30 March 2010

Peperiksaan akhir semester.

ok.berdasarkan tajuk di atas,
anda-anda semua mestilah assume this entry will surely talk about peperiksaan.

saja buat tajuk xbest, dgn harapan nobody will read it.

ok..semua sudah sedia maklum akan kemerapuan tuan blog nih.
so...walau org lain semua sibuk study..dia masih sibuk ngan aktiviti dia

exam week...dia sibuk nak on9,
exam week baru sibuk nk g pasar malam,
exam week baru sibuk nak main game,
exam week baru sibuk nak tgk movie,
yang paling parah
dia xsibuk2 ulangkaji walau :
dia tau otak dia mmg kosong
dia tau cgpa dia makin menjunam
dia tau dia jenis ingat hanya setengah drp semua benda yg dia study.

ok.abaikan,
dah lama xtry new things...memanglah teringin nak buat something new,
dan xpernah buat seumur hidup...macam keluar g toilet time exam.
haaaa..serius nih, mmg xpernah keluar g toilet, miko kebal dgn kesejukan melampau!

nak keluar awal time exam..tapi xreti buka pintu hall tu.
walau slalu praktis, slalu xda jodoh ngan pintu tu..
dia xnak buka jugak...tapi hari ni setelah berpakat ngan org depan aku..
haha..aku berjaya keluar awal time exam.YES!

hoho..haritu tengok org xda muka, kali ni dalam exam hall,
aku bayangkan situasi org yg boleh dengar bisikan pelik2.
reason....
org yang jaga time exam tu konon2 nya nak cakap slow2..tapi aku dengar je sebijik2..haha
then org yg kat luar lalu lalang..aku dgr nyonya mana ntah cakap cina.
haish...boleh gila macam ni.
nk jawab soalan objektif..terpaksa baca banyak kali...
a or b or c or d...
lain kali kalau nak bisik2 cam ni..bisiklah jawapan.

part paling best hari ni..
bila ada budak2 sekolah rendah datang buat lawatan sambil belajar.
uish..kagum tengok dorang nih, sekolah rendah tapi
kat tgn masing-masing, ada handycam..hp canggih toksah kata lah.
agak2 kalau culik dapat sorang berapa ribu lah..
kaya nih mak bapak dia. just joking.k!

hp aku nokia model 3310ja.
tu pun xleh call keluar dah.
budak2 zaman sekarang...xleh nak lawan dia punya technology.

agak2 lah, sebenarnya aku nak cakap apa kat sini?

28 March 2010

diMana muka mereka.

hari jumaat, selalunya ada pasar malam kat area aku.
dah berbulan-bulan aku xdapat pergi pasar malam....
reason.....aku ada kelas parenting time tu,
punyalah bagus timing kelas 5-7pm...ish2x

tapi itu bukan main point entry kali nih..ahaha
elok jer aku ikot roomates aku yg baik hati bawa g pasar malam.
jumaat baru nih yup jumaat yg xda kelas parenting tu.

best oo..xtau apa yg best.haha
naik jer kereta dari awal lg dah mula nyanyi2...
walau xsedap kan..layan jer.

memang happy habis la sewaktu perjalanan 15minit xsampai tu kan.
semua org muka ceria ja...walau exam xhabis2 lg.

tapi bila dah sampai, kami pun mula join kesesakan org ramai..
pasar malam kan..mestilah ramai,
aku tengok muka-muka manusia yg jalan sama-sama ngan aku.

aku jadi pelik...aku tengok lagi, kali ni aku check betol-betol
aku gosok2 mata aku, mana la tau, mata aku ker yg problem.

arghhh...apsal nih, salah venue ker aku nih..
aku cakap kat kawan aku, jalan dekat2 dengan aku.
aku pegang tangan dia erat-erat.takut2 terlepas nanti.

dah habis membeli apa yg dihajatkan oleh nafsu masing-masing,
kami bergegas ke kereta, ye la tunggu apa lagi.
balik lah...nak merayau g mana pulak kan2x...hehe

bila masuk dalam kereta, aku tengok muka-muka manusia tadi
then, aku cakap "patut la semua org xda muka hari ni"
aku yg xpakai kaca mata.
dasar rabun, boleh plak buat heran sorang2!

padahal dah rasa takut dah,boleh suma org jadi hantu macam cita ghost whisperer tu
time maghrib plak.ai..seram!

bahaya untuk org rabun (yg kronik) berjalan-jalan tanpa bantuan kaca mata masing-masing.
patut la banyak kali aku langgar org hari jumaat tu..well~

26 March 2010

10


adik nak yg tu...nak yg tu...
ala...
nanti kita beli, lain kali tau..
kita beli sepuluh, lagi cantik.

genggaman tangan si abang makin kemas

sambil menarik si adik membuntuti ibu mereka~

25 March 2010

Saya rindu akan kamu.

Rindu...
sangat-sangat rindu akan kamu.
tapi kamu beku jer,macam batu jer.
sampai satu tahap rasa macam nak menangis jer.
nak2 bila ingat time yg best dengan kamu.
sebab kamu.saya suka pergi sekolah tau.terus jadi rajin.study pun lebih skit.


tapi sampai bila nak hidup dalam bayang-bayang kamu.
walau dah janji dengan sendiri...
mulakan hidup yg baru, jangan asyik menoleh ke belakang.
tapi segala-gala yg berlaku dalam hidup ni,
walau macam mana bagusnya.
tak dapat buatkan saya lupakan kamu.

macam mana nih?kamu tau tak...
saya dah sibukkan diri nih dengan macam-macam perkara.
tapi macam kawan baik saya cakap
"kau sibuk macam mana pun xguna jugak, bila ada space nanti, kau mesti teringat jugak"

emak pun dah cakap berhenti hidup dalam bayang-bayang kamu.
tapi kamu yang xpedulikan saya dulu.
xkan lah kamu nk saya tunggu kamu macam lagu "menunggumu" tu.

kamu.kamu.kamu dan kamu.
saya dah xtau macam mana nak berdepan dengan kamu.
if satu hari nanti kita "ter"jumpa kat mana-mana.
dah penat nak fikir reaksi macam mana nak berdepan dengan kamu.

sometimes we need to express our feeling with words.
and maybe it just too late when we realized it,
both of us had gone in our way.
distance..distance. hate it!

dan kalau boleh saya xnak regret apa-apa pun sepanjang hidup saya nih.
tapi nak buat cam na kan....perkara yg dah lepas.
untuk apa dikenang lagi.

cis! apa aku merapu nih..panjang pulak tu, g study cepat.
akhir kata, jom cubit diri sendiri!
sebab xsedar diri dia ada exam!

rasa nak terbang jer sekarang nih! terbang masuk mimpi kamu!
kamu ingat lagi x kat saya?
tiba-tiba teringat akan orang itu dan kenapa mesti time exam.haish, buang masa jer!

18 March 2010

pernah x jadi macam ni...
asyik ulang dan ulang lagi bercakap tentang perkara yg sama.
depend on what kind of situation...

kalau kanak-kanak yg umur 4tahun ulang2 benda yg sama,
itu kita xambil kira sebagai sesuatu yg annoying~
sebab itu proses pembelajaran kanak-kanak,
jangan pula kau marah dia,
burung apa? burung apa? burung apa?


tapi kalau seorang murid bertanya perkara yg telah di sebut berulang-ulang kali oleh cikgunya,
ada 2 kemungkinan
satu memang dia xfaham,
satu lagi memanglah dia tak tumpu langsung dalam kelas,
melainkan bila cikgu sebut "ini masuk exam".

situasi lain pula
bila seorang anak bercakap dgn ayahnya atau emaknya
tentang apa jadi dekat sekolah hari ini or next week ada mesyuarat pibg.
dan both of them, ayah dengan emak terlupa tentang apa yg si anak cakap tu.
mungkin emak ayah sangatlah sibuk sampai terlupa,
atau sewaktu si anak bercakap,
emak dan ayah memang sedang memikirkan perkara lain. (selalu ja)

then, kalau seorang kawan baiknya xmendengar apa yg rakannya membebel tu.
memanglah dia xda feel nak dengar bebelan rakannya.or
dia pun nak membebel jugak, sabar sebab tengah tunggu turn.
bagi peluang kawan aku nih.


siapa xpernah alami situasi-situasi seperti ini...memang tak pernah bersosial la jawabnya~
tapi yang berbeza, macam mana kamu mengatasi dan menghadapi situasi tersebut.
( dh mcm bahasa baku dah)

mungkin kalau jadi pendengar xbermasalah sangat,
tapi kalau jadi org yg bercakap memanglah geram,
cakap panjang2 tapi dia xdengar,
mestilah ada rasa nak marah sikit, nak nangis sikit,
part yg paling best
mesti keluar dari mulut: "xsayang la tu" terus merajuk, satu hal pula nak pujuk.

kalo yg xmau tunjuk sangat tu, maunya dia xcakap 2-3hari....
sebab dia fikir, dah xda org nk dengar aku cakap, baik aku diam terus.
padahal org keliling dia xkesah pun..haish!

tapi kalau aku,
selalunya aku xakan ulang benda yg sama, walau penting macam mana pun.
sebab kalau aku dah cakap, dan dia kasi respon yg sgt positif,
then dia lupa,
itu masalah dia.

kadang2 boleh jadi masalah bg aku,
sebab kadang2 tu tau ja, org tu memang ada problem or sibuk.
tapi still xleh nk ubah perangai yg xelok macam ni.

aku faham ja orang lain punya situasi,
cuma selalunya orang yg xfaham perangai aku.

tapi aku bukan merajuk tau, dah memang macam ni,
nak buat macam mana lagi.

Tiada dua.

Aku xakan jumpa kamu yg kedua.
walau aku dah cuba...
tapi akhirnya aku akan compare jugak
dan
kamu masih kekal yg terbaik.

mungkin sebab benda2 biasa yg kamu selalu buat
makes you still in the first place...
xda org yg start n end chat dgn salam, may be ada org buat tapi rare...
xmacam kamu...
mana ada org marah sebab xreti2 study, "asyik on9 jer memanjang"....

bila tension, kamu tempat paling sesuai untuk kerja2 meluah-diluahkan...
cara kamu berfikir...
dan mengulas satu-satu permasalahan..
it just different~

tapi xboleh ganggu kamu setiap hari,
memang sedang mencuba kawal diri,
jangan kacau kamu setiap hari,
sampai cerita sabun basuh baju pun nak disembangkan jugak...haish!

macam dah xda orang lain untuk dibawa bercerita...
memanglah ada, tapi cara orang lain tak sama macam kamu.
melangit sangatkah, cara aku memandang kamu?


kalaulah kamu membaca entry nih.....

tahu tak sampai satu tahap tu:
bila dalam kelas jer, dah start rangka nak cerita apa jadi hari ni, kat kamu hari ini.

so kamu patut tahu, bukan senang nk kawal diri from disturbing you everyday.
terima kasih ya kamu!
sanggup kamu layan tiap2 hari kemerapuan yg sangat extreme itu.

14 March 2010

KOSONG

12-3-10 xtido langsung satu mlm..
13-3-10 tido macam org mati, bom atom meletop pun mesti xsedar langsung
14-3-10 macam nk tutup mata nih. tapi xda feel plak untuk tido.


ni la penyakit yg xdapat diselesaikan bg manusia bernama miko*
kadang-kadang dia boleh tido macam orang normal,
tapi most of the time~dia ada problem ntuk tido.....sigh*
dah penat mencari solusi~humm..

xkan sebab sunyi kot..
tinggal berdua ja di ujung weekend make me feel kosong

betul ker? ke ada sebab lain...nak suh dia ni jawab lah.


sebab right now :
"saya tahu something is missing n i don't ever know what it is"

walau dah habis tgk bnyak movie hari ni, still rasa kosong.

11 March 2010

Salam..

pernah dengar ungkapan ini "Jangan pandang sebelah mata" ?

sudah dijadikan manusia itu mempunyai sepasang mata yg terletak eloknya di wajahnya.
tetapi kenapa masih mahu menongkah hukum alam?
yg dipandang, hanya menggunakan sebelah mata, kenapa?

acapkali kita mendengar kejayaan2 orang di sekeliling kita,
yang selalunya bila dia memperdengarkan ideanya, pasti diketawakan.
berapa ramai orang yg berjaya, hanya bermodalkan kerana pernah caci hamun?
ya..mereka ini orang-orang yg outstanding,

bila mana orang2 yg kamu pandang sebelah mata ini, nekad untuk mengubah keadaannya,
dan ditambah pula pabila orang ini memecut terus ke tangga kejayaan.
dan bila saat orang-orang yg kamu pandang sebelah mata ini berjaya, barulah kamu mahu memandangnya dengan 2 belah mata kamu.
lumrah hidup ( i guess).

aku lagi hormat pabila orang yang nampak biasa2 aja,
namun ilmunya...xterduga dek pandangan sebelah mata.

aku lagi kagum dengan org buta yang lebih celik mata hatinya,

aku lagi memandang tinggi orang cacat yang bisa hidup berdikari tanpa menimbulkan masalah kepada masyarakat daripada mereka yang normal(sihat tubuh badan) tapi sibok menjadi sampah masyarakat.

aku lagi teruja dengan blog yang nampak xlawa,
tapi isinya menguji pemikiranku.( ha, merapu)

konklusinya, sila pandang 2belah mata, tuhan dah cipta manusia sebaik2 kejadian, tetapi kenapa kamu nk memandang hina akan manusia lain,
kata kita saudara.
kata kita masyarakat aman & penyayang .
kata kita 1Malaysia.
habis buat apa nk caci maki, hina dina org yg "lebih kurang" di mata kamu?

09 March 2010

Buang tabiat!

setelah berjauhan ngan kekasih hati (baca=lenovo kesayangan)
dan xsampai hati nk hantar g kedai...
nantilah kita cari kedai yg best skit..jgn merajuk ye sayang!
haish..hidup nomad ntuk membuat satu assignment,sangatlah susah.
tapi, ni baru namanya life~(poyo jer)

now nih, tgh buat penyalahgunaan facilities kat library~
pc ni khas untuk opac jer,faham x opac tu apa?
xfaham...hmm
sila tanya pakcik google ye, tuan2-puan2.

kalau dulu, memang lah xpandai nk abuse facilities cam ni..hehe
tapi sekarang nih.buat pc tu macam harta sendiri jer.huish! mak xajar pun.
gila apa datang library semata-mata nk buat powerpoint punya slide ja..tu pun 2slide jer.
yg lebih berjam-jam tu buat apa..(xtau lah!)

abaikan...yg penting puas hati!

ok.nk sambung cerita pasal besday abah hari tu.
dipendekkan cerita,si anak menghantar sms kepada abahnya.

"Happy Besday Abah!
ingat nak hadiahkan banglo sebijik tapi manalah nak mampu,
nak beli tiket balik rumah pun,kena fikir banyak kali,
ops lupa, nak minta maaf sekali".
then,malam tu, si anak menelepon adiknya...dan abahnya pun bercakap gak
hehe. guess abah cakap apa;
"xpayah la nk beli banglo tuh, abah nk hadiah segulung ijazah ja"

moral of the story: jangan fikir bukan2, dan belajarlah bersungguh-sungguh.

07 March 2010

Esok hari lahir abah.

7hb march tiap-tiap tahun aku ingat.
dan jarang aku fail nk beli apa-apa sebagai hadiah

aku ingat lagi hadiah first aku bg adalah jam meja yg bentuk petak, kaca ya.
aku balut siap2 lps tu, aku sembunyi dlm tempat baju abah,
then aku balik asrama aku.

lps seminggu aku tepon rumah,tanya dah dapat?ehehe
aku segan jugak nk wish benda2 cam ni kat parent aku,
sebab xsanggup nk hadapi reaksi dorang, hehe ntah apa2

sejak hari tu, kitorang adik-beradik belikan hadiah untuk abah ikut kreativiti masing2,
selalunya abah bg hint siap2..haha mana ada abah org lain bg hint nk hadiah apa..
comelnya abah saya~

tapi tahun ni, abah dah bg hint siap2 xmo dah hadiah stokin, haha mesti allergi, dh asyik dpt hadiah stokin ja, bg lah t-shirt ker, belt ke, wallet ke...ni asyik bg stoking tiap2 tahun,
anak sapa la tu?

ok, tahun ni aku xtau nk hadiah apa...dah la sem ni aku balik skali ja,
konon2 merajuk la tu...hehe sebab apa merajuk jgn tnya.
mengada-ngada betol, ntah2 abah pun sedih sebab anak dia sorang xmo balik umah,
abah saya sensitif macam anak dia juga, ops terbalik. anak dia sensitif macam abah dia.
haish malunya nk balik umah, tepon pun malu nk cakap abah,
anak kamu xreti nk cover balik apa yg dh dia buat...biasalah org degil, mmg padan lah muka dia.

so, tahun ni ingat nk post besday card ja kot, sebab lmbat lg nk balik,
manalah mampu nk hadiah kan umah banglo sebijik kat abah...
lambat lg kalo nk hadiah cm gitu.abah nk ker?
xpayah la, nanti penat pulak abah nk jaga satu rumah tu, lain la kalo abah nk tolong mak sapu setiap floor rumah tu nanti.opss...hehe

esok, anak abah nk celebrate besday abah kat dalam lab, boleh?
macam besa la,anak mkn lebih, abah nya makan skit,
tiba2 teringat betapa sukanya si anak bila dia dapat keluar date ngan abah dia...
i miss that moment, bila kitorang berebut nk mkn cepat2 tgk siapa habis dulu.
pastu nant abah letak lauk dia dlm pinggan anak dia....abah!

tu la, sebab perangai anak dia dah macam abah dia,
anak dia harap sangat abah dia faham dia, rindu time abah pujuk anak dia,
baling2 bantal, tapi abah pujuk gak, pandai abah pujuk..last2 cair jugak.....
walau dah 20++ si anak tetap suka naik moto ngan abah dia.

damn it! sekarang si anak rasa nk terbang jer balik jumpa abah.

happy besday, abah!

05 March 2010

Salam...

tajuk pun sudah berbeli-belit.
tu la gaya org yg suka merapu, memang jenis yg suka 'something' yg lain drp lain.

kdg2 aku try guna ayat pelik2 ckp ngan kawan2 sekeliling,
seronok tgk response dorang..hehe sorry guys!
contohnya:
selalu ckp hai, macam mana hari ni,ok? ganti kabare kamu?waras?
nk kasar sikit
bila orang tnya soalan,hari ni xder kelas ke kak?jawab dgn apa kejadahnya pergi kelas hari2..!
hehe
seronok.wink.wink.wink
sebab dorang xtahu,apa yg aku fikirkan.

kadang2 aku terfikir patut ke aku tegur org yg aku nampak dari jauh.
situasinya....
tingkap aku memang strategik, aku boleh nampak org jalan nak pergi kelas dengan bas,
or yg tengah lapar nk g cafe or orang dating...hehe tengok, macam mana nk buat2 xnampak.

patut ke aku tegur org yg tgh lari nk kejar bas, sedangkn bas dah jalan (mmg xda harapan dia nk naik bas) nanti kena marah plak, sebab tengok org kelam-kabut,padahal dia yg lambat.
dilema 1

pastu, kalau org yg tengah jalan nk g cafe tu lapar, mesti dia akan jalan laju2, kalo tidak, steady jer..dan kalau aku nampak lauk dah habis, xkan aku nk jerit " lauk dah habis" or "lauk xsiap lagi"
takut menghancurkan harapan org yg tengah lapar.
sebab aku tak suka harapan aku dihancurkan..so..aku still lg fikirkan masalah ni.
dilema kedua.

lastly, tgk org dating...hehe nih memang aku xleh tolerate, cepat jer aku gtau ketua blok. makbapak antar suruh ngaji,sibok jer ko nk buat keja lain.
patut tembak jer dari bilik aku nih.biar dia tau ada menara pemerhati xrasmi kat atas nih.
nk tembak pakai snipper or machine gun? dilema 3.

lah..sudah jauh terpesong dari tajuk.
penah jumpa x, org yg jenis suka cakap benda2 negatif...

contoh mudah.
aku duduk seat belakang skali dlm bas.
untuk perjalanan 4jam macam tu.sebab nk jaga pergaulan.
untuk trip tu geng aku offer untuk duduk seat belakang skali.
better perempuan duk blkg, sebab ada manusia jenis yg xleh nampak kaum berlainan spesis
kitorang pun xnak nampak scene yg sakit mata.
haha agak sinis di situ, tapi lantak ar...siapa makan cili, pedas lah dia!

part paling best untuk dihighlight di sini ialah
xsakit belakang ker korang duduk kat belakang?
haha aku malas nk jawab soalan drp dia, sebab kalo aku dh xsuka, seboleh2 aku xnak buka mulut sgt..xnak cari gaduh sebenarnya~bukan hipokrit ke apa ker..seboleh-bolehnya aku mau hidup aman damai~

then, macam biasa lah, mana sempat aku nk jawab soalan tuh,
dia pusing pergi ckp ngan org lain.
aku jawab dalam hati lah,

"aku naik bas slalu 10jam..dapat seat belakang..xda pun aku bising kat ko.
ko yg xduduk belakang sibok2 plak.xpenah naik bas lama2 pun".
aku paling xsuka pemikiran jenis yg ckp perempuan xleh duduk belakang, sakit belakang nanti, apa kau ingat kalau laki jer duduk belakang, xsakit ker? hai, be fair la, asyik2 lelaki jer duduk belakang, kesian dorang,bila lagi nk merasa duduk depan....hehe

entry ini tiada kaitan dgn hidop atau mati.
sekian, saya dah penat membebel.
apa yg aku merapu nih?lain kali lah, baru tulis yg berkaitan dengan tajuk nih.

02 March 2010

Words on you..

Write any words to describe how she/he, someone in this hall or outside......
about how she/he is effect(s)ing in your life... love

then, crayons were spreading around the hall.

early
stimulate
trigger

the best words for describing all of human beings that are close to me!hehe siapa? jgn tnya!

early- awal jer, suma benda nk cepat.dah berjangkit kat aku~
trigger-sibuk jer nk ajak aku ikut join benda2 baru dan yg aku malas.
stimulate- ni part paling best, aku seorang yg takut ntuk mencuba2, haish! selalu xpercaya ngan kebolehan diri sendiri.now, dah berani sikit.


tapi xkisah la words apa yg aku guna ntuk appreciate
mereka-mereka
yg 'selalu ada bila aku perlukan mereka",
still x akan wujud perkataan paling sempurna ntuk describe mereka-mereka.

;;