20 February 2010

Hati

sibok dengan kehidupan duniawi
kekadang kesibokan itu membawa kita kepada kealpaan
manusia mana tidak pernah didatangi penyakit alpa?

alpa kepada kehidupan di akhirat sana.
ini hanyalah sekadar tulisan untuk mengingatkan diri miko yg khilaf
dan manusia yg membaca...kiranya ada.

sedang sibuk mempersoalkan tentang itu ini,
sibuk mengejar masa yg xpernah mencukupi,
sibuk mengejar kenikmatan dunia,
sibuk mengejar jawapan yg tak pernah ada.

akhir-akhir ini,
miko selalu cuba....
untuk berhenti, dan mendiamkan diri buat seketika.
merenung keluar jendela.( from my window, i can see a lot of things!)
ok. miko penghuni tingkat 4.
so. setiap hari boleh nampak awan biru.
tapi kalau pandang tanpa mata hati...
awan hanya kekal sebagai awan.


mungkin benar pepatah orang2 dahulu...
semakin menginjak dewasa, semakin banyak perkara yg hendak difikirkan.
doesn't mean that i'm getting old!

Cis, xmahu mengaku tuh!

pengubat untuk mereka yg sentiasa mencari ketenangan (macam miko)
dalam menongkah arus kesibukan duniawi,
yg selalu mencuri masa untuk bahagia di sana,
hanyalah
dengan sentiasa mengingati-NYA.

"Sesungguhnya, hanya dengan zikrullah (mengingati ALLAH) sahaja hati akan menjadi tenang" (ar-Rad:28)

0 Comments:

Post a Comment