03 October 2010

BounCing moQue.


Nama saya Bouncing Moque.
Menurut cerita yg saya dengar dari tuan saya.
Bouncing tu sbb kepala saya yg besar nih, bila tepuk2 nanti akan bounce.
Chumel kan saya? hikhik~
MoQue plak singkatan kpd gumuk*...adorable tau!

Sepanjang perjalanan dari Johor ke Kuantan.
Saya memang clueless habis lah...ntah mana-mana Cik Apin nak bawa saya.
Mula-mula saya ingat Cik Apin ni lah tuan saya, tapi tiba-tiba saya berpindah tangan lagi.
Saya berkenalan pulak dengan Cik Imah. Saya ingat nilah tuan saya.

Tapi...saya dengar Cik Imah cakap dengan seseorang dalam telepon.
Suruh balik kuantan cepat-cepat. Yg sempat saya dengar part
" balik ah cepat, kesian bear duduk atas meja"

Selepas itu, saya tahu bahawa Cik Imah bukanlah tuan saya.
Tuan saya xbalik kuantan lagi. Pandaikan saya main guess2* ni.
Owh lupa nak cakap...
Saya ni kaler oren-oren sikit.pakai reben pink lagi. jantung saya ada kat luar.
saya pun pelik..kenapa jantung saya ada kat luar.
mungkin senang nak treat kot kalo jantung sakit dan ada kat luar.

Pagi-pagi lagi...Cik Imah angkat saya.
Dan dia letak saya dekat seorang manusia ni.
Then, dia cakap HAPPY BIRTHDAY!!!!
manusia tu tengah tidur tau...then dia buka mata terus pelak moQue.
sesak nafas sekejap. nasib sekejap jer.
maka moQue masih meneruskan kehidupan seperti biasa sehingga hari ini.

Selepas itu...rutin harian saya berubah.
Saya akan didudukkan oleh tuan baru saya sebelum dia pergi mana-mana.
Kadang-kadang dia ajak saya tengok movie sama-sama.
MoQue. cJ7. Ricky. Tuan saya.

Hehe...saya suka part tengok movie nih.
Rasa macam satu family bahagia...suka sangat.
Kadang-kadang kami akan senyum sesama kami juga.
senyum yg hanya kami sahaja yg tahu maknanya.

Walaupun Cik Imah dah bagi saya kat tuan saya.
tetapi tiap-tiap hari dia dtg peluk saya...kan saya dah cakap awal-awal.
Saya ni adorable. saya tau ramai yg sayang saya!

Manusia yg selalu saya jumpa xbanyak.
Saya boleh ingat nama-nama mereka..
sbb tuan saya ajar " hidup biar beradab.jgn kurang ajar dengan manusia".

Jadi..
sebab xnak dengar tuan saya membebel dan nak tgk movie juga.
Saya pun ingat jugaklah.
Nama apa ntah manusia-manusia ni....Wany, Zue, Syaz, Suria, Suzanne, Syafiqah,Fizah, Dila,Syahidah...ish2x...nama dorang suma xda lah sedap cam nama Miko si Maruku tu.

Lagi kan saya rasa cukup-cukup lah saya curik2 tulis kat blog Miko Si Maruku ni.
Nanti kalau tuan saya tangkap saya menulis nih.
Mau nya dia denda saya ngadap dinding 24jam.
Xsanggup lah saya~

Jadi nanti saya tulis lagi..
Doakan agar saya xtidur atas lantai lagi.

0 Comments:

Post a Comment