20 April 2010

Bahasaku.

Selalunya kalau pergi kedai buku.
kamu. kalau lalu area yg display kamus.
mesti xakan belek kamus bahasa ibunda sendiri kan?
dgn anggapan buat apa nak belajar bahasa sendiri.
selalu guna dalam percakapan harian.
apa lagi yang nak dicari dalam kamus tu.
sedangkan orang dari rusia, china, mana2 ntah lagi sibuk sampai masuk universiti sebab nak belajar bahasa Melayu.kita?

ok.oleh sebab aku org Melayu yg tinggal di Malaysia.
aku rasa bahasa Malaysia adalah bahasa yg aku guna pakai setiap hari.
pernah menyimpan hasrat nak belajar mandarin lah, tamil lah..macam2.
tapi aku kuburkan hasrat tu.
bila aku sedar.aku bukannya pandai sangat pun bahasa Melayu nih.

banyak lagi perkataan yg kalau kau tanya aku.memang konfem aku bisu.
sebab aku memang xtahu apa kebenda kah itu?
baru-baru ni aku ada cerita kat sini aku dah mula membaca buku-buku yg wujud kat rumah aku.cukup lah kalau aku kata ; ini memang buku kategori berat.
kalau yg ada tepi katil aku tuh.memanglah komik ja banyak.
aku xbaca itu.bosan lah layan bahan bacaan ringan sahaja.heh!

nak lagi mencabar, aku pun pilih buku yang di translate from english to malay.
mampuih aku merangkak cari satu-satu word dalam kamus dewan edisi ketiga.
edisi baru xbeli lagi...padahal dh lama keluar kot.sapa2 nak bg hadiah bolehlah.
kamus dewan edisi ke-4. kaler merah tu.auww..sukanya dia punya cover.

hehe rumah aku memang lengkap.kamus english ngan bahasa melayu.
bahasa arab pun ada.kan aku cakap rumah aku lengkap.
kira bersepah lah.tapi xda plak kami sekeluarga jadi mat saleh celup.

cakap omputih.hehe..

nantilah aku nak senaraikan kat sini semua perkataan yg aku xfaham maksudnya.
sepanjang aku baca buku nih.
after all, sharing is caring, right?
ohoho....

kita kena semaikan tabiat membaca nih.
masyarakat kita memang kurang atau tidak gemar membaca.
harap perpustakaan ja berlambak. merata-rata wujudnya perpustakaan.
agak-agak buku-buku dalam perpustakaan tu menjerit x macam dalam iklan digi tu.
take me! take me!
bila dah kena pilih, dia tarik nafas lega. "akhirnya, ada yg sudi membaca".

haha.kemerapuan itu wajib dalam setiap entri kat blog ini.
sekian. terima kasih.

0 Comments:

Post a Comment