19 November 2010
Aku dah lupa apa yg aku semangat sangat nak tulis kejap tadi.
Dah jadi org tua agaknya.....lalala
Owh...miko sedang bercuti. biasalah student mestilah ada cuti 2-3bulan.
heh..xda lah lama sampai berbulan-bulan kali ini cuti aku.
Cuti kali ini, aku dah buat planning.
Antaranya:
1. Habiskn siri Bercakap dengan Jin (Jilid 1-8)
2. Buku La Tahzan yg edisi poket tuh.( yg besar tuh aku bc xhabis2,heran!)
3. 2-3 buah novel melayu ngan english.
4. Ini penting; tido mcm org NORMAL.hehe
5. Kurangkan masa berchenta dengan kotak hitam bentuk petak tuh!
6. Kurangkan masa duduk dpn laptop. dan jgn nk mendownload movie bukan-bukan.
itu yg aku dah plan dari awal lg.
yg aku x plan pun..tapi still kena buat adalah;
ngajar adik aku yg akan amik PMR tahu depan. ni yg paling xtahan..
Bcoz....I'm bad at teaching! xpasal-pasal ngan aku skali terbabas.hadoi~
okay..Now, dah ready ntuk ber "holiday" sakan.
Labels: merapu lagi.
14 November 2010
Sbg manusia yg memasuki fasa umur 20an...(tua dah ni!)
tidak dapat tidak aku dah mula fikir apa akan jadi lepas nih.
kronologi apa yg orang selalu imagin dan cuba bygkan secara umum:
start ngan tadika apa mak ayah aku nak antar nih? ker prasekolah ..
sekolah rendah mana plak lps nih? UPSR nant dpt brapa A...
sekolah menengah nak masuk asrama ker cm na?
lps PMR nak masuk aliran mana plak? SPM cam na plak?
Habis SPM sibok nak isi borang masuk Universiti plak..
Diploma..sijil..sarjana muda or blablabla....
ini semua normal bg org biasa macam aku yg menerima pendidikan di Malaysia.
tapi kalau asyik pikir semua nih...bila aku nak fikir "my love story"???
aha! ni baru point sebenar entry nih.
early marriage, kawen cepat, kawen awal atau kawen muda....
xkesah la mana satu term yg kamu guna....
satu term yg masih berdiri menggunakn asas yg sama.
okay...sebagai seorang pelajar universiti Islam terkemuka di Malaysia.
Fenomena kahwin di awal usia 20an..adalah biasa.
Jadi aku dah x heran bila mana masyarakat sibuk nak melopong.AWALNYA...
heh...dorang nak suruh belajar tinggi-tinggi..
lepas habis buat master phd bagai baru boleh kahwin.
BUT....
aku nak bangkitkan soalan nih?
Bila dah kahwin umur 30an...dapat anak umur berapa?
Nanti ada plak soalan seperti ini:
"Antar cucu g skolah ker pakcik? "
Lps tuh dari segi saintifiknya...(mcm mana ya nk tulis nih? hmm aku nk tulis jugak.)
telur yg xdisenyawakan setelah beberapa tahun...akan mengalami kerosakan kan.
sebab dia dah wujud lama dalam badan perempuan.kalau tidak xdalah menstruasi setiap bulan tuh. macam beli almari kayu lah.lama-lama kaler luntur gak lebih kurang lah.
(ish,aku mmg fail kalau nak tulis bnda-benda saintifik dalam bahasa!)
Jadi sebab tuh ada org kata,
semakin tua umur si ibu dan dia mengandung di usia yg agak lewat
semakin tinggi risiko anak dia ada penyakit sana-sini,
xkira lah penyakit tu kronik atau x.still penyakit kan.
Dan dah banyak facts about this.plz google kalau nak tau lebih.
Umur pencen kat Malaysia ni berapa? fikir sendiri lah ya!
Dah kahwin pun lewat, sempat x nak support pendidikan anak-anak. masa nih baru nak kalut cari dana pendidikan.owh..kau jangan nak ckp simpanlah duit dari awal. zaman anak-anak kau nanti xmeningkat ker kos pendidikan dorang????
Lepas tuh, xsempat nak didik anak-anak jadi org berguna...dah mula sakit-sakit. asyik ulang-alik g hospital mana nk sempat tegur anak.haish.
Tapi, kalau dah jodoh kamu lewat...nak buat cam na...
jgn main tangkap jer ,
nak kahwin awal punya pasal.
hehe adalah hikmahnya yg kita xtahu.
Banyak plak aku membebel dlm entry nih.
Jadi aku nk tinggalkan kamu yg sudi membaca entry di blog yg cikai nih.
Dgn video dari youtube nih..( aku rasa relate dgn tajuk nih).
Labels: pandangan aku.thinking
11 November 2010
Movie+on9+tido+makan
Yup..ini jer list yg masuk dalam last my 3days punya daily routine.
Banyak sangat ker masa sampai buang cenggitu je?
Actually..NO.
Ada one more paper this coming Monday.
tapi macam tulah bila dh stop study sampai 3hari..susah nak get in line balik.
Ingat best ker, tgk movie 2-3 sekaligus. main game jer. macam looser jer!
Nak kacau orang, orang sibuk...Nanti kena ketuk plak!
Org yg boleh di kacau....Dah xmacam bosan pulak dia, asyik muka sama ja yg kacau dia~
last-last ngadu kat sini jer la.
Ingat lagi x kat BOUNCING MOQUE? ala teddy bear tu..(malas nk letak link)
cakap dgn dia jer la 3hari ni...padahal hari-hari cakap dgn dia.
My current condition adalah menurut lagu-lagu di bawah;
1.If tomorrow never comes....
and,
2.If I don't tell you now
Will you know....
3.The way u make me feel.
Dan semua lagu-lagu itu mestilah dinyanyikan oleh Ronan Keating. Org lain nyanyi xaci~
Labels: merapu lagi.awan ungu. musica
09 November 2010
Waktu aku sedang tunggu makanan aku siap..
Aku borak dengan kawan sebelah aku.
Aku jarang lah nak rajin borak dgn dia, walau pun sekelas.
Aku xyakin sebenarnnya nak borak dgn dia.
sbb aku takut dia xfaham apa yg aku cakap nanti. yelah asyik merapu jer.
Tapi xsangka dia best jugak.
Dia tanya aku kenapa xbelajar berenang.
Aku cakap, aku tak boleh buka mata langsung waktu belajar terapung ngan geng aku.
sebab bila aku buka mata...aku mula imagin bukan-bukan.
"suka fikir bukan-bukan" ....aku kata kat dia nak buat cam na.
tiba-tiba dia cakap:
so, what you are thinking now? (muka eksaited habis!)
aku cakap aku xfikir apa-apa sangat time tuh.
pastu aku sambung...
tapi aku takut pintu tu stuck xboleh buka.then semua mata tengok aku.
tak pun.aku langgar meja or kerusi then jatuh. again semua mata tengok aku.
Jadi aku xkeluar akhirnya.sanggup tuh!
see.I can't help it~
then dia cakap, mine lagi teruk..plane langgar bangunan dan jatuh hempap bilik I.
apa lagi. gelaklah kami....hahaha
silly kan.bila kita ingat diri kita different daripada orang lain padahal xdelah hundred percent jauh sangat daripada percentage normality manusia biasa.
Owh..aku sangat suka. aku dah dapat jawapan untuk apa yg selalu aku fikir.Heh.
Labels: awan ungu.thinking.
03 November 2010
Aku yg sememangnya buat kerja main hentam..
jarang nak buat plan ke apa ker..
sedang atau sesudah siap buat sesuatu baru nak fikir.
Aku xguna kan masa yg ada untuk buat perkara yg sepatutnya..
dan akhirnya...akan ada sesuatu yg tidak disenangi berlaku.
Aku fikir aku boleh lari sejauh mungkin..
Namun aku hanya pergi selangkah cuma.
Aku fikir aku tak akan jauh hati...
Tapi hati aku betul-betul dah pergi jauh.
Dulu aku fikir:
akan tiba suatu hari nanti, bila takdir menemukan kita.
Aku akan senyum dan cakap : Hi!
Tapi sekarang ..
aku rasa mungkin aku akan diam jer. tak pun aku lari jer.
Sebab aku xmungkin mampu berdiri teguh depan kamu.
Dan apa yang aku betul-betul nak buat sekarang....
duduk diam-diam baca notes aku.ada periksa lagi kan.
haha..xda kaitan dengan apa yg aku tulis di perenggan atas.
aku nk ja jumpa dengan kamu.
ya..sekarang jugak!
dan aku mau tanya satu soalan yg aku simpan dah bertahun-tahun.
Kenapa?
agak-agak kamu tu faham tak.
ye la..aku cuma nk cakap macam tu ja.lepas 2-3minit kalau dia xjawab jugak.
aku gerak lah.hmmm....
Labels: awan hitam