29 August 2010

Nini Leman.

ya...entry kali ni pasal Nini Leman.
nama dia macam comel kan.nilai-nilai komersial pun ada jugak.


kredit kpd 2 org Partner In Crime nih.
Julie dengan LuxCasta Astrophel ni.
Budak berdua ni memang "pandai" !


Bila aku renung lelama..
nama nini leman ni...dah macam nasi lemak pulak ejaan dia.kikiki lala.




NINI LEMAN NASI LEMAK




sebenarnya nini leman ni macam the other part of miko gak.
hisy...biasalah kalo satu individu nak create banyak watak dalam dunia dia.
cuma sejauh mana individu tersebut membawa watak tersebut di antara 2 alam.
iaitu alam realiti dan alam mimpi.
pembawaan yang berlebihan ke dunia realiti.
itu bahaya.
(aku pun xberapa nak faham apa yg aku taip nih).


macam miko tuh..dia memang gila-gila macam ni.merapu aja keja nya.
24 jam asyik merapu ja...kalau x merapu macam xcukup vitamin aja.
tapi Nini Leman tu evil dia macam harmful sikit. banyak sebenarnya.
dalam kepala dia...asyik fikir rancangan nak mengenakan orang ja.
dia xkesah plak dosa ngan pahala.
ya la, buang masa fikir perkara2 yg tak berfaedah tu.haish!

Kalo miko dah masuk mode bertapa ( exam ya bukan slot tido!)
Nini Leman lah yg sengsara. sebab dah xda ruang untuk pemikiran jahat nk kenakan orang.
Bagus lah sangat bulan puasa macam ni.
Sebab Nini Leman xkeluar. Dia duduk diam-diam ja.




Oh...Nini Leman xsuka makan nasi lemak.
Tapi Miko Si maruku tu suka sangat nasi lemak.





Gambar ni membuktikan Nini Leman memang sedang duduk diam-diam.heh
bila tgk pic sndiri baru tau...dah lama rupanya xtgk pic diri sndiri.
makin tembam ya skank ni. bahagia~

mau study ntuk exam...kena masuk gear 4 tros nih~

25 August 2010

aku senyum-senyum saja sambil menatap sms yg baru masuk.

haish....MEGA plak tu (kata aku dlm hati)
abaikan lah.
nanti baru decide nak attend or not.

hurm..jadi aku melalui rutin harian aku yg biasa2 saja.
tunggu bas.naik bas.nyanyi ikut saluran radio yg drebar bas pilih. sampai destinasi.
dan bergolek turun dari bas. cis!

aku masuk makmal komputer.
aku on pc.dan aku semak senarai movie2 baru.
aku tutup semua tab yg ada.
aku pura-pura kosentrate apa yg pensyarah aku ajar dekat depan.

habis ja kelas.
pensyarah pun wish gud luck untuk exam beliau dan selamat hari raya(awal betol ucapan itu).
maka kami sebagai pelajar pun yg jarang-jarang ingat pasal exam.
sibuk minta duit raya.ya tuan-tuan! dah umur 22 pun sibok nak duit raya.

dan pensyarah aku balas dgn sedas dua kata.yg aku rasa mmg terbaiklah!
" kalau kamu dapat A. baru saya bagi duit raya"

lalu.
aku nak study lah rajin-rajin.
nak dapat duit raya....

maka sebab itulah saya kurang cergas mengupdate blog ni.

wish me A...xpayahlah. wish me DUIT RAYA!

18 August 2010

Saya mau bahagia.

Memanglah Penat,

Tapi macam mana nak buat,

Sudah lambat,

Baru nak cepat.


sejak-sejak masuk bulan Ramadhan nih.
aku rasa ada satu feel lain macam skit.
yg mana kalo aku jalan-jalan sorang dan terpandang akan langit.
aku akan ckp kat diri aku.
"ya.aku bahagia"

aku pun xtau apa motif di sebalik perbuatan aku itu.
yang pastinya.. posisi diri aku sekarang adalah "bahagia".

aku xtau kenapa.tapi aku tau aku sedang "bahagia."

mungkin inilah yang org kata : RAMADHAN bulan yg mulia.

korang rasa tak, macam aku rasa ni, "bahagia".

kalau korang xda rasa sama macam aku ni.
aku rasa korang mungkin sedang mkn nasi sambil tgk tv di waktu siang hari.

biar jauh di mata,tapi sentiasa dekat di hati.

15 August 2010

hye....
i'm quite bz lah sejak masuk bulan puasa nih.
haha..membizikan diri.(alasan)

dah berapa lama ya, xjumpa my lappy...
2bulan ker...atau lebih? not so sure.
lately dah lost dlm calendar ni.( mana ada org lost dlm calendar!)
tapi xper..esok2 found lah tu!!!!( lost n faun)

macam banyak ja laptop yg memberontak akhir-akhir ni.
dah la kerja ntuk this sem banyak...tiap-tiap hari kena ngadap laptop n tenet.
ntah hapa-hapa ja. email tu kalau x check sehari..takut xdapat the latest info.

kesimpulannya.. sebagai student yang amik bioinformatics.
anda perlu sebuah laptop atau notebook atau pc atau seumpamanya.
dan perlulah dilengkapi dgn internet ya kawan-kawan.
maka xda lah jadi macam miko yang hidup nomad ni.
tapi kan nasiblah miko dikelilingi dengan mereka yg baik hati budinya~
yg bagi pinjam laptop semua..terima kasih.
miko balas ngan kasih sayang boleh? hehe



dicilok dari sini

raya nih nak balik kampung ambil lappy!
siap..ke x siap ke..tetap nak ambil jugak!
it have been a very hard time for both of us..(miko dgn lappy!)

nanti bila dah ambil lappy tu..nak tido dgn lappy tu!
macam dlm pic yg di google nih.
tido senyum-senyum..yeah! i love u baby!




dah la pakai t-shirt google kan...ada laptop plak kat tepi!
betol2 macam miko.( xtau kat mana yg sama!)

dicilok dari sini

11 August 2010

IKHLAS.

Setiap kali menyambut apa-apa event yg aku kira special.
macam sambut bulan SYAABAN.bulan RAMADHAN.bulan SYAWAL.
mesti akan dapat mesej meminta maaf dari rakan taulan.
xkurang jugak yg antar mesej ayat sedap2. maka rasa mulia sapa yg membaca nya.
tak kira lah guna medium apa pun untuk hantar mesej-mesej ni suma.

soalan aku.

" Sejauh mana kah keikhlasan kata-kata yg tercoret itu?"

"Ikhlas kah maaf yg dihulurkan"

bukannya nak jadi negatif.bukan.bukan. bukan itu maksudnya.

sekadar memikir. mesej baru 2-3minit. jap g ko buat balik. bukan lama pun.kejap ja.
mungkin sbb mesej forwad jadi tak rasa beban dia.

bukankah kata itu kota?
jadi tulis-tulis, taip-taip aku rasa sama ja la.

hurmm. aku suka kalau dapat mesej maaf2 nih.
heh. tapi jarang aku reply mesej jenis nih.
sebab aku selalu jawab dalam hati ja.

jadi kalau aku xreply mesej ko.
aku dah jawab dalam hati.
aku harap angin dah sampaikan jawapan aku.

bersempena bulan mulia ni, aku berazam untuk tidak curi tulang dlm kelas.hee~

07 August 2010

Yakin sudah.

dah lama tak singgah sini.
blog ni dah macam satu escapisme plak.
rasa nak lari.
tapi jalan-jalan ja akhirnya.
sampai kat blog.
singgah.
dan duduk sekejap.

dah bulan OGOS. korang dah kibar bendera?
aku dah. turn korang bila lagi?
aku pikir: kalau nak kibar hari-hari.xsyok plak.
jadi bulan OGOS saja yang paling menyerlah.heh.

memang banyak yg nk coret kat sini.tapi malas la.
semua aktiviti jadi xbest bila buah hati pengarang jantung xda.
yup.dia xda. jauh sikit pun xboleh.
asyik nak ingat dia ja 24hours.
kronik.lalu aku balik rumah.
ini alasan yg bagus ya kawan-kawan.( padahal memang homesick!)

waktu aku tgh taip entry ni. lampu hp kelip-kelip.ada mesej masuk.
salah seorang klasmate yg aku xpernah cakap pun ngan dia.
bapa dia meniggal dunia. esok ada solat jenazah. Al-fatihah.

then.aku cakap kat diri sendiri.
kalo dulu aku cakap" kalo aku mati. xda org akan ingat kat aku"
kecuali mak.abah.4 org adik aku.

tapi sekarang aku yakin. dah tambah senarai tu.
sebab mereka buat aku rasa dihargai.
xpayah sebutlah siapa.

dah setahun lebih dia yg bernama kawan "pergi". Al-fatihah.


harimau mati meniggalkan belang,
blogger mati meninggalkan blog.

terima kasih tuhan.

;;