh,
tapi rata-rata pengunjung semua pegang dslr sorang satu.

dah seronok jalan-jalan pusing-pusing sini sana,
the worst partnya, miko gayatttt...
dah sampai kat belon panas tu baru teringat bahawa saya gayat!
jadi saya tgk dari bawah jer! sedih~ gayat mmg xbest!







kepada kaum hawa lain kali kalau nak naik belon panas pakai seluar yea!
pakai skirt kembang dah sama kembang macam belon.

27 May 2010

Mari berbudi bahasa.ewahh...!



lah kenapa letak pic lori mainan plaksoal
agak-agaklah apa yg miko si maruku nak merapu kali nih.
tajuk bukan main lagi....nampak x penulis senang hati! ewahh!

ini lori mainan bukan sebarang lori tau!
ini lori sungguh berjasa tau...
bukan setakat boleh dibuat barang mainan tika bosan ngantuk tahap gaban,
{miko xpenah main lori nih, ayat NAFI.]
malah boleh dibuat penghalau kucing.wahaha!angel
lain kali kita cerita pasal kucing dan lori mainan tersebut.

setelah merapu di bahagian pengenalan, baca intro.
baik mari kita renungkan sejauh mana kah anda mengamalkn rukun negara kita yg satu nih!

kesopanan dan kesusilaan.

kali nih miko mau highlight penggunaan beberapa simple words.

seperti

1. terima kasih.
2. tolong atau please
3. maaf.

nampak simple kan 3contoh perkataan nih.
tapi susah kan nak amalkan 3 perkataaan nih.

ini ada suatu contoh:
budak kecik umurnya 5tahun macam tu,
setiap kali dia nak minta apa-apa barang yg dihajati.
dia akan cakap: mak nak air kotak boleh x? plzzzzz....sambil buat muka chomey.
adus! skali dia pusing kat kakak dia, tolonglah beli, plzzzzz.
zup, teros dapat air kotak, bukan 1 tapi 6 sekaligus. yeah, power xpower that simple word.ehehe

amaran:contoh ini jangan diamalkan jika anda telah mumaiyizz.....

contoh yg serius,

yg selalu diamalkan oleh sesetengah orang,
bila dia turun pengangkutan awam seperti bas atau teksi dia akan cakap terima kasih, bila dah selesai urusan di kaunter2 urusan rasmi seperti pejabat pos, JPJ,
pejabat pendaftaran negara, aaah xkesahlah kaunter apa pun, kaunter pertanyaan sekali pun. silalah sudahi urusan anda dengan ucapan terima kasih.

boleh nampak x kesannya kalau cakap terima kasih?kalau x nampak, memanglah kena amalkan slalu.
sebab antara kesan yg paling best skali :
mesti org yg tgk akan ckp

"anak siapalah nih?
buat menantu molek sangat lah ni."
malu






;;