28 February 2010

sesi Q&A

sedang sibok miko ulang kaji merapu.

tiba-tiba dtg seorang kawan,
dia buat muka serius tau! hehe
pastu dia tanya satu soalan

" hang kalo ada org ajak kahwin, sebelum kita grad ni....nak x?"

aaaa...macam mana miko nk jawab soalan nih...
dgn selamba dan senangnya...miko menjawab:

"kalo dah sampai seru, terima ja lah....for me, xtimbul masalah kahwin waktu bila pun, kalo dapat yg kaya...lg bagus, xyah kerja tapi masalahnya satu ja, kalo my future husband tu xkasi main internet ngan game. xjadilah kahwin..."

kawan pun berkata:
"huh, cam budak-budak"

tu la, tnya lg soalan macam ni kat orang macam saya.haha
sekarang dah mula berfikir, ada ker orang nak kahwin ngan spesis manusia macam miko.
asyik merapu 27hours per day...ada ker???


23 February 2010

Firasat

Marcell – Firasat


kelmarin kulihat awan membentuk wajahmu

desah angin meniupkan namamu

tubuhku terpaku


semalam bulan sabit melengkungkan senyummu

tabur bintang serupa kilau auramu

aku pun sadari, ku segera berlari


cepat pulang

cepat kembali, jangan pergi lagi

firasatku ingin kau tuk cepat pulang

cepat kembali, jangan pergi lagi


alirnya bagai sungai yang mendamba samudera

ku tahu pasti kemanakan ku bermuara

semoga ada waktu, sayangku


ku percaya alam pun berbahasa

ada makna di balik semua pertanda

firasat ini rasa rindukah atau kah hanya bayang

aku tak peduli, ku terus berlari


dan lihatlah sayang

hujan terus membasahi

seolah turun air mata


saja post lirik lagu nih.
dah 2-3hari miko layan lagu nih,
sedap pulak lagu nih..
oh lagu nih tidak ada kait-mengait dengan keadaan semasa miko..
suka sebab ada sebut pasal bulan ngan bintang~
oh!itu bukan sebab yg konkrit untuk suka dengan lagu nih.

semalam bulan sabit melengkungkan senyummu~

20 February 2010

Hati

sibok dengan kehidupan duniawi
kekadang kesibokan itu membawa kita kepada kealpaan
manusia mana tidak pernah didatangi penyakit alpa?

alpa kepada kehidupan di akhirat sana.
ini hanyalah sekadar tulisan untuk mengingatkan diri miko yg khilaf
dan manusia yg membaca...kiranya ada.

sedang sibuk mempersoalkan tentang itu ini,
sibuk mengejar masa yg xpernah mencukupi,
sibuk mengejar kenikmatan dunia,
sibuk mengejar jawapan yg tak pernah ada.

akhir-akhir ini,
miko selalu cuba....
untuk berhenti, dan mendiamkan diri buat seketika.
merenung keluar jendela.( from my window, i can see a lot of things!)
ok. miko penghuni tingkat 4.
so. setiap hari boleh nampak awan biru.
tapi kalau pandang tanpa mata hati...
awan hanya kekal sebagai awan.


mungkin benar pepatah orang2 dahulu...
semakin menginjak dewasa, semakin banyak perkara yg hendak difikirkan.
doesn't mean that i'm getting old!

Cis, xmahu mengaku tuh!

pengubat untuk mereka yg sentiasa mencari ketenangan (macam miko)
dalam menongkah arus kesibukan duniawi,
yg selalu mencuri masa untuk bahagia di sana,
hanyalah
dengan sentiasa mengingati-NYA.

"Sesungguhnya, hanya dengan zikrullah (mengingati ALLAH) sahaja hati akan menjadi tenang" (ar-Rad:28)

16 February 2010

Nota hati buat kamu.

kita dah bersama,walau baru 2tahun,
tapi kamu dah xboleh bertahan,
siapa suruh kamu pendam jer suma masalah kamu,
dah lama kamu pendam,
tapi kenapa baru sekarang kamu nk luahkan,
kenapa x dari dulu lagi,
sampai hati kamu,
kamu nk kipas yg mahal, dah saya belikan,
macam-macam jenis saya bagi kamu try,
dari rm 10 sampai yg beratus-ratus ringgit,
tapi kamu nak jugak panas-panas nih,
kamu ingat kamu jer yg pandai panas-panas nih?
saya pun pandai jugak tau!

kenapa kamu buat hal jugak,
dah macam-macam saya buat demi kamu.
defragment?
error checking?
kurangkan fail kat desktop?
buang application yg saya suka sangat?
dah brapa kali kita pergi "berubat" sama-sama,
tapi kamu pandai n tunjuk terror jer kerja kamu.
terus kamu xsakit bila dah jumpa "dukun".

tapi mungkin salah saya,
sebab xmemahami kamu sepenuhnya,
tapi sebab nak memahami kamu jugaklah,
saya join "kelab gatal tangan",
sebab kamu jugaklah saya tebalkan muka,
tanya semua org, tentang masalah kita.
sampai satu dunia tahu.

argh...sekarang kamu jangan salahkan saya..
bila saya main kayu tiga belakang kamu, kayu empat pun,
tapi
banyak mana pun. kayu yg saya main belakang kamu,
saya tetap SAYANG kamu! kamu kan chenta hati saya!

untuk menyelamatkan hubungan terlarang kita,
kita terpaksa menjauhkan diri buat satu tempoh,
saya harap bila habis tempoh nih,
hubungan kita jadi macam dulu balik...rindu sangat kamu yg dulu~

baru saya perasan kita xpernah ada gambar bersama-sama
patutlah kamu buat hal~
VD baru-baru ini, saya xspend masa dengan kamu,
tapi xkan lah hal kecik macam tu pun kamu nk amik hati...
apa-apa ja lah kamu nih.

Seekor ketam


dengan lafaz bismillahirrahmanirahim...
saya ingin menutup tirai "minggu main-main".
dengan
berakhirnya aktiviti bersuka-ria di pantai telok chempedak hari ini.


should i stop myself from playing around..
hehe....a big NO!
but there are important things need to be done right now~
humm...after finishing them, i think i'll play again.

so right now, i am thinking on the next destination.
where should i go? place around kuantan?
cherating...gambang water park...panorama..or shopping crazily at megamall.

oh, let me finished my lab report first..
then we will decide on the next "destination".

ok.cukup! miko pergi habiskan kerja sekolah kamu!

gambar ketam di atas sekadar untuk mengatakan hi...what a beauty!


13 February 2010

this should be the last time..
aku buka my "wall" to strangers
yup strangers yg sibok ngaku sebagai kawan
lepas nih jangan sibok2 nak suruh aku senyum-senyum dengan engkau!
noktah! lantaklah nk kata aku emo ker, negatif ker apa ker..

sebab

aku dah penat untuk bersangka baik..
aku pelik betol dengan sesetengah orang yg macam nih
solat xtinggal
pakai busana muslim-muslimah lagi
cakap pasal agama berhabuk2
itu xboleh, ini xboleh
tapi
selalu menyakitkan hati orang lain..oops xsengaja.
guna konsep berbaik sangka kan..husnuzhon

kalau ko jumpa orang yg kau kenal, apa susah sangat nak senyum..
susah ker?
maybe orang akan cakap aku emo..yup! aku emo!
sebab for me, sekali jer kau buka mulut cakap dengan aku..
selamanya bila aku jumpa kau, aku akan ingat kau sebagai org yg aku kenal.

kalau kau minta tolong dengan aku, inshaallah aku tolong selagi ada daya..
tapi aku minta kau senyum jer bila jumpa aku kat mana-mana.
bukan nk mengungkit ke apa..
tapi tu la, jadi orang yg TIDAK pandai mengatakan "tidak"
sangat menyakitkan diri sendiri.

lepas ni,jangan salahkan aku.
i will building my wall again..coz i don't want to get hurt anymore!
aku jenis yg sensitive,memang selama ni pun aku xakan rapat dengan sesiapa..

fobia kot..sebab bila kita dah rapat dengan somebody,
the posibilities for being hurt and getting hurt by others will increase!

aku pernah cakap ngan arwah kawan aku,
"kawan sejati memang xpernah wujud kan?"
now,aku dah start teringatkan arwah,
semoga rohnya aman dan selamat di sana.
ameen.

12 February 2010

Minggu ini minggu main-main!

aku mulakan minggu ini,
dgn join roomates panjat bukit pelindung..
asalnya xnak join..tapi bila dah keluar ayat nih
"kau pergi, aku pergi, kau xjoin, aku xjoin"
ni yg aku lemah nih, sebab aku sorang ja,habis suma xjadi pergi pulak nanti.

panjat jer bukit tu, lagipun
aku dah ready dengan "teknik tenggiling aku", if dah pancit teruk sangat nanti.
ye lah, pukul 4am baru tidor,kol 7.30 dah naik bukit pulak.
masak aku weyh..

tapi in the end..memang best lah, macam apa ja rasa hari tu...
siap jalan-jalan dekat telok chempedak lagi,
part paling best, dapat g tanjung api..
aku ingat dah abis semua tempat makan best kat kuantan nih.
ye la, kalo waktu tahun first kau kat universiti, ko asyikk jalan ja.. memang habis lah semua tempat makan best dah kau jelajah.
itu untuk aktiviti 7 Februari...

pemandangan kuantan from bukit pelindung.

next,
hari khamis,11 Februari
aku join budak2 kelas aku panjat bukit belakang uia nih...
lama gila kot main kat atas bukit tu..org lain naik kejap jer,
kitorang sampai 6 jam..

kitorang punya guide...memang best la..
macam rambo jer, tgn cantas sana-sini sambil jalan,selamba jer!
buat trek ntuk kitorang jalan...sayang lah korang! best sangat!
siap ada tips lagi,
kalau panjat bukit, jgn pakai sebarang minyak wangi..
kalau rasa nk pakai jugak, pilih jenama seperti ridsect, mortein dan sebagainya.
ini penting untuk mengelakkan sebarang tarikan kepada serangga atau haiwan lain.


tau lah ko pencinta haiwan...kitorang hentam jer..
pakai jugak minyak wangi dan akibatnya, banyak gila nyamuk datang.
oh, lain kali pesan awal2..haish.mana la kitorang nak tahu.
masuk hutan pun 20tahun sekali.
jakun betol waktu tengok view dari atas..Subhanallah.

ptg tu pulak, aku sibok nak ikot
roomates g wall climbing,
dah la letih xhilang lagi...last2 tgk jer la.
geram sebab dah penat memang dah xkuat nak panjat wall tuh.
tapi sempat pegang batu jer,
nanti nak pergi lagi...



view from bukit belakang uia


sebelum aktiviti mendaki...

so, next aktiviti apa plak?
selalu miko pergi 'excersise' dekat mall jer..
sekali-sekala join outdoor activities cam ni memang best!
akhir kata,
panjat-panjat lah selalu,majulah miko untuk memanjat lagi.

07 February 2010

Cerita tentang dia.

entry ini mungkin menceritakan tentang kamu,
yup...mungkin kamu!
kalau kamu rasa penulis menulis tentang kamu,baguslah!
Sebab penulis TIDAK akan mendedahkan "DIA".


Dia memang best, sangat-sangat best,
kalau ada org cakap Dia xbest,
memang akan ada org yg kena bunuh nanti.
die hard fan dia banyak~kalo buat fan club, mesti dia sendiri pun terkejut!

aku xpernah jumpa situasi macam ni,
serius aku cakap, dia memang kategori org baik2,
budiman, alim2 sikit,banyak lagi yg positif sebenarnya~
aku kacau jer dia, malam2 ker, siang2 ker, layan jer,
tapi kalau dia xboleh layan sgt (aku kuat merapu.ok)
dia still akan bagitahu dulu...

pernah skali aku tnya dia, sabun basuh baju apa yg best!hehe dia jawab "TOP".

then, aku cakap kat diri aku,
mana boleh aku asyik kacau dia ja tiap2 hari, seolah-olah jadi rutin harian aku,
dia pun ada life dia...isk,isk..
sebab tu la, aku establish blog nih, sebab nk kurangkan masa aku dekat "dia".

lagi..dia memang lain dari yg lain...
SEBAB
kalau aku memang marahkan dia,
paling lama bertahan pun 2-3minit jer,
selalunya, aku memang xleh nak marah lama2 dekat dia..
aiseyh, dah la selalu memalukan diri sendiri depan dia.
pandai sungguh dia nih, seolah-olah dia tahu aku nih macam mana..bela jin ka dia nih?

now, aku dah tahu perasaan my mom,
mak daku yg sungguh kucintai,
slalu cakap "susah betol nk marah dekat budak nih.

selalu kalo aku geram dengan dia,aku ja yg menghilangkan diri.
aku buat2 tak nampak kalau selisih kat mana-mana,
padahal aku memang nampak ja dia.
sebab memang xboleh nk ada perasaan yg negatif terhadap dia.
konfem kalau ada orang yg ada unsur-unsur marah terhadap dia,
ada yang xkena dengan orang tu, bukan "dia".

so, agak-agak kau, siapa "dia"?


02 February 2010

Enzyme Exam.

memandangkan sekarang nih musim exam,

topik favourite bila ada masa free:

adalah

"kau dah studi sampai mana?"

hehe...dan selalu bila kitorang lepak2 akan ada satu soalan yg 'outstanding',

dan soalan yg best hari ni...

"semua enzyme busukkan?"

aaa..sebab tu ada air liur basi.

;;