11 March 2010

Salam..

pernah dengar ungkapan ini "Jangan pandang sebelah mata" ?

sudah dijadikan manusia itu mempunyai sepasang mata yg terletak eloknya di wajahnya.
tetapi kenapa masih mahu menongkah hukum alam?
yg dipandang, hanya menggunakan sebelah mata, kenapa?

acapkali kita mendengar kejayaan2 orang di sekeliling kita,
yang selalunya bila dia memperdengarkan ideanya, pasti diketawakan.
berapa ramai orang yg berjaya, hanya bermodalkan kerana pernah caci hamun?
ya..mereka ini orang-orang yg outstanding,

bila mana orang2 yg kamu pandang sebelah mata ini, nekad untuk mengubah keadaannya,
dan ditambah pula pabila orang ini memecut terus ke tangga kejayaan.
dan bila saat orang-orang yg kamu pandang sebelah mata ini berjaya, barulah kamu mahu memandangnya dengan 2 belah mata kamu.
lumrah hidup ( i guess).

aku lagi hormat pabila orang yang nampak biasa2 aja,
namun ilmunya...xterduga dek pandangan sebelah mata.

aku lagi kagum dengan org buta yang lebih celik mata hatinya,

aku lagi memandang tinggi orang cacat yang bisa hidup berdikari tanpa menimbulkan masalah kepada masyarakat daripada mereka yang normal(sihat tubuh badan) tapi sibok menjadi sampah masyarakat.

aku lagi teruja dengan blog yang nampak xlawa,
tapi isinya menguji pemikiranku.( ha, merapu)

konklusinya, sila pandang 2belah mata, tuhan dah cipta manusia sebaik2 kejadian, tetapi kenapa kamu nk memandang hina akan manusia lain,
kata kita saudara.
kata kita masyarakat aman & penyayang .
kata kita 1Malaysia.
habis buat apa nk caci maki, hina dina org yg "lebih kurang" di mata kamu?

1 Comment:

  1. Zulikha Syed said...
    Entah berapa ramai manusia yg dipuji semalam, dilupai pada hari ini. Entah berapa ramai yang diperlekehkan semalam, disanjung pada hari ini.


    Berapa ramai lagi yang bongkak dan sombong semalam, hari ini berbicara bagaikan pengemis yang merintih simpati. Demikian juga berapa ramai yang diketepikan semalam, mungkin berkuasa pada hari ini..

Post a Comment