30 April 2010

QUOTES.

ada few quotes yg aku jumpa waktu tgh merayap kat website apa ntah namanya.
hehe lupa ah, alamat website tersebut.
antara yg banyak2 tu, aku nk lekat dan tampal kat sini.

1.Making a promise and breaking a promise are the easiest things someone can do ;
But trying to hold onto and keep that promise is the hardest.

2.I saw you walking by today. Your hair was longer and you might have been a little taller.
loveBut it was still you and you still smiled at me and I still couldn't speak.

3.The ones that you love the most are usually the ones that hurt you the most. nangih

4.Meeting you was fate, becoming your friend was a choice
but falling in love with you I had no control over. ros


p/s: jangan pandai-pandai nak buat konklusi sendiri,
why pelik semacam jer quotes pilihan aku.
xda kena mengena ngan my feeling right now,
takbolenak deny la tu!takbole

28 April 2010

Gila ah tajuk kan?
sekarang ni zaman dah berubah, teknologi berkembang pesat xhengat dunia,
kadar jenayah pun xmo mengalah, meningkat juga, malah banyak plak variasinya sekarang.

so, aku rasa sikap masyarakat kita pun dah sama-sama berevolusi.
konon-konon nya masyrakat yg ramah mesra+berbudi bahasa kan.
aku tulis cam ni, nanti ada yg melenting...
so kena state betol2 lah kat sini.
segelintir daripada masyarakat kita sudah menghidap penyakit ke"tidakpedulis"me.
maksudnya: sikap tidak peduli yg kronik.
xpayah sibuk2 nak cari contoh jauh-jauh.
kau pusing kiri-kanan,
tanya diri sendiri siapa nama jiran kau?anak dia berapa orang?
kalau pass ini kira ok la.
kau xda masalah ni. tapi berapa ramai yg bebas dari penyakit nih????

sebab sekarang nih,aku rasa susah la kalau nak cari jiran yg macam amik peduli kebajikan jiran dia.padahal dalam agama dah ajar xmasuk syurga ooo, kalau kita makan enak bagai, sedangkan jiran kita tidur dengan perut lapar.tu baru sikit.

tapi kalau sibuk sangat pasal jiran susah jugak, bukan suruh kau amik tahu hal rumahtangga dia.
cukup la kalau setiap kali jumpa kau senyum kat jiran kau.bukan susah pun.
jangan lah kau pergi kat senyum lebih-lebih kat anak dara dia. nanti jadik cerita lain.jelir

apa yg aku merapu nih.
oh cukup. aku nak story cita pagi tadi. baik punya aku naik moto bapak aku. dah lama nak keluar naik moto.tapi malas nak pergi jauh-jauh.habis dekat pun aku cuma pergi kedai beli aiskrim.pastu balik. lantak ah, umur 2+ masih pergi kedai beli aiskrim jer!
hari ni hari anugerah kat sekolah adik aku.jadi aku pun hantar dia ke sekolah beliau.
sungguh gembira ok.dalam perjalanan balik tuh, sungguh ku tak sangka pisang berbuah dua kali.
aku dah malu dah, tapi otak aku ligat fikir nak buat apa nih...lepas dalam 3-4x lampu hijau aku pun nekad. kena jugak nih.wahaha.
ramai orang lalu lalang.tapi xda orang pun tnya.senyum?jangan harap lah.gigil
aku dah nak nangis dah...tapi aku tahankan jugak.sikit jer pun nak nangis.

cara jalan aku macam orang jatuh moto dalam moto GP tu.sadis tau.
kalau tengok muka aku time tu.memang kelat ah.
nasib ada satu pak cik tu tegur aku. napa dik?
aku pun masuk sesi soal jawab ngan pakcik itu.
pakcik itu sungguh999x baik hati,
dia tolong aku sampai berjaya! waktu kalau xingatkan aku ni org Melayu yg tinggi ngan budi bahasa! nak ja aku lompat2 tepi jalan macam org menang Ninja Warrior tu.

ni bukan soal lelaki or perempuan yg bawa moto.
aku tau mesti ada sesetengah manusia yg suka melabel.
ini lah jadinya kalau ****** yg bawa moto.
pak cik kat umah aku yg bawa moto, speed macam kura-kura tu pun org langgar.

yg paling penting, kalau setakat nak mengata jer baik xpayah.
buat sakit telinga ja. tolong-menolong amalan yg mulia.[ini bukan kempen].
malu xhabis lagi ni....malu

pandai-pandailah cari makna tersirat daripada entry nih.
emosi saya kurang stabil...dalam proses cooling down nih.

25 April 2010

Cobaan.

dah pukul berapa nih?
lalu matanya mencari kelibat jam bebear di hujung meja* rak buku sebenarnya.
oh..pukul empat.
WHAT!
pukul 4pagi. aiseyh xtido jugak aku nih.
dalam hatinya, gelisah.
jiwanya sudah mulai tidak mengikuti beat yg sepatutnya lagi.

sudah...entah kali ke berapa dalam minggu yg sama dia tidak tidur semalaman.
macam mana kalau jam biologi aku rosak? argh..jangan.jangan fikir jauh-jauh sangat!
dan akhirnya...

dia mendapat idea bernas untuk memudahkan perjalanan malamnya.
walau malamnya sudah hampir ke penghujungnya.

lalu bergemalah SELAMAT MALAM by faizal tahir.

Biarkan berlalu
Semua kepedihanmu
Lelapkan matamu
Biarkan mimpi membawamu
Ke mana kau mahu
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siang kan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Biarkan berlabuh tirai kisah semalam
Yang indah itu ada padamu
Dengan setiap impian dan harapan
Selamat malam
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Kan ku menjadi arjuna dalam mimpi-mimpimu
Kan ku panah tepat ke jiwamu atas nama cintaku
Pari-pari ku utus bawa kau ke sini lagi
Terhapus semua air mata dengan senyuman

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayangWoooo...

Selamat malam sayang
Selamat malam kasih
Selamat malam sayangWoooo...
Tidurlah sayangku
Siangkan tiba bercahaya
Bermula baru semua untukmu

Selamat malam
Tidurlah sayangku

cis.daripada layan lagu nih, baik layan zikir. dapat gak pahala.
dengan kasar, punat off ditekan.

akhirnya, aku tido ke x?hurmm

23 April 2010

siri TV pilihan hati.

Di Malaysia...
rasanya kebanjiran sinetron-sinetron dari negara seberang
memanglah tak dapat dinafikan.
-Liontin
-Tasbih Cinta
-Aqso Madina
semuanya berkisar tentang cintalove mungkin xsemua, tapi akhirnya jalan cerita mesti menjurus ke arah yang sama.dah la tu, kenapa panjang sangat, penat nak tunggu ending,
tapi nanti mesti buat part 2. aduh!

Bukannya xda siri drama tv Melayu
ada...tetapi mungkin sebab dah terlalu biasa dengan keadaan persekitaran Melayu.
so..boleh dikatakan semua jalan cerita sudah boleh dijangkakan.
sekarang yg tgh hot, rasanya Adamaya.kat tv3.
not bad lah cerita nih..tapi macam sweet sangat pulak rasanya.

kalau zaman sekolah menengah dulu,
kitorang sanggup ponteng prep petang, sebab nak tengok episod akhir satu-satu drama siri tu.
haha..gila naif zaman dulu-dulu. padahal boleh ja tengok kat internet nanti.
sabar ja.nasib xkantoi. kalau x, xpasal2 sebab satu drama ja, ketuketampi 200x.
kalau suruh buat sekarang ketuketampi 200x.
memang dah xmampu.zaman sekolah dulu bolehlah.

tapi aku paling suka drama yg pasal kungfu.
selalunya kat tv LAPAN ngan ntv TUJUH.
selalunya dorang gilir-gilir, dah habis genre kungfu, ganti ngan sejarah,
kadang-kadang yg moden sikit, macam pergolakan keluarga zaman sekarang.
baru best sikit.agaknya kalau drama melayu cerita pasal sejarah, habis lah.

sekarang ni, tgh follow satu drama Filipina.
She-wolf, isnin-khamis, 3-4pm, tv3.
xnak ulas lebih-lebih. hero-heroin dia sepadan sangat.tepuktangansuka2x!
klik kat sini untuk serba-serbi tentang drama ni. dalam bahasa filipina. nama dia LOBO. maksudnya serigala.

miko memang. semua jenis drama dia layan kalau best.
langsung xmemilih. semua dia borong.



Noah Ortega(Piolo Pascual),siul
hero drama SHE_WOLF@ LOBO.
xletak gambar heroin sebab ehem..ehem.

kalau suruh buat karangan nih, mesti xsebut langsung nama heroin -lyka/ulay (Angel Locsin).

20 April 2010

Bahasaku.

Selalunya kalau pergi kedai buku.
kamu. kalau lalu area yg display kamus.
mesti xakan belek kamus bahasa ibunda sendiri kan?
dgn anggapan buat apa nak belajar bahasa sendiri.
selalu guna dalam percakapan harian.
apa lagi yang nak dicari dalam kamus tu.
sedangkan orang dari rusia, china, mana2 ntah lagi sibuk sampai masuk universiti sebab nak belajar bahasa Melayu.kita?

ok.oleh sebab aku org Melayu yg tinggal di Malaysia.
aku rasa bahasa Malaysia adalah bahasa yg aku guna pakai setiap hari.
pernah menyimpan hasrat nak belajar mandarin lah, tamil lah..macam2.
tapi aku kuburkan hasrat tu.
bila aku sedar.aku bukannya pandai sangat pun bahasa Melayu nih.

banyak lagi perkataan yg kalau kau tanya aku.memang konfem aku bisu.
sebab aku memang xtahu apa kebenda kah itu?
baru-baru ni aku ada cerita kat sini aku dah mula membaca buku-buku yg wujud kat rumah aku.cukup lah kalau aku kata ; ini memang buku kategori berat.
kalau yg ada tepi katil aku tuh.memanglah komik ja banyak.
aku xbaca itu.bosan lah layan bahan bacaan ringan sahaja.heh!

nak lagi mencabar, aku pun pilih buku yang di translate from english to malay.
mampuih aku merangkak cari satu-satu word dalam kamus dewan edisi ketiga.
edisi baru xbeli lagi...padahal dh lama keluar kot.sapa2 nak bg hadiah bolehlah.
kamus dewan edisi ke-4. kaler merah tu.auww..sukanya dia punya cover.

hehe rumah aku memang lengkap.kamus english ngan bahasa melayu.
bahasa arab pun ada.kan aku cakap rumah aku lengkap.
kira bersepah lah.tapi xda plak kami sekeluarga jadi mat saleh celup.

cakap omputih.hehe..

nantilah aku nak senaraikan kat sini semua perkataan yg aku xfaham maksudnya.
sepanjang aku baca buku nih.
after all, sharing is caring, right?
ohoho....

kita kena semaikan tabiat membaca nih.
masyarakat kita memang kurang atau tidak gemar membaca.
harap perpustakaan ja berlambak. merata-rata wujudnya perpustakaan.
agak-agak buku-buku dalam perpustakaan tu menjerit x macam dalam iklan digi tu.
take me! take me!
bila dah kena pilih, dia tarik nafas lega. "akhirnya, ada yg sudi membaca".

haha.kemerapuan itu wajib dalam setiap entri kat blog ini.
sekian. terima kasih.

19 April 2010

Sensitiviti tinggi.

susah bila diri sendiri selalu terkesan dgn persekitaran
nanti mulalah....nak merapu sorang2.

susah hati sorang2
sakit hati sorang2
bawa lari hati jauh2
diamkan diri.
isolate diri sendiri.

tapi rasanya xsalahkan.
kalau diri ini xnak meluahkan apa yg terbuku.
diam.

susah kalau terlibat dengan konflik.
konflik dalaman especially.

tapi kadang2 aku jadi simpati&rasa bersalah kat manusia keliling aku.
ye la kadang2 bila aku tersensitip..
habis la aku mula diam ja..cakap pun nak x.
sesapa ajak keluar pun aku tak nak.
nak kata aku marah kat dorang, x jugak.
aku pun pelik ngan diri sendiri nih.
tapi selalunya bila dah ok.aku jadi ok balik.
selalunya xlama.kejap jer sensitip tu hilang.
kalo cukup tido 8jam.mesti sensitip tu hilang dengan sendirinya.


tapi memang ada ker jenis manusia macam aku kat atas bumi ni.
last2.
aku tgk jer dari jauh kawan2 aku semua.
sebab hari ni kita mungkin kawan
esok lusa mungkin kau akan melukakan hati ini.
tapi macam mana terlukanya aku.
aku tetap anggap kau kawan aku.
sebab

Sekali kau jadi kawan aku maksudnya selama-lamanya kita kawan.
aku quote from someone...kesian dia.
hope kita still kawan.

aku kena minta ampun kat dia.


sejak2 duduk rumah xda keja...banyak pulak buku2 yg aku santap.
makan nasi lauk buku la jawabnya.
nak kerja.tapi malas la plak.sigh
agak2 ada tak profesion sebagai stalker yg berjaya.
aku rasa match la ngan life style aku.hehjelir

17 April 2010

Hujan

Assalamualaikum.

petang-petang bila hujan turun lebat-lebat.

benda paling best dan sesuai untuk dilakukan adalah:

tido...yup should be the first thing across everyone mind.

hehe.tapi ntuk budak kg macam aku.

baik aku masuk dapur cari benda best.

nasib agak baik bila terjumpa ubi keledek


kemudian nasib bertukar menjadi kurang baik

apabila mendapat arahan dari pihak atasan untuk meredah hujan yg lebat

nak x nak

terpaksalah.

maka basahlah aku.

tetapi tiba2 aku ternampak wajah-wajah manusia di bawah lebatnya hujan

terdetik rasa syukur.

basah2 aku pun sekejap ja.

tapi wajah-wajah manusia tu terpaksa bertahan dalam lebatnya hujan

untuk mencari rezeki.

kena selalu ingatkan diri sendiri, hidup dah cukup bertuah.

ada mak abah, famili semua.

ada rumah.walau bukan banglo.

xpayah susah2 nak fikir mana nak cari duit.

walau xsempurna mana sebuah kehidupan

tetapi aku memang tergolong di kategori bertuah.

cukup makan pakai semua...xmo bersyukur lagi.haish!

masalah tetap akan muncul, tapi mana best hidup kalau x dihiasi masalah.

hehe...cakap memang senang.

tetapi

sambung sendirilah............

tepuk dada tanya diri sendiri.[rosak habis peribahasa]


walau basah kuyup macam mana pun...ubi goreng selamat jugak masuk dalam mulut aku.

aku ingat lepas ni nk tulis entri pasal objek sekeliling aku la..

macam kipas meja or roda basikal.

miko memang terror bab2 merapu kan?

xpayah nk tolong jawab tanda soal tu.terima kasih je la.setan

16 April 2010

Kesukaan tahap GABAN. YES.

apabila jam sudah menghampiri angka5.
dia mula berkemas.
tiba-tiba ada sesuatu yg menarik perhatiannya.
lebih tepat mencuri dan sekaligus meragut terus perhatiannya.

lalu dia dengan muka separa terkejut
separa mamai
separa blur~
separa terbuka kelopak matanya.
hehe
tapi full attention terhadap si pencurik perhatiannya.

yes.yes.kamu.
jangan nk buat2 pandang tempat lain.

akhirnya dia buat jugak.

hehe

http://blatherzone.blogspot.com


gila ah..semangat betol.tergezut.speechless.seronok pun ada.teruja pun ada.maklumlah org baru dapat online selepas8hari.pastu jumpa plak blog kamu nih kan2.

dihentamnya on laptop yg selalu mati tu sampai pukul 5pagi.
laptop saya xmati la pulak hari nih. tu pun lepas fokus satu kipas besar kat dia sorang. demand sungguh. kutuk laptop, xsedar diri punya tuan!


angel fighting! LuxCasta Astrophelangel

habis terpeleot tangan i, nak taip nama u.

Cemas lagi.

xguna punya tuan blog.
abih takda tajuk lain ka..
yg hang p hentam tajuk "cemas lagi" tu buat apa?
haish!

la..lantak la aku nak tulih apa pun..
hampa sibok buat apa?
p main jaoh2..shuhhh..shuhh.
padan muka kena halau!

abaikan~

ini yg serius..gila x gila..
aku xsentuh menatang nama teknologi ni selama 8hari.
pencapaian terbaik nih.rasa nk umum ja kat tv.hehe

sebelum ni memang xdapat nak bayang.
hidup tanpa laptop+komputer+baca blog best2+twitter+surf.
mak aih..kalo nk senarai apa benda yg aku buat hari2
ngadap benda macam kotak nih...ish.

tiada kata seindah menatang nih.
"bongok la miko"-konflik dalaman!


rasa seronok sangat bila boleh on laptop..
n terus menuju blog2 wajib baca..hehe
saya rindu sama kamu semua.*blushing.hiii

balik jer rumah hari tu..
(aku jejak bumi shahab perdana pukul 6.30am)
salah..salah

sampai ja pintu rumah.aku nampak budak 5tahun tu tgh tido.
aku cakap kat diri sendiri sabar.k
then..habis letak2 bagasi suma..aku search rumah.(ala2 keluarga bakal besan dtg check rumah)
pusing2 ala kadar..jln g belakang dan ke depan semula.
aku settle down kat meja makan.
betul2 depan bungkusan daun pisang.

petang hari pertama aku ada kat rumah aku dah mula kerja2 menjejak
dan menyoal siasat.
suspek utama aku adalah budak 5tahun tadi.

bila aku buka mulut ja."mana kuda?"
dia buat muka sedih+kesian+comel dan cakap "xtau".
akhirnya aku cari sendiri.malas nak tanya lebih2.
nanti teriak. susah aku.anak mak aku jugak tu.
bukan anak orang lain.

dalam masa 2-3hari..
akhirnya aku jumpa jugak kuda hitam tu
dan the first thing aku fikir.
kalau semua polis kat malaysia naik kuda macam tu.
mesti boleh kurangkan karbon monoksida...tapi
macam mana nak tangkap penjenayah pulak.

dalam usaha memahamkan budak 5tahun erti jenayah,
banyak sangat tengok cerita org jahat ngan polis.
nasib budak2 dpn rumah xajak main polis entri sama2.
kalo tak, mesti aku join.

07 April 2010

Cemas!

tiba-tiba otak aku ligat berfikir

tiba-tiba semester ni dah habis


tiba-tiba aku kena balik rumah

tiba-tiba aku dah beli tiket bas untuk balik


semuanya terlalu tiba-tiba

dan yg paling tiba-tiba

bila kawan aku tanya soalan memerangkap

"miko, boleh hidup ke kalau xon9 sehari?"

sudah..sudah..mana ada orang mati sebab xdapat on9 pun.

relax2 cemas xtentu pasal.

pergi siap cepat bas kau pukul 9.00pm.

nanti kena tinggal, padan muka!

06 April 2010

hye...
apa yg nak dimerapukan kali nih,
dah la asyik post benda negatif jer akhir2 ni.
sebab serabut exam ker? hehe maybe ja la.
xpandai nak sembunyi keserabutan diri sendiri.

apa-apa ja la kan.jangan dikesahkan.
sebenarnya nak cakap terima kasih kepada mereka-mereka yg sudi bertnyakan
"kenapa balik lambat?"

exam dah abis, tapi still masih ada kat u.
buat apa kah?

ada yg bila dah dengar jawapan aku
then xpercaya [baik jgn tnya]!

ada pulak yg bertanya then aku boo layan ja.
[evil me], sorry~_~


selalunya org kalau balik lambat,
selalunya la kan, sebab nak balik sama2 ngan buah hati, ni kes schedule exam xsama.
or nak kuar g date.tapi takut kantoi ngan klasmate.
macam2 kan. tapi aku. bukan lah sebab ni.
xsesuai..ish2x

haha..[lagu wali band berkumandang cari jodoh]
for this semester, just went back to my hometown only for once.
gila x gila, sekali sahaja ya tuan2 dan puan2.

konon2 nak merajuk lah kan.
padahal bukan merajuk betol2 pun.[reason 1]

then, fikir2 balik sebab xbalik maybe sebab nak rasa hidup berjauhan dari keluarga..
berapa bulan boleh bertahan.ala2 eksperiment la plak[reason 2]

aku dh ingat ada reason lain.
sebab sem lepas aku cakap kat roomate aku, next sem aku nak temakan dia,
sebab tiap2 sem habis exam lambat dan kena tinggal sorang2 kat bilik.
kesian kat dia. so aku ckp next sem. aku temankan.[reason3]

lagi sebab aku xpernah hantar kunci bilik aku sendiri..
sbb aku selalu balik awal dari semua orang dan
kembali ke uia sebagai org yg terakhir.haish
so maybe sebab nk rasa experience hantar kunci kat ofis. [bongok punya reason]

dan lagi...lagi.
sebab nk mkn nasi ayam kat cafe.
dah 2minggu aku nak nasi ayam tu.tapi asyik habis jer.
settle nasi ayam.[reason 5]


cukup2 lah cipta macam2 reason tu.
miko pergi balik rumah..ada rumah buat cara ada rumah.
tapi terima kasih buat semua yg bertanyakan :

bila nak balik?
kenapa xbalik? (yg paling xbolehblah, ramai ingt aku nk g dating!)
meh nak tolong bawa g beli tiket.

then aku tahu, ramai yg ambil berat tentang diri kita,
cuma mereka xpandai nk tunjukkan.
same goes with me.
walau mulut cakap lain,
tapi dalam hati semua org,
masih ada .................

dan sekarang rasanya dah ada definisi baru tentang kehidupan.
kalu kita xluahkan apa yg ada kat dalam hati,
macam mana org tu nak tahu apa kat dalam hati kita.
komunikasi sangatlah penting.

aku rasa ada "something" yg halang aku balik rumah kali ni.
aku pun xtau apekah itu.
miko nak mengaharungi perjalanan 1ojam malam ni.
doakan agar selamat semuanya.

05 April 2010

terjemah dlm melayu nya:
bila pembunuh bukan lagi seorang pembunuh.

tajuk memang best~
pelik kan..kdg2 something that we really2 like..
extremely love with~
boleh bertukar jadi something yang unexpected.
sesuatu yg kita rasa kita xnak amik tahu lg.

contoh;
kalau kita suka cakap2..dan cakap2 lagi.
tiba2..sampai satu masa rasa nak diam seketika.

contoh:
suka sangat tengok drama bersiri, tgk tv 27hr
tiba2..sampai satu tahap dah jadi bosan.
tv pun dah macam kotak hitam buruk

lagi contoh:
someone yg we really love to talk with,
someone that we really appreciate his/her presence in our life,
in just a minute...
tiba-tiba dlm sekelip mata...whatever yg dia cakap,
semua-nya jadi annoying.

haha yg last nih bukan contoh..it really happens.


semuannya merapu..
sepatutnya aku ucap TERIMA KASIH.
but lastly..aku diam terus.
instead of being diri sendiri yg merepek+ceria+lawak ganas2
but dah jadi somebody yg lain.

sorry..xbaik kan buat perangai macam ni.
kesian org sekeliling miko...kalo org yg dah masak ngan perangai miko.
tak apalah. family semua dah tau.

xramai org yg tahu tentang miko punya perangai.muka ja cam ni.
hehe..as myself sendiri pun baru discover...
that...miko adalah seorang yg sensitip.haish.
kalau dia hilang tiba2. diam tiba2. jangan lah rasa bersalah.
dia memang macam tu. suka merajuk sorang2~
tapi xyah lah pujuk. nant dia baik sendiri.

pandai merajuk.pandailah pujuk diri sendiri.[apa punya prinsip]

pasal tajuk entry nih, sebenarnya nk cakap ada satu subjek ni yg dianggap killer.
tapi tiba2 bila final examination dtg..semua nya dah xkiller lagi.
subjek tu memang killer, tapi bila kita dah ready habis-habisan.
yg killer pun dah x killer lagi nih.

bila masuk exam hall, xready apa2 lagi.
memang lah subjek senang pun jadi killer.

a killer just a killer.
how come a killer, just transform into non-killer. [that taubatkah?]hehe

02 April 2010

Din Beramboi.

Mendengar celotehnya mungkin akan menyebabkan ;

hati yg sedih menjadi girang,
muka yang masam menguntumkan senyuman
hari yg dirasakan malang berubah hanya kerana keceriaan nya.
dia mungkin pernah menceriakan hari anda,

al-Fathihah buat Din Beramboi.
Takziah buat keluarganya.

Aku xpercaya sebenarnya, ( serius Xmo percaya)
namun sudah ditakdirkan pemergiannya
Allah lebih menyayanginya~

;;