23 October 2010

Minggu ini.

Entry ini akan berputar-putar sekitar hari isnin sampai hari jumaat
berkenaan kehidupan seorang manusia yg juga makhluk tuhan di bumi ini.
(I guess ini introduction.)

Sepanjang minggu ini,

dia mula rasa annoyed ngan perkataan "pastu"
tapi dia sendiri xsedar dia selalu sebut "xpa"
berjuta-juta kali!

dia asyik cakap sibuk lah, tunggu dulu, nanti lah,
all those words yg menipu pandangan dunia.
konon-kononnya dia rajin buat kerja dan belajar untuk exam final dia.

padahal dia sibuk update entry kat blog, chat lg, main COB kat fb lagi.
post status merapu2 kat semua tempat yg ada tulis
what your status?

itulah..tanda-tanda awal kemusnahan dia.( dia dah mula gila)

Tiba-tiba,
sewaktu dia buat -buat xkesah akan hati dia,
dia terbaca atau terkesan sesuatu yg dia xmahu ambil tahu,
dan dia telah terambil tahu.
Maka, dia sudah mula sasau memikirkan perkara itu.

kesian, itulah ustazah dah pesan.
jangan terlibat dengan perkara yg melibatkan hati dan perasaan kalau xkuat.

Tuhan,
tolonglah dia keluar dari kemelut hati.
Jangan biarkan dia hanyut dengan hatinya.

Saya ingin membawa hati saya jauh-jauh.
walau xdapat dibaiki sepenuhya, kerana saya tahu parutnya akan tetap di situ.
Alangkah indahnya hidup andai semua yg terjadi mengikut apa yg dirancang,
tetapi Tuhan lebih mengetahui apa yg terbaik untuk hambaNya.

Saya bersyukur kepada Tuhan.
Kerana saya berpeluang memiliki sekeping hati.

Tuhan,
mudahkanlah jalan buat hati ku ini.

Kesimpulannya, dia xtahu kenapa dia rasa sakit padahal xcedera kat mana-mana pun.
I guess this is what people call dilemma. Or maybe "sendiri cari pasal, sendiri tanggung".

I wish time will heal all of this stupid things. I hate being felt like this.

0 Comments:

Post a Comment