31 May 2010

It just HOT.

dah sebulan tunggu event nih,
HOT AIR BALLOON FESTIVAL.


hati berbunga-bunga, bila tarikh yg ditunggu makin dekat.
hari first, perancangan xjadi...
hari second, tido punya pasal dia lupa plak nak bangun!
hari ketiga...

yup,seawal 7pagi kami dah bertolak.
jalan pun ok...clear sangat,
about another half perjalanan,
kira-kira 15min lagi nak sampai,
jeng..jeng..jeng.
woha! sudah nampak belon itu! eksaited!



bila dah sampai lagi lah. macam nk lompat jer!
tapi tu la, behave2..hehe

ada macam-macam aktiviti,tapi yg main event mestilah
naik belon panas..kekeke.

sambutan amat menggalakkan ye tuan-tuan semua,
pukul 8pagi khemah menunggu dah penuh,
tapi rata-rata pengunjung semua pegang dslr sorang satu.

dah seronok jalan-jalan pusing-pusing sini sana,
the worst partnya, miko gayatttt...
dah sampai kat belon panas tu baru teringat bahawa saya gayat!
jadi saya tgk dari bawah jer! sedih~ gayat mmg xbest!







kepada kaum hawa lain kali kalau nak naik belon panas pakai seluar yea!
pakai skirt kembang dah sama kembang macam belon.

27 May 2010

Mari berbudi bahasa.ewahh...!



lah kenapa letak pic lori mainan plaksoal
agak-agaklah apa yg miko si maruku nak merapu kali nih.
tajuk bukan main lagi....nampak x penulis senang hati! ewahh!

ini lori mainan bukan sebarang lori tau!
ini lori sungguh berjasa tau...
bukan setakat boleh dibuat barang mainan tika bosan ngantuk tahap gaban,
{miko xpenah main lori nih, ayat NAFI.]
malah boleh dibuat penghalau kucing.wahaha!angel
lain kali kita cerita pasal kucing dan lori mainan tersebut.

setelah merapu di bahagian pengenalan, baca intro.
baik mari kita renungkan sejauh mana kah anda mengamalkn rukun negara kita yg satu nih!

kesopanan dan kesusilaan.

kali nih miko mau highlight penggunaan beberapa simple words.

seperti

1. terima kasih.
2. tolong atau please
3. maaf.

nampak simple kan 3contoh perkataan nih.
tapi susah kan nak amalkan 3 perkataaan nih.

ini ada suatu contoh:
budak kecik umurnya 5tahun macam tu,
setiap kali dia nak minta apa-apa barang yg dihajati.
dia akan cakap: mak nak air kotak boleh x? plzzzzz....sambil buat muka chomey.
adus! skali dia pusing kat kakak dia, tolonglah beli, plzzzzz.
zup, teros dapat air kotak, bukan 1 tapi 6 sekaligus. yeah, power xpower that simple word.ehehe

amaran:contoh ini jangan diamalkan jika anda telah mumaiyizz.....

contoh yg serius,

yg selalu diamalkan oleh sesetengah orang,
bila dia turun pengangkutan awam seperti bas atau teksi dia akan cakap terima kasih, bila dah selesai urusan di kaunter2 urusan rasmi seperti pejabat pos, JPJ,
pejabat pendaftaran negara, aaah xkesahlah kaunter apa pun, kaunter pertanyaan sekali pun. silalah sudahi urusan anda dengan ucapan terima kasih.

boleh nampak x kesannya kalau cakap terima kasih?kalau x nampak, memanglah kena amalkan slalu.
sebab antara kesan yg paling best skali :
mesti org yg tgk akan ckp

"anak siapalah nih?
buat menantu molek sangat lah ni."
malu






22 May 2010

Sedar.

After 3/2 days putting myself away from
i'm back here.
just wanna test my patience.
either i can hold it or not. [not online for a certain period]
it really test my self. ahaha.

before this, i can hold it for 8days.
oh..the power of technology to me is just too BIG!
life without them..NO.i don't want to taste it.

Back to the topic.
do we need to carry on with english or not.i guess malay lah.
[nanti x feel. afterall, ini bukan isu PSMI.]
macam biasalah. nanti mesti kelaut. intro pun boleh berjela-jela.

terus ke main point.
apa yg miko sedar pulak nih?
apa-apa hari2 dia xsedar ke?xkanlah tido xbangun2.

hari ni bila buka email. dapat satu mel.
yg for me.i'll take it as a reminder to me.
and to refresh my mind yg dah karat nih.
ada ilmu tapi xguna. serius. kadang2 rasa xlayak masuk skolah tu.
better bg my place kat org lain, yg akan gunakan semua ilmu yg dikutip sepanjang 5tahun tu.
rasa useless sangat2.haish.

ok.email tu cakap pasal trend sanggul ngan tudung syria.
dah banyak rasanya blog yg cakap pasal nih.
but for org macam miko.yg memang malas nak layan fasal trend tudung2 nih.
memang baru tau pasal sanggul palsu tu.adoi. sanggul pun nak palsu jugak!

kadang-kadang aku geleng kepala bila dengar pasal trend2 tudung nih.
bukannya apa. kadang2 nak ja aku cakap terus kat dorang nih.
" try check balik nawaitu"
kalau pakai tudung tapi xdapat pahala. bukankah ianya satu kerugian.
elok-elok boleh dapat pahala. hurmmmm..malas nk cakap banyak.
soal pahala-dosa nih bukan kerja manusia. biar tuhan yg tentukan.

kalau niat sekadar nak ikut trend. xrasa rugi ker?
serius cakap.sehelai tudung tu ada yg mencecah ratusan ringgit.ribu-ribu ada x?
since nak ikut trend punya pasal. tudung yg ratus-ratus tu dah xdipedulikan.
beli tudung baru dah satu hal.duit lagi.ni dah leh masuk bab pembaziran.
syaitan mesti tgh tepuk tangan sekarang nih.
dah la tudung zaman sekarang makin nipis & pendek.duit yg mengalir keluar lagi.
adus! nak bg matching kaler dengan baju lagi.hish.

ada satu cerita nih, kawan aku cerita:
ada one guy tanya dia :" secara purata kan, each one girl ada berapa pasang tudung?"
dia sengih lalu jawab: " mestilah lebih dari SATU".

ahaha.itu jawapan selamat kot. sebab both aku dan dia.tudung kami memang sikit kot.
jangan suruh kami bilang berapa helai tudung kat dlm almari tu.
penting sangat kah nak matching-matching nih.
ok.jangan cakap dengan miko bab matching nih. meluat!

next.
from apa yg aku belajar selama 5tahun dekat skolah agama syDney.
Sanggul ni bukannya salah pun.yg salahnya bila org yg ada sanggul nih menampakkan sanggulnya kepada bukan muhrim.means: rambut macam mana panjang or pendek should be hide properly under your tudung. aku ada baca certain2 org punya komen. cakap rambut panjang xleh nak ikat.nanti nampak gak.tolong ah. hendak 1000 daya, xnak 1000 dalih.
ustazah aku cakap, xboleh bg nampak macam bonggol unta (rambut sanggul tu lah) .eii..elok2 awak punya status manusia.dah sama dengan unta!

bukannya nak emo ke apa ke..aku rasa perlu nak tulis kat blog tentang nih.
supaya asamgelugor bukanlah hanya sekadar asam.

semua perkara nih xakan timbul bila semua pemakai tudung kaji dan faham kenapa mereka nih pakai tudung.taqlid semata-matakah? ini isu lain.

ingat nak letak sekali email tu kat sini.tapi macam panjang sangat pulak nanti.
so kita letak yg bukti2 ja. xfaham tanya jangan buat kesimpulan sendiri.
maybe boleh diskusi dgn kawan2.it is a good topic to be on board.jgn asyik gossip jer!kenyit

Quote::
“ akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka
( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.

Rasulullah s.a.w bersabda:

Quote::
“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini”
–hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-


aku pun xsempurna.bukannya bagus sangat.if ada yg salah.betolkanlah.
tapi mana-mana yg kita boleh buat apa salahnya kita tunaikan.

pernah sekali aku tanya mak aku
" kenapa budak2 tu xpakai tudung walau dorang skolah agama 5 tahun jugak?"
mak aku cakap" dorang kan manusia jugak".

credits to the original writer & tukang forwad email. May Allah bless both of you. Ameen.love


19 May 2010

24

Salam...
dear blog..

hari ni sudah rasmi kita buang pakej student celcom brokband.
bukannya kita lupa jasa2 kamu.
sikit pun tidaklah kita lupakan kehadiran kamu.
walau kamu sering buat hal.
putus2 bila tgh sibok gossipping..
xleh connect bila betol2 nak buat homework.
nak download journal boleh makan masa berjam-jam.
kadang-kadang nak baca email pun amik masa sehari.
tapi kita tetap setia sama kamu.
siapa2 yg dapat tahan dengan kerenah kamu nih.
kita patut cakap tahniah.

ehehe.
bukan.bukan dapat gading bertuah tanduk kita buang.
bukan.bukan.bukan.takbole
sekarang kita dah tukar.kita guna maxis brokband pulak.
amik pakej paling murah! ahaha.
buat apa nak amik yg paling mahal bila ada pilihan yg lebih murah!

setakat nih ianya bagus..
mungkin sebab coverage area rumah miko sgt excellent sehinggakan
dia tutup mata. mulut dan telinga bila ada bisikan2 halus yg mengutuk perbuatannya.
yg curang terhadap celcom dan berpaling arah terhadap maxis.wahaha.

xda kaitan pun semua nih dgn hidup atau pun mati.
ayat tipu!bila xda tenet dia hilang arah.
tension

2.rasa pelik bila jalan kaki sorang-sorang kat street.
macam xpernah jalan kaki.
within 1 hour ja bertahan jalan sorang2 kat luar.
then balik rumah cepat-cepat.

3.terima kasih cik masturah[exco] kerana temankan saya hari ini.
walau pun kita dua jalan tanpa arah tujuan.
makan angin atas jalan raya memang best.
lain kali boleh buat lagi.

4.satu lagi.ros
saya xpernah bosan. bila dengar kamu cakap banyak2.
suka lagi adalah. 24jam sembang ngan kamu lagi bagus! super-duper like!
macam lagu yuna-deeper conversation.


16 May 2010

Harapan.


kerlinglah di hadapan
tinjaukan perjalanan panjang
yang kian pendek ini
barangkali berakhir hanya
dengan segunung harapan.

15 May 2010

bakimono.bakimono.bakimono.

(i)

cuti.cuti.cuti. macam nih aku ingat nak kemaskini folder dalam lappy nih.
sekali ter jumpa satu siri tv nih.
aku dulu memang peminat setia lah kan.
wajib tonton ni.tapi entah bila aku ter"stop" follow.
maybe sebab angka umur yg dah makin besar.
lepas tu.

tiap-tiap hari rasa nak tengok pulak.
satu episod memang ulang-ulang banyak kali sampai puas.
siapalah punya kerja masukkan "kamen rider" nih dalam laptop aku.
dan apa pulak motif dia? aish...xkan lah dorang nih xtau.
aku memang suka tengok cita2 best cam ni. ahaha.

kalau dulu movie power ranger keluar ja memang sibuk nak beli pita video.
tapi tu dulu lah. mak abah aku, sewa ja suma pita2 video tu.
kalau dapat no. SATU baru layak beli pita video tu.
so..memandangkan waktu budak-budak dulu. demand tinggi.
tak konsisten pulak tu. hari ini nak yg ini.esok lusa nak yg itu.
jadi aku xpernah minta beli pun movie power rangers tu.
aku minta beauty and the beast.
ayam

(ii)

Nama: miko si maruku
Alamat: bla...bla...bla....
No.IC: **0920-**-****
No. KWSP: -

Adakah anda mempunyai masalah kesihatan: TIDAK
Adakah anda mempunyai alahan? : TIDAK
.
.
.
.
Adakah anda mempunyai kemahiran komputer?(Jika Ya, sila nyatakan perisian..........).
aku xtau nak isi part nih..xkan nak tulis suma kot. pening.
agak2 nak letak downloader boleh x?ros

14 May 2010

BRAVO!

Normal.

normal bermaksud biasa, menurut keadaan, atau pola yg lazim.

Penormalan.

membawa maksud proses menormalkan.


starting from first day of may..
i had already start my "penormalan" which mean.

my sleeping habit.

jangan nak teka yg bukan2. suma tu nonsense. buang jauh2 yea!

before this, nak tutup mata sebelum pukul 12.00am.
ianya hampir mustahil. tapi still berjaya sehingga hari ini.
miko berjaya tidur awal dan jugak bangun awal.
haha bravo2!tepuktangan

bahkan sewaktu menaip entry ini. jarum jam hampir ke angka sebelas.

dan dia sudah tersengguk-sengguk.

dah xboleh buat kerja lewat malam.

bila mak cik pidah tanya. buat apa selalu jaga malam2 nih.
"habis xda keja dah la tu" ini yg ada dlm pikiran mak cik pidah.

jadi dgn senyum simpol..kulum2 lidah. miko jawab
" jaga rumah lah, buat apa lg. kata ada pencuri masuk rumah pak cik ****."

padahal dia online x ingat dunia. tau-tau ja bil letrik naik sikit dari kebiasaan.

haha. padan muka miko. kantoi ngan mak cik pidah.

jadi setelah training yg hampir separuh bulan nih.

boleh dikatakan berjaya lah. saya dah kembali normal.

gembira. maka status ym malam ni dah bertukar menjadi " melompat kesukaan"

pasal cawan thomas tu, 'kuharapkan keajaiban berlaku'. haha....malas nak komen lebih-lebih.


lagi2 nak tulis pasal apa ya. entah la. nanti update yg akan dtg. maybe pasal F.O.O.D.

ngantuklah. rasa pelik pula bila on9 waktu ada manusia. ramai pulak tu.

jakun la pulak bila on9 ramai2 dengan orang lain.

xkesah la. tengah happy nih. sengihnampakgigi




12 May 2010

RABU

hari ni angin bertiup dgn had laju.....
yang sangat lembut.haha sampai xrasa langsung.
ye la.kalo laju sangat nanti jadi ribut.

angin miko yg sangat baik hari ni yg menyebabkan
dia tolong buat sarapan pagi.jadi mak cik pidah boleh rehat*
kueatiau goreng sama air teh= kaffein nih!

ingat senang,dia nak buat sarapan pagi.
kalau setakat bancuh air tuh. xpayah suruh la.
memang dia buat la.senang. ahaha. masak pagi2?
hmmm..malas.baik p tgk tv lg best. xyah ngadap minyak panas lagi.

skank ni on lappy plak. xmula buat laundry lagi.
seronok jadik suri rumah.ops. silap. pembantu ja la.
setakat buat kerja half way kan, xpayah berangan la.

rasa nak makan kek. tapi malas nak pikir nak buat kek apa.
hmm.miko dgn makanan mestilah xdapat dipisahkan.
haish. dgn skill menjawab yg xpernah lekang dari mulut.
asyik nak fight ja apa yg org cakap.org xda keja.memang mcm ni

xsabar nak tunggu weekend, nak g date ngan zaim*

dan

tiba-tiba teringat org yg hendak dilupakan segigih-gigihnya*.

terus hilang mood*kesian kamu hari rabu!

babai blog. jumpa lg.babai

09 May 2010

Makan.


pic dicilok dari google image.


seperti kebiasaannya. padahal dia yg membiasakan dirinya.
maka setelah tidor awal pada malam harinya.
dia pun bangun pagi seperti biasa.
setelah menggosok giginya dengan ubat gigi COLGATE.
dia pun mencuci mukanya ala kadar.cukup bg nampak fresh.
dia melangkah dengan penuh yakin.
menuju ke situ.niat hatinya untuk duduk join mereka di meja makan.
setelah di sapa dgn ucapan.morning! dan awal bangun hari ni?
dia hanya mengukir senyuman mahalnya itu.
mahal sebab dia susah nak senyum bila tangkap gambar.
katanya dia xmahu senyuman plastiknya di mana2.jadi setiap kali ada event ngan rakan2
seboleh-bolehnya dia meminimakan flash kamera ke mukanya.dah la tu pilih kamera pula.
berlagak sombongg betol! ceit!!!!sampaikn pic kat wedding sedara mara dia pun.
gambar yg dia senyum semuanya candid.ahaha. ekslusif gitu. ahaha.waktu wedding pakcik dia.
pakciknya selaku pengantin lelaki yg buat kerja candid pic dia.ahaha. pengantin punya pasal dia pun senyum ja lah.

ooo.cukup dgn cerita senyum plastik dia. kita sambung yea. lepas sarapan dia pun senyum tanda terima kasih. terima kasih pada tuhan, pada emak yang sanggup buat breakfast, untuk zaim yg air tehnya dipau. untuk abah yg pergi kerja siang malam.untuk.untuk.untuk. mereka yg terlibat secara langsung atau pun tidak. dalam menyediakan sarapan pagi itu.


itu baru sarapan pagi. makan tengahari lagi. tambahan pula sejak dua menjak nih.aku selalu minum petang jugak. lagilah macam mana agaknya aku nak ucap terima kasih. adus, pagi-pagi lagi sudah fikir yang bukan-bukan.[ hati dia berkata-kata]

maka dia bangun menuju ke barisan hadapan kotak hitam yg bersaiz ntah brapa inci.
dia xpernah ambil kesah tentang saiz.janji ada.jangan xda sudah.
tiba-tiba aku kacang merah, engkau mata hitam.
ahaha...dia diam. kemudian suaranya kedengaran turut serta dengan suara tadi.

matahari sudah menampakkan sinar garangnya.
kawasan tempat tinggal dia, memang panas. dingin malam xpernah dirasakan.[hiperbola].
suara madam besar mula kedengaran.
suhu di dapur mula meninggi seiring dengan pergerakan makhluk-makhluk bernyawa di dapur.
minyak panas mula menunjukkan taringnya.
dia masih di situ mula melagukan lagu yg selalu dinyanyikan. ouch..ouch.
setelah usai semuanya. dia pun menuju ke meja itu.
makan tengaharinya memang selalu awal.

kemudian. dicapainya kunci motor dalam laci.
dia cakap. jom.
tepat pukul 3. di capai remotecontrol. terus menuju program tv kegemaran.

lewat petang. selepas asar lebih kurang.
dia pun mencari-cari minum petangnya.

dia memang macam tu, kalau dalam sehari x sebut pasal makan. memang bukan dia.
sakit macam mana pun jarang lah dia tolak makanan.waktu kecik2 dulu pun kalau dia demam
buah anggur hitam lah ubat paling mujarab. sekarang nih, kalau dia merajuk bertahun lama pun.
kau bagilah dia makanan mesti dia makan.

sebenarnya entry nih pasal lain.tapi dah jauh aku melaut.

tapi still ada msg dia. dia sebenarnya nak bgtau. walau macam mana pun dia merajuk. naik angin.buat jahat.emo. malas. ntah apa-apa lagi. mak dia tetap setia ada dkt rumah. masak makanan sedap2. cukuplah sekadar nak telan bg kenyang. janganlah demand lebih2. lainlah kalau kau beli semua bahan2 masakan yg sedap dan bayar mahal2. cis! ada hati nak makan sedap2.

jadi...tiap-tiap hari adalah hari ibu bg aku. bg aku kalau nk hadiah kan hadiah pun. semua tu duit abah aku jugak. so tunggulah bila dah merasa duit sndiri nanti. nak mengelat!

apa-apa pun. selamat hari ibu untuk my mom. mak cik pidah. masak sedap2 hari, lps tu jgn bising berat org naik.

06 May 2010

I am what i am.

Selamat pagi Dunia!
agak malas yer jari kaki nih nak menaip.
tapi tiba-tiba jer dapat idea baik punya.
oh..miko sudah mula merapu*

tangan yg memang tersedia gatal.
dan otak yg memang sudah maklum memikirkan perkara2 yg bukan-bukan.
dengan lancarnya menaip i am what i am on google searh engine.
dan terserempak dgn lagu i am what i am-jonas brother lyrics.
jangan tnya siapa jonas brother nih.
miko xkenal pun mereka berdua nih.
hanya sekadar mendengar hikayat tentang mereka dari golongan penglipurlara aja.
alergi sikit dgn mat saleh. miko susah nak cam* muka mereka.
melainkan usha muka mereka sehari 50kali.dan tempek gambar dorang dpn pintu jamb**.
ehehe.


macam best jugak lirik dia.tapi xdgr pun lagu dia lagi.
bak kata akak stoicism xtekan playbak button lagi.
tiba-tiba rasa nak merapu dengan makhluk-makhluk 4.75 & geng gold atoz.

rindukan cerita2 pasal mimpi yg xakan habis diceritakan walau separuh hari sudah berlalu.
rancangan2 gila. keluar meronggeng balik malam. solat dekat mall macam itu rumah dia.
sibuk berebut anak teruna orang walhal dia xtau pun. sibuk masuk kelas lambat.
makan karipap kat blkg kelas sambil hirup air tebu.lecturer kat dpn ajar macam nak mati.
dia kat blkg sibuk berangan.discuss pasal hal2 dunia.

ops.dah lari tajuk.berbalik kpd jonas brother tu.


I am what I am

What can I say?

I'm gonna be this way

Right up until my dying day

Because that's how it goes head to my toes

bila go through lirik dia.atas bawah turun naik kiri kanan.maka;
saya dapat simpulkan bahawa life memang macam nih, kalau asyik hidup untuk memenuhi kehandak orang lain.lama-kelamaan kita akan hilang.[ i means diri kita yg original].so.yang muncul adalah boneka.yang hidupnya adalah untuk memenuhi expectations orang lain.

jadi miko sangat menyokong pemberontakan. demi memperjuangkan idea-idea bernas diri kita!
dia dah mula dah.ok.jangan memberontak yg menyusahkan orang.memberontak lah cara baik-baik.yg ada hasil.tapi kalau mak bapa yang masih tanggung kau.dorang ada point ntuk tentukan cara hidup kau.the solution is hanya manusia yg umurnya 21tahun ke atas di galakkan untuk memberontak secara baik-baik.


to all readers yg baca entry nih...
miko sedang berura-ura melancarkan pemberontakan baik-baik.
jadi mungkin akan mengalami masalah jiwa di sini.
maka plz bear with whateva yg dia tulis kat sini.
lagipun.
ini blog aku.apa yg kau sibok! ahahagelakguling


jangan terpengaruh dgn emosi penulis.dia mmg seweltumbuk

04 May 2010

Aura Pendant AVON.

Hye. encik MAY!
dah masuk bulan LIMa. saying babai to bulan EMPAt.
dah hampir separuh 2010.
tapi rasanya macam xada perubahan sgt dlm hidup ni.
well.bukanlah xda langsung.secara xlangsung banyaklah.

2hari nih.aku asyik t'tido jer.
habis semua tv series yg aku syok sgt nak follow.aku tinggalkn.
nampaknya kena consult ngan akak stoicism la nanti.
haish! susah ar macam ni.asyik tertinggal aja.

lg haru-biru.dah 3hari cakap nk bawak lappy masuk kedai.
tapi xjadi pergi sbb....miko zzzzzzzzzzzzzz!
memang lah, xtau nak cakap apa dah.sedar2 ja kdai dah tutup!

so.hari ni kita try n error lagi.
ingat hari ni, nak kena apply aura pendant la.
[xtau apa aura pendant?meh sini nak cita skit]

penah dgr rantai yg guna batu from gunung berapi tu as dia punya loket tu?
dia ada macam2 nama tau.
tapi yg i punya nih, i cilok from AVON.(mak i dealer, so bole murah skit!)
time dia punya introduction to market.
rasanya murah lg.kalo sekarang nih rasanya RM1++ to RM2++,
sebab kalau beli barang kat AVON nih,
harganya turun naik. so baik tunggu bila dia turunkan harga.
silap asyik pasal harga pulak.sorry!

ok. dia punya functions adalah:[hasil budak rajin baca testimoni].

dikatakn boleh menurunkan berat badan.
menghasilkan tenaga.[tenaga apa xdapat dipastikan]
buang toksin dari badan jugak.

cukuplah tu, xmau sumbat bnyk sgt functions.
hehe.

ini pulak from my own experiences,
sbg student yg ada kelas walaupun hari minggu.saya slalu kepenatan.
bila dah penat, sudah tentulah xleh fokus.
so,bila pakai pendant nih.
keletihan dapat dikurangkan, maka saya boleh fokus.
haha xpayah cover menguap dalam kelas lg.boleh duduk depan.
[buat malu jer.menguap dpn lecturer.]

kurangkan berat badan tu pun ada kesan jugak.
tapi ntuk org macam miko yg sgt suka melantak.
kesan dia xbrapa nampak ketara sgt.

toksin.ada yg guna untuk air minuman.
ada yg pakai terus kat badan.
kalo untuk air minuman,
letak pendant tu bawah bekas air selama er, xingt lah. brapa minit?
tapi memang agak ah, rasa sihat la jugak.
xda lah asyik nak tido aja.
miko mmg suka tido.asal menguap ja.teros cari bantal.xda tangguh2 lagi.
tapi, setiap produk yg kita gunakan.suka miko mengingatkan bahawa kesannya adalah berbeza untuk setiap individu.sebab tu lah ahli-ahli sains muncul dgn teknik VNTRs. ahaha.saya sudah melaut.VNTRs tu apa plak ya? nanti kalau miko rajin suruh dia terangkan.

oh.sebelum melaut lg. sukacita jugak miko mau ingatkan tuan-tuan dan puan-puan semuanya.
jangan disandarkan 100% kepercayaan anda terhadapa sebarang produk yg anda gunakan+amalkan. macam ni la:
"sbb i pakai aura pendant AVON nih la, i xngantok.fokus i dlm kelas pun dah meningkat."
dikhuatiri akan mendtgkan syirik.
sebab kalau tuhan nak bagi kau tidur..sambil berdiri pun kau boleh tidur.kalau tuhan nak hilangkan fokus kau.sekarang jugak tuhan boleh buat.
jadi niat lah dlm hati dgn izin tuhan, barulah apa jenis kesan daripada produk tu menjadi atau xjadi. setiap perbuatan kita boleh dijadikan ibadah dgn syart biarlah niatnya betul.

apa lagi ye, yg miko nak tulis?haish bila baca balik entry nih.
tiba-tiba muncul soklan ni:
apsal aku bebel pasal aura pendant avon nih?
lagi satu, sekarang avon dah keluarkan batu tu dalam bentuk gelang.
nice..tapi ongkosnya jugak nice!
kalau ada org nak hadiahkan boleh la.ader ke?ehehe.


saya suka bangun awal2 pagi akhir-akhir ini.
petanda apakah ini?
pg kelmarin.pukul 8.05am.aku singgah kedai.beli air gas F&N kaler ungu.
dgn niat balik nanti nak layan lagu kumpulan UNGU.
dah la pau duit adik.ahaha..thanks.


then.waktu aku first buka email aku.
aku nampak ada comment from ex-skoolmates aku.

so. i am truly welcoming YOU here!
singgah2 lah selalu.
ijafareeza.[ahh...susah la.nak panggil farid jugak]







pic dicilok from syaikh maulana haji google: images.

;;