28 April 2010

Gila ah tajuk kan?
sekarang ni zaman dah berubah, teknologi berkembang pesat xhengat dunia,
kadar jenayah pun xmo mengalah, meningkat juga, malah banyak plak variasinya sekarang.

so, aku rasa sikap masyarakat kita pun dah sama-sama berevolusi.
konon-konon nya masyrakat yg ramah mesra+berbudi bahasa kan.
aku tulis cam ni, nanti ada yg melenting...
so kena state betol2 lah kat sini.
segelintir daripada masyarakat kita sudah menghidap penyakit ke"tidakpedulis"me.
maksudnya: sikap tidak peduli yg kronik.
xpayah sibuk2 nak cari contoh jauh-jauh.
kau pusing kiri-kanan,
tanya diri sendiri siapa nama jiran kau?anak dia berapa orang?
kalau pass ini kira ok la.
kau xda masalah ni. tapi berapa ramai yg bebas dari penyakit nih????

sebab sekarang nih,aku rasa susah la kalau nak cari jiran yg macam amik peduli kebajikan jiran dia.padahal dalam agama dah ajar xmasuk syurga ooo, kalau kita makan enak bagai, sedangkan jiran kita tidur dengan perut lapar.tu baru sikit.

tapi kalau sibuk sangat pasal jiran susah jugak, bukan suruh kau amik tahu hal rumahtangga dia.
cukup la kalau setiap kali jumpa kau senyum kat jiran kau.bukan susah pun.
jangan lah kau pergi kat senyum lebih-lebih kat anak dara dia. nanti jadik cerita lain.jelir

apa yg aku merapu nih.
oh cukup. aku nak story cita pagi tadi. baik punya aku naik moto bapak aku. dah lama nak keluar naik moto.tapi malas nak pergi jauh-jauh.habis dekat pun aku cuma pergi kedai beli aiskrim.pastu balik. lantak ah, umur 2+ masih pergi kedai beli aiskrim jer!
hari ni hari anugerah kat sekolah adik aku.jadi aku pun hantar dia ke sekolah beliau.
sungguh gembira ok.dalam perjalanan balik tuh, sungguh ku tak sangka pisang berbuah dua kali.
aku dah malu dah, tapi otak aku ligat fikir nak buat apa nih...lepas dalam 3-4x lampu hijau aku pun nekad. kena jugak nih.wahaha.
ramai orang lalu lalang.tapi xda orang pun tnya.senyum?jangan harap lah.gigil
aku dah nak nangis dah...tapi aku tahankan jugak.sikit jer pun nak nangis.

cara jalan aku macam orang jatuh moto dalam moto GP tu.sadis tau.
kalau tengok muka aku time tu.memang kelat ah.
nasib ada satu pak cik tu tegur aku. napa dik?
aku pun masuk sesi soal jawab ngan pakcik itu.
pakcik itu sungguh999x baik hati,
dia tolong aku sampai berjaya! waktu kalau xingatkan aku ni org Melayu yg tinggi ngan budi bahasa! nak ja aku lompat2 tepi jalan macam org menang Ninja Warrior tu.

ni bukan soal lelaki or perempuan yg bawa moto.
aku tau mesti ada sesetengah manusia yg suka melabel.
ini lah jadinya kalau ****** yg bawa moto.
pak cik kat umah aku yg bawa moto, speed macam kura-kura tu pun org langgar.

yg paling penting, kalau setakat nak mengata jer baik xpayah.
buat sakit telinga ja. tolong-menolong amalan yg mulia.[ini bukan kempen].
malu xhabis lagi ni....malu

pandai-pandailah cari makna tersirat daripada entry nih.
emosi saya kurang stabil...dalam proses cooling down nih.

0 Comments:

Post a Comment