31 January 2010

Cerita virus dengan 5.

situasi: suasana tenang ketika el-tigre ditayangkan di tv9
yang terlibat: miko-chan dan omi-chan

omi-chan menghampiri miko-chan dengan selamba sambil berkata:
" buka laptop ka?nak main game batu boleh?"
haish..
maka miko-chan membalas sambil garu pala,
"oh ritu, ada virus dlm laptop, bila dah buang virus tu, game batu pun kena buang sama, xpa nanti kita cari game batu tu"

omi-chan:
"kenapa virus tu masuk laptop?lepas kena buang, virus tu, dah balik rumah dia ka?virus tu masuk macam mana?"

miko-chan:
monolog:silap la plak, lupa kata aku cakap dengan budak 5tahun,
argh bantai ja jawab soalan dia.

"virus tu masuk ikut lubang kat laptop la, (usb suma tu), mungkin dia salah faham ingat laptop orang tu, rumah dia, dia makan apa yg ada dalam laptop( merosakkan apa yg patut).

selepas mengangguk tanda paham,omi-chan menarik nafas sedalam-dalamnya dan berkata
"jadi virus tu ada mulut lah"
dan terus berlalu meninggalkan miko-chan.

pengajaran buat miko-chan, bila bercakap lain kali fikirkan dengan siapa kamu sedang bercakap,
jangan asyik belasah jer, sungguh insaf selepas ini dah xmau cakap benda2 pelik depan omi-chan. sebab lps kejadian tu.....

miko-chan baru lepas install autorun eater kat PC, bila ada bunyi kambing,
omi-chan cakap "kenapa ada bunyi bek--bek--bek, ada virus ka?"

dan bila laptop lambat on ker, reboot ker, restart ker, hibernate mode ker, suma yg ada kait dgn skrin tiba-tiba jadi gelap,
dia akan bagitahu org lain: "ada virus la tu"

*game batu = gold mine@gold fishing
*omi-chan baru berumur 5tahun yer.


29 January 2010

MEREKA

sama-sama bersekolah di sekolah yang sama,
walau berbeda arah dan matlamat kita,
walau kita berbeda aliran,sains dan akaun,
untuk apa perbezaan itu?
apa kau kira, dengan gahnya engkau di alam persekolahan,
namamu, sering diperkatakan di seluruh ceruk,
ceruk sekolah ja pun!
ramai lagi yg namanya xdikenali pun,
kalau kau sebut namanya..xramai yg mengenali nama itu
itulah kau sibuk dengan dunia glamor kau aja!
tapi cuba kau lihat diri kau sekarang,
apa namamu masih sibok diperkatakan orang lagi?
sudah tidak ada lagi yg mahu menyebut namamu!
sekarang sudah zaman orang lain,bukan lagi zamanmu!

apa aku merapu nih, tajuk lain, isi lain, nanti marah pulak orang...
baru balik dari singgah kat blog ex-schoolmateku
mereka dah ada pencapaian yg boleh dibanggakan aku kira

sorang dah mula jual kain baju, selendang secara on9..
aku puji la usaha dia,
xramai yang berani dan rajin macam nih..
rajin2 usya la ButikBoNg Disini
dah la comel ja orangnya...

nih sorang lagi,tapi pangkat senior dengan aku
aku xrajin sangat tegur dia waktu sekolah dulu sebab aku rasa dia lawa,
xsangka pulak kreatif orangnya...
kerm's craft
best jugak tengok hasil kerja tangan dia..
nanti nk order la kat kak kerm,tapi order ntuk bulan 1 ngan 2 dah tutup...
sedihnya..geram tengok keychain comel-comel!
aku nih dah macam stalker jer,
diam2 aku follow apa ex-schoolmate aku buat,heh

umur aku lebih kurang jer dgn mereka, tapi apa yg dah aku capai dlm hidupku?
persoalan yang sudah lama menghantui aku...haish!

apapun, WISHING ALL THE BEST TO ALL OF YOU :eX-SMKASIAN !
rindu bangat sama kamu semua!





26 January 2010

CARUT-MARUT DI PAGI HARI


Cis!Rosak mood aku, pagi2 lagi dah kena maki..
bukan salah kitorang, cik abang oi!tumbuk

Geram betol, macam mana nk kurangkan kadar kemalangan kat Malaysia nih
kalau lampu isyarat pun boleh kaler hijau for 2 arah yg berbeza,
konfem2 eksiden...

arah mana yg boleh jalan? arah mana yg nk kena tunggu?...haish!

Selera nk layan nasi lemak bungkus ngan daun pisang pun dah terbantut!
semua ni gara-gara sebatang lampu isyarat..ops salah! 2 batang sebenarnya.

24 January 2010

SALJU SAKINAH


Salam...
baru habis baca novel nih,
suka dgn jalan cerita novel ni,best.


sebelum nih kalo baca novel, sekerat jalan pun dah leh predict ending...
but novel nih, mmg lah....xsampai hati nk habiskan my reading sbb
takut nk hadapi ending dia. but then....
macam nk ulang2 jer baca novel nih.
xnak kasi org pinjam...hehe

xboleh2..sharing is caring!
ros
part paling best, bila dapat tau muazzam dgn safiah,
mmg xterjangka...banyak betul unsur saspen sementara nk ada happy ending.
kpd sapa2 yg nk pinjam tu, baik beli..memang x rugi.
tapi kalo nk pinjam jugak, sila amik no giliran anda,
masih ramai dlm waiting list.

msg khas kpd penulis: zaid akhtar
lps ni saya akan memburu karya2 anda yg lain..
baru first time baca karya kamu, habis lah duit ku lps ni.

~saya rasa ada org yg dah lupakan sayasoalkenapa kamu lupa saya???

22 January 2010

It's HOLIDAY...yea!

tajuk bukan main semangat lagi..
after one week yg sgt "hectic"...akhirnya
i can go home!

Actually bukanlah nak balik sgt,
tetapi mengingatkan family, balik ja la..
serius bila miko dah semakin meningkat umurnya..tua!
dia dah xder ''sakit rumah" ni..homesick

pelik la jugak..mula2 mmg niat xnak balik..but bila fikir balik,

selagi ada kedua ibubapa anda..baliklah wahai anak!

dorang mmg xpenah cakap, tapi paham2 sendiri la..
mesti dorang rindukan anak-anaknya....holiday is a time for family!
balik rumah sekejap jer, tapi beg berat macam nak balik setahun!

ni aku quote makcik cleaner level aku ckp:
"macam xmori dah", sorang angkut sampai 3 beg...heh!

before going back, it is a must for me to see that person,
thank you GOD... i got to see that person just right, before i left.


just missing this person so much...i'll be back soon and we can play together again!

18 January 2010

MISI ANDA TIDAK BERJAYA!

bangun pagi, niat nk buat kerja2 rumahtangga,
tapi tgk2 ada 2kipas yg berpusing laju...
that's mean my roomates ada kat bilik,
tapi both of them, sepatutnya xda kat bilik...

tu la, tido lagi lama2, apa dah jadi pun...dah xkesah dah.
about 13hours gak aku tido...huish, hibernasi mode!

then, ingt nk bawa org sakit g klinik,
sekali klinik pula tutup,
konon2 nk g cari klinik2 yg berdekatan ja..
tanya org yg lebih tua, dia ckp blablabla...tepi kedai hardware,ada klinik.
aku xjumpa pun,
tu la org kata, "ikut arahan yg betol"
lain yg dicari, lain yg kujumpa..

memanglah kedai hardware tapi sebelah tu...homeopati la plak...
aku mmg FAIL bab mencari jalan,
xnak g klinik kat bandar, for sure ramai n kena tunggu lama..
dah la esok ada exam, xreti2 studi kasi habis.

kesian org sakit....sori ye!
Misi kali ni xberjaya, hopefully next time kita jumpa klinik yg dimaksudkan,
make sure jugak kedai hardware yg betol!kenyit

17 January 2010

Hari ini Hari kejadian

ada seorang budak, sebelum ini mmg dia xpernah melibatkan diri dgn sebarang program yg dinjurkan oleh universiti...
setakat jadi peserta boleh, xpernah jadi komiti pun,
sebab dia malas nk join meeting...

tapi disebabkan CGPA yg asyik jatuh dan xnaik2 walaupun
dia dah study bagaikan xcukup tanah,
dan tetap tidak menampakkan hasilnya..dia jadi kecewa.
untuk megubat kesedihan di hati, dia pun pergi menyibukkan diri....memang sibuklah...
asal ada masa lebih jer, dia tido macam org mati...join satu program satu sem, itu target dia...
kalau rajin sikit lagi, dia nk outing tiap2 minggu...
walau org lain dh stat baca buku ntuk exam next week, eh esok la..

dia masih buat2 xtahu..(mmg cari nahas!)
dia mmg xmo join mana2 studi group...sebab dia tau bila dia cakap jer, walau muka yakin tahap petala 8 pun...org xmo percaya..kalau macam ni, baik dia duk diamkan diri jer.(isolation)

tapi thanks to seorang kawan dia...kawan merangkap classmate dia, she said something to her,
that makes her feel better than before, terima kasih sgt2!

apsal bila time exam jer, suma jadi selfish...apa xcukup ka ko mkn ikan tiap2 hari sampai nk kena jual ikan plak!

program yg dia join baru2 nih...sgt menggembirakan hatinya, tambahan pula dia dpt jadi assistant head "catering"...head dia pun best! semua komiti pun best2 blaka! xpernah dia join program dgn perasaan heppi memanjang! haish! tepuktangan

cukup2 la tu, harap2 sgt dia rajin baca buku, biar dia studi sampai xcukup tanah lagi, sebab kalau bukan dia yg menolong diri dia sendiri, siapa lagi yg nk tolong dia!
oh, dia lupa nk bagitahu, dia masih ada ALLAH yg MAHA ESA!

14 January 2010

jeng..jeng..tajuk memang xmenahan,
hujung minggu yg lalu, aku menghabiskan pagi Ahad aku
dengan menghadiri ceramah mengenai pengurusan kewangan.
aku mmg suka benda2 yg ada kait dengan duit nih...tapi xsampai tahapduit.

penceramah merupakan seorang wakil AKPK cawangan Pahang, Puan Junainah.

AKPK...Agensi Kaunseling Dan Pengurusan Kewangan, klik sini

dimulakan dgn sedikit pengenalan mengenai AKPK,
AKPK ditubuhkan oleh Bank Negara..
jadi ia tidak bersangkut-paut dgn along bukit beruntung..AKPK berfungsi sbg org tengah
dlm menyelesaikan masalah kewangan anda dgn institusi kewangan yg berkaitan..
bukanlah menyediakan pinjaman kewangan kpd anda! ramai yg salah faham pasal nih...

AKPK jugak menawarkan khidmat nasihat kpd pelanggannya...xsemestinya kau ada hutang
keliling rumah, baru nak datang,jangan tunggu sampai saat2 akhir ...n dorang ada prosedurnya.

best jugak lah dapat tambah ilmu pengetahuan tentang AKPK nih...
asyik tgk kat tv jer selama nih..lagipun bila dah tua2 nih,
selalu jer fikir tentang masa depan..
kalau kewangan sendiri pun tunggang langgang, macam mana nk uruskan kewangan rumahtangga nanti..ops!


Apapun mmg thumbs up lah! best! seronok dapat blaja pasal "loan" n suma nih..
kalau ada masa yg panjang, aku rasa mesti banyak lagi ilmu yg boleh Puan Jun kongsi

secara purata seorang pemilik kad kredit mempunyai 4 keping kad kredit!


kita perlu merancang kewangan kita: "fail to plan, plan to fail".


kita perlu tahu membahagikan pendapatan kepada dana kecemasan, simpanan dan belanja.


ilmu perlu dicari,dan ia tidak akan datang bergolek ke kaki kita..



banyak sangat ilmu yang aku dapat, sampai xtahu nk tulis macam mana,
aku suka baca buku "rich dad poor dad" by robert kiyosaki, banyak kali ulang baca sampai dah boleh hafal!

jom download bajet calculator

mulakan daripada sekarang untuk merancang kewangan anda...
agar tidak menyesal di kemudian hari! ~berbau iklan plak!

10 January 2010

Entry khas.

ini adalah entry khas
setelah membaca kat sini
selama ni miko baca ja blog nih...apa omputih kata silent reader

kali ni mmg kena tolong setakat yg termampu lah...
bantulah sesama saudara kita,
jadi atas sebab itu mmg lah kena bantu setakat yg termampu

terjumpa plak kat sini

so jom kita bantu setakat yg kita mampu..
mana tahu hari esok hari kita pulak..

miko doakan kesejahteraan en.megat sekeluarga.

09 January 2010

Lain padang, lain belalang!

"lain padang lain belalang, lain lubuk lain ikannya"
salah satu peribahasa yg menceritakan tentang perbezaan budaya antara satu tempat dengan tempat yang lain...

hidup di universiti dengan di sekolah memang berlainan.

kalo zaman sekolah dulu semua cikgu suap..(aku budak asrama)
walau bukan seratus peratus, ada sesetengah perkara cikgu pun xboleh nk suap..
xkanlah makan nasi pun nak kena suruh..haish!

owh aku bukan nk membebel pasal life aku waktu school dulu,
life kat univisiti nih, kalau kau nak survive
kau kena bergaul dengan org ramai,
kalau tidak. kau mesti terlepas new info...bukan nk suruh kau "jaga tepi kain org"
cukuplah sekadar senyum sikit2 dah la...senyum itu sedekah!

information kau kena carik...mana ada org nk tolong buat announcement dah!
kena alert dengan environment kau..
ni sampai dean sendiri pun xkenal haishadus!

lagi satu kalau kau org yg jenis masuk kelas lambat n keluar awal dari org lain.
kau kena pandai2 lah nk cari information pasal kelas ke. notes ke. books ke.
sebab kadang2 org x perasan langsung kewujudan engkau dalam kelas tu!
oh, itu x ada kaitan ngan aku!

and one more thing, jangan nk salahkan org lain..
sebab bila selalu tuding jari kat org lain...
otomatik susah nk ngaku salah sendiri..hehe

dan sebab dah jadi budak "u"..
selesaikan lah isu2 berbangkit dengan rational dan logik akal,
kekerasan xkan menyelesaikan apa-apa...fuh!

this entry had nothing to do with my current environment,
hanya sekadar meluahkan apa yg terlintas di layar pemikiran yg cetek ini..
maafkan kekhilafan ku...minum

Dilahirkan sebagai manusia
tidak mungkin kita akan terlepas dari sifat alpa,
kita menyibukkan diri dengan segala macam urusan hingga
terlupa akan sebab kewujudan kita di dunia ini,
mungkin sebagai manusia yg dianugerahi akal
kita mungkin melihat kewujudan diri kita dari perspektif yg berbeza..

Namun Al-Quran telah menerangkan tujuan ALLAH
mencipta manusia dan makhluk lain adalah untuk beribadat kepada-NYA..

"I have only created Jinns and men, that they may serve ME" {Al-quran 51:56}

sudah jelas, terang lagi bersuluh...tujuan penciptaan manusia itu sendiri.

Tipulah kalau kau kata "aku xtahu sebab kewujudan diri aku",
at least idea tentang sebab atau tujuan hidup kau mesti dah ada
cuma adakah idea kau berada di atas jalan yg benar?

Tapi Allah dah bagitahu dalam Al-quran awal-awal lagi,
cuma kau sebagai manusia yg masih berpura-pura tidak tahu,
cuma kau sebagai manusia masih enggan mencari..

Ilmu itu tidak akan jatuh bergolek kat kaki kau..
kalau tidak engkau yang memulakan langkah pertama kau...

Start your first step now...jangan nk tunggu2 lagi dah!
Jangan biarkan diri dibelenggu kerana ceteknya ilmu di dada.

macam dlm kitab ihya ulumuddin karya imam al-ghazali kata:
GERSANG HATI TANPA IMAN
GERSANG JIWA TANPA ILMU

apsal tiba-tiba ja blog ni bernada agak serius...hehe

06 January 2010

Kali ni xmo buat intro, sebab nant jadi panjang dan meleret2....

kalo tuhan xjadikan sifat cerewet macam mana lah agaknya dunia ni?

aku agak mesti akan jatuh menjunam hasil penjualan beberapa produk kat dunia nih..
sebagai contoh, ramai yg suka bau wangi kat baju...abislah dah xramai yg nk beli softlan,
pastu kalo dah xkesah akan baju yg berkedut2..buat pa nk beli seterika, kalo dah xda org yg kesah..jadi otomatik akan mempengaruhi industri buat iron board..nk letak kanji lah bg baju senang iron, itu baru bg sikit contoh.

kesan bukan sahaja terhadap ekonomi industri terbabit, malahan kadar pengganguran jugak akan meningkat...kilang-kilang terbabit pun gulung tikar, xdelah buruh kasar punya keja in constructing all d factories...fuh itu baru korek satu jer..

Walaupun cerewet nih sering dikaitkan dgn kaum hawa..
tapi cerewet pun ada kelebihan n keburukan...so kan bagus kalo amik yg jernih, buang yg keruh!

imagine, kalo xcerewet, aku rasa baju abah aku xkan ada org yg nk seterika...masak pun ala kadar ja...xkan ada improvement...tiap2 hari mkn menu yg sama...dah xcerewet sumanya ditibai laju aja..maka ramailah yg xpeduli sgt diet seimbang!

kalo time nk bersiap g mana2 jer...xyah la nk habiskan masa berjam-jam lamanya depan cermin..
ini valid untuk sapa2 yg sgt cerewet dlm hal penampilan diri...xleh nk bangga bila jalan2 dgn org yg nk kita bawa keluar tu..
instead of org suka memandang sambil puji dlm hati, dah jadi kutuk dlm hati..
"apa selekeh sgt org nih...jln2 kat luar pun xkemas sgt"
"serabut ja mata memandang, baik ko duk dlm rumah jer"

lastly...aku terfikir benda alah ni waktu demam terlantar atas katil weekend yg lps, star
saja jer nk share kat sini. kot2 ada lagi org yg terpikir benda alah ni...
sgt xbest bila kena duk diam2 dlm bilik...seronok nya dah sihat n boleh cakap banyak2!
Alhamdulillah...

02 January 2010

ILL

tika malam gelap,
pekat menyelubungi..
batuk-batuk kecil kedengaran mengiringi laju putaran kipas,

matanya merenung jendela itu,
di celah cahaya bulan...
dia merenung jauh ke alam kelam..
entah bila... dia akhirnya terkulai layu
diam,kaku di perbaringan..
hanya dengkuran kecil kedengran..

pabila redup mentari menari-nari di atas kepala,
dengus nafasnya kedengaran lagi,
namun
matanya masih diam terpaku..
merenung jauh jendela yg sama..
dan dia
tetap tidak berganjak....


penat makan ubat...haish!
WHEN I'M ILL, IT IS HE WHO CURES ME

01 January 2010

at last tercapai gak hasrat yg selama ini
kupendamkan
seorang diri..

setelah segala susah payah kuharungi,
ombak mahupun badai yg melanda,
kilat sabung menyabung,
guruh berdentam-dentum....

godaan datang dan pergi,
dan pelbagai lagi dugaan yg maha hebat datang menjenguk aku...

NAMUN

akhirnya,aku boleh tersenyum puas...
bahawasanya aku bisa & mampu membuktikan
bahawa aku mampu untuk tidak menyentuh malah jauh sekali untuk makan kamu..
selama SETAHUN
McD oh McD..

cukup setahun xmkn n sentuh McD!!!!

;;