09 May 2010
pic dicilok dari google image.
seperti kebiasaannya. padahal dia yg membiasakan dirinya.maka setelah tidor awal pada malam harinya.
dia pun bangun pagi seperti biasa.
setelah menggosok giginya dengan ubat gigi COLGATE.
dia pun mencuci mukanya ala kadar.cukup bg nampak fresh.
dia melangkah dengan penuh yakin.
menuju ke situ.niat hatinya untuk duduk join mereka di meja makan.
setelah di sapa dgn ucapan.morning! dan awal bangun hari ni?
dia hanya mengukir senyuman mahalnya itu.
mahal sebab dia susah nak senyum bila tangkap gambar.
katanya dia xmahu senyuman plastiknya di mana2.jadi setiap kali ada event ngan rakan2
seboleh-bolehnya dia meminimakan flash kamera ke mukanya.dah la tu pilih kamera pula.
berlagak sombongg betol! ceit!!!!sampaikn pic kat wedding sedara mara dia pun.
gambar yg dia senyum semuanya candid.ahaha. ekslusif gitu. ahaha.waktu wedding pakcik dia.
pakciknya selaku pengantin lelaki yg buat kerja candid pic dia.ahaha. pengantin punya pasal dia pun senyum ja lah.
ooo.cukup dgn cerita senyum plastik dia. kita sambung yea. lepas sarapan dia pun senyum tanda terima kasih. terima kasih pada tuhan, pada emak yang sanggup buat breakfast, untuk zaim yg air tehnya dipau. untuk abah yg pergi kerja siang malam.untuk.untuk.untuk. mereka yg terlibat secara langsung atau pun tidak. dalam menyediakan sarapan pagi itu.
itu baru sarapan pagi. makan tengahari lagi. tambahan pula sejak dua menjak nih.aku selalu minum petang jugak. lagilah macam mana agaknya aku nak ucap terima kasih. adus, pagi-pagi lagi sudah fikir yang bukan-bukan.[ hati dia berkata-kata]
maka dia bangun menuju ke barisan hadapan kotak hitam yg bersaiz ntah brapa inci.
dia xpernah ambil kesah tentang saiz.janji ada.jangan xda sudah.
tiba-tiba aku kacang merah, engkau mata hitam.
ahaha...dia diam. kemudian suaranya kedengaran turut serta dengan suara tadi.
matahari sudah menampakkan sinar garangnya.
kawasan tempat tinggal dia, memang panas. dingin malam xpernah dirasakan.[hiperbola].
suara madam besar mula kedengaran.
suhu di dapur mula meninggi seiring dengan pergerakan makhluk-makhluk bernyawa di dapur.
minyak panas mula menunjukkan taringnya.
dia masih di situ mula melagukan lagu yg selalu dinyanyikan. ouch..ouch.
setelah usai semuanya. dia pun menuju ke meja itu.
makan tengaharinya memang selalu awal.
kemudian. dicapainya kunci motor dalam laci.
dia cakap. jom.
tepat pukul 3. di capai remotecontrol. terus menuju program tv kegemaran.
lewat petang. selepas asar lebih kurang.
dia pun mencari-cari minum petangnya.
dia memang macam tu, kalau dalam sehari x sebut pasal makan. memang bukan dia.
sakit macam mana pun jarang lah dia tolak makanan.waktu kecik2 dulu pun kalau dia demam
buah anggur hitam lah ubat paling mujarab. sekarang nih, kalau dia merajuk bertahun lama pun.
kau bagilah dia makanan mesti dia makan.
sebenarnya entry nih pasal lain.tapi dah jauh aku melaut.
tapi still ada msg dia. dia sebenarnya nak bgtau. walau macam mana pun dia merajuk. naik angin.buat jahat.emo. malas. ntah apa-apa lagi. mak dia tetap setia ada dkt rumah. masak makanan sedap2. cukuplah sekadar nak telan bg kenyang. janganlah demand lebih2. lainlah kalau kau beli semua bahan2 masakan yg sedap dan bayar mahal2. cis! ada hati nak makan sedap2.
jadi...tiap-tiap hari adalah hari ibu bg aku. bg aku kalau nk hadiah kan hadiah pun. semua tu duit abah aku jugak. so tunggulah bila dah merasa duit sndiri nanti. nak mengelat!
apa-apa pun. selamat hari ibu untuk my mom. mak cik pidah. masak sedap2 hari, lps tu jgn bising berat org naik.
Labels: penghargaan.awan biru.
0 Comments:
Subscribe to:
Post Comments (Atom)