12 February 2010

Minggu ini minggu main-main!

aku mulakan minggu ini,
dgn join roomates panjat bukit pelindung..
asalnya xnak join..tapi bila dah keluar ayat nih
"kau pergi, aku pergi, kau xjoin, aku xjoin"
ni yg aku lemah nih, sebab aku sorang ja,habis suma xjadi pergi pulak nanti.

panjat jer bukit tu, lagipun
aku dah ready dengan "teknik tenggiling aku", if dah pancit teruk sangat nanti.
ye lah, pukul 4am baru tidor,kol 7.30 dah naik bukit pulak.
masak aku weyh..

tapi in the end..memang best lah, macam apa ja rasa hari tu...
siap jalan-jalan dekat telok chempedak lagi,
part paling best, dapat g tanjung api..
aku ingat dah abis semua tempat makan best kat kuantan nih.
ye la, kalo waktu tahun first kau kat universiti, ko asyikk jalan ja.. memang habis lah semua tempat makan best dah kau jelajah.
itu untuk aktiviti 7 Februari...

pemandangan kuantan from bukit pelindung.

next,
hari khamis,11 Februari
aku join budak2 kelas aku panjat bukit belakang uia nih...
lama gila kot main kat atas bukit tu..org lain naik kejap jer,
kitorang sampai 6 jam..

kitorang punya guide...memang best la..
macam rambo jer, tgn cantas sana-sini sambil jalan,selamba jer!
buat trek ntuk kitorang jalan...sayang lah korang! best sangat!
siap ada tips lagi,
kalau panjat bukit, jgn pakai sebarang minyak wangi..
kalau rasa nk pakai jugak, pilih jenama seperti ridsect, mortein dan sebagainya.
ini penting untuk mengelakkan sebarang tarikan kepada serangga atau haiwan lain.


tau lah ko pencinta haiwan...kitorang hentam jer..
pakai jugak minyak wangi dan akibatnya, banyak gila nyamuk datang.
oh, lain kali pesan awal2..haish.mana la kitorang nak tahu.
masuk hutan pun 20tahun sekali.
jakun betol waktu tengok view dari atas..Subhanallah.

ptg tu pulak, aku sibok nak ikot
roomates g wall climbing,
dah la letih xhilang lagi...last2 tgk jer la.
geram sebab dah penat memang dah xkuat nak panjat wall tuh.
tapi sempat pegang batu jer,
nanti nak pergi lagi...



view from bukit belakang uia


sebelum aktiviti mendaki...

so, next aktiviti apa plak?
selalu miko pergi 'excersise' dekat mall jer..
sekali-sekala join outdoor activities cam ni memang best!
akhir kata,
panjat-panjat lah selalu,majulah miko untuk memanjat lagi.

0 Comments:

Post a Comment