26 June 2010
hye....
Labels: awan ungu.merapu.
07 June 2010
An update.
for june.
dear june..
ces! apa nih???
heh. waktu aku update nih aku ditemankan cahaya lampu kalimantang.
selalunya time puncak macam ni.
aku ja yg jadi jaga kat rumah ni.
entah macam mana family aku suma stay up.
merapu tgh-tgh malam cam ni.
Labels: awan ungu.merapu.
23 April 2010
Di Malaysia...
rasanya kebanjiran sinetron-sinetron dari negara seberang
memanglah tak dapat dinafikan.
-Liontin
-Tasbih Cinta
-Aqso Madina
semuanya berkisar tentang cinta mungkin xsemua, tapi akhirnya jalan cerita mesti menjurus ke arah yang sama.dah la tu, kenapa panjang sangat, penat nak tunggu ending,
tapi nanti mesti buat part 2. aduh!
Bukannya xda siri drama tv Melayu
ada...tetapi mungkin sebab dah terlalu biasa dengan keadaan persekitaran Melayu.
so..boleh dikatakan semua jalan cerita sudah boleh dijangkakan.
sekarang yg tgh hot, rasanya Adamaya.kat tv3.
not bad lah cerita nih..tapi macam sweet sangat pulak rasanya.
kalau zaman sekolah menengah dulu,
kitorang sanggup ponteng prep petang, sebab nak tengok episod akhir satu-satu drama siri tu.
haha..gila naif zaman dulu-dulu. padahal boleh ja tengok kat internet nanti.
sabar ja.nasib xkantoi. kalau x, xpasal2 sebab satu drama ja, ketuketampi 200x.
kalau suruh buat sekarang ketuketampi 200x.
memang dah xmampu.zaman sekolah dulu bolehlah.
tapi aku paling suka drama yg pasal kungfu.
selalunya kat tv LAPAN ngan ntv TUJUH.
selalunya dorang gilir-gilir, dah habis genre kungfu, ganti ngan sejarah,
kadang-kadang yg moden sikit, macam pergolakan keluarga zaman sekarang.
baru best sikit.agaknya kalau drama melayu cerita pasal sejarah, habis lah.
sekarang ni, tgh follow satu drama Filipina.
She-wolf, isnin-khamis, 3-4pm, tv3.
xnak ulas lebih-lebih. hero-heroin dia sepadan sangat.suka2x!
klik kat sini untuk serba-serbi tentang drama ni. dalam bahasa filipina. nama dia LOBO. maksudnya serigala.
miko memang. semua jenis drama dia layan kalau best.
langsung xmemilih. semua dia borong.
Noah Ortega(Piolo Pascual),
hero drama SHE_WOLF@ LOBO.
xletak gambar heroin sebab ehem..ehem.
kalau suruh buat karangan nih, mesti xsebut langsung nama heroin -lyka/ulay (Angel Locsin).
Labels: awan ungu.merapu.
16 April 2010
xguna punya tuan blog.
abih takda tajuk lain ka..
yg hang p hentam tajuk "cemas lagi" tu buat apa?
haish!
la..lantak la aku nak tulih apa pun..
hampa sibok buat apa?
p main jaoh2..shuhhh..shuhh.
padan muka kena halau!
abaikan~
ini yg serius..gila x gila..
aku xsentuh menatang nama teknologi ni selama 8hari.
pencapaian terbaik nih.rasa nk umum ja kat tv.hehe
sebelum ni memang xdapat nak bayang.
hidup tanpa laptop+komputer+baca blog best2+twitter+surf.
mak aih..kalo nk senarai apa benda yg aku buat hari2
ngadap benda macam kotak nih...ish.
tiada kata seindah menatang nih.
"bongok la miko"-konflik dalaman!
rasa seronok sangat bila boleh on laptop..
n terus menuju blog2 wajib baca..hehe
saya rindu sama kamu semua.*blushing.hiii
balik jer rumah hari tu..
(aku jejak bumi shahab perdana pukul 6.30am)
salah..salah
sampai ja pintu rumah.aku nampak budak 5tahun tu tgh tido.
aku cakap kat diri sendiri sabar.k
then..habis letak2 bagasi suma..aku search rumah.(ala2 keluarga bakal besan dtg check rumah)
pusing2 ala kadar..jln g belakang dan ke depan semula.
aku settle down kat meja makan.
betul2 depan bungkusan daun pisang.
petang hari pertama aku ada kat rumah aku dah mula kerja2 menjejak
dan menyoal siasat.
suspek utama aku adalah budak 5tahun tadi.
bila aku buka mulut ja."mana kuda?"
dia buat muka sedih+kesian+comel dan cakap "xtau".
akhirnya aku cari sendiri.malas nak tanya lebih2.
nanti teriak. susah aku.anak mak aku jugak tu.
bukan anak orang lain.
dalam masa 2-3hari..
akhirnya aku jumpa jugak kuda hitam tu
dan the first thing aku fikir.
kalau semua polis kat malaysia naik kuda macam tu.
mesti boleh kurangkan karbon monoksida...tapi
macam mana nak tangkap penjenayah pulak.
dalam usaha memahamkan budak 5tahun erti jenayah,
banyak sangat tengok cerita org jahat ngan polis.
nasib budak2 dpn rumah xajak main polis entri sama2.
kalo tak, mesti aku join.
Labels: awan ungu.merapu.
07 April 2010
tiba-tiba otak aku ligat berfikir
tiba-tiba semester ni dah habis
tiba-tiba aku kena balik rumah
tiba-tiba aku dah beli tiket bas untuk balik
semuanya terlalu tiba-tiba
dan yg paling tiba-tiba
bila kawan aku tanya soalan memerangkap
"miko, boleh hidup ke kalau xon9 sehari?"
sudah..sudah..mana ada orang mati sebab xdapat on9 pun.
relax2 cemas xtentu pasal.
pergi siap cepat bas kau pukul 9.00pm.
nanti kena tinggal, padan muka!
Labels: awan ungu.merapu.
28 March 2010
hari jumaat, selalunya ada pasar malam kat area aku.
dah berbulan-bulan aku xdapat pergi pasar malam....
reason.....aku ada kelas parenting time tu,
punyalah bagus timing kelas 5-7pm...ish2x
tapi itu bukan main point entry kali nih..ahaha
elok jer aku ikot roomates aku yg baik hati bawa g pasar malam.
jumaat baru nih yup jumaat yg xda kelas parenting tu.
best oo..xtau apa yg best.haha
naik jer kereta dari awal lg dah mula nyanyi2...
walau xsedap kan..layan jer.
memang happy habis la sewaktu perjalanan 15minit xsampai tu kan.
semua org muka ceria ja...walau exam xhabis2 lg.
tapi bila dah sampai, kami pun mula join kesesakan org ramai..
pasar malam kan..mestilah ramai,
aku tengok muka-muka manusia yg jalan sama-sama ngan aku.
aku jadi pelik...aku tengok lagi, kali ni aku check betol-betol
aku gosok2 mata aku, mana la tau, mata aku ker yg problem.
arghhh...apsal nih, salah venue ker aku nih..
aku cakap kat kawan aku, jalan dekat2 dengan aku.
aku pegang tangan dia erat-erat.takut2 terlepas nanti.
dah habis membeli apa yg dihajatkan oleh nafsu masing-masing,
kami bergegas ke kereta, ye la tunggu apa lagi.
balik lah...nak merayau g mana pulak kan2x...hehe
bila masuk dalam kereta, aku tengok muka-muka manusia tadi
then, aku cakap "patut la semua org xda muka hari ni"
aku yg xpakai kaca mata.
dasar rabun, boleh plak buat heran sorang2!
padahal dah rasa takut dah,boleh suma org jadi hantu macam cita ghost whisperer tu
time maghrib plak.ai..seram!
bahaya untuk org rabun (yg kronik) berjalan-jalan tanpa bantuan kaca mata masing-masing.
patut la banyak kali aku langgar org hari jumaat tu..well~
Labels: awan ungu.merapu.
18 March 2010
Aku xakan jumpa kamu yg kedua.
walau aku dah cuba...
tapi akhirnya aku akan compare jugak
dan
kamu masih kekal yg terbaik.
mungkin sebab benda2 biasa yg kamu selalu buat
makes you still in the first place...
xda org yg start n end chat dgn salam, may be ada org buat tapi rare...
xmacam kamu...
mana ada org marah sebab xreti2 study, "asyik on9 jer memanjang"....
bila tension, kamu tempat paling sesuai untuk kerja2 meluah-diluahkan...
cara kamu berfikir...
dan mengulas satu-satu permasalahan..
it just different~
tapi xboleh ganggu kamu setiap hari,
memang sedang mencuba kawal diri,
jangan kacau kamu setiap hari,
sampai cerita sabun basuh baju pun nak disembangkan jugak...haish!
macam dah xda orang lain untuk dibawa bercerita...
memanglah ada, tapi cara orang lain tak sama macam kamu.
melangit sangatkah, cara aku memandang kamu?
kalaulah kamu membaca entry nih.....
tahu tak sampai satu tahap tu:
bila dalam kelas jer, dah start rangka nak cerita apa jadi hari ni, kat kamu hari ini.
so kamu patut tahu, bukan senang nk kawal diri from disturbing you everyday.
terima kasih ya kamu!
sanggup kamu layan tiap2 hari kemerapuan yg sangat extreme itu.
Labels: awan ungu.merapu.
11 March 2010
Pandang dengan 2belah mata, bukan sebelah sahaja.
1 omelan dicoret oleh miko si maruku on 8:33:00 AMSalam..
pernah dengar ungkapan ini "Jangan pandang sebelah mata" ?
sudah dijadikan manusia itu mempunyai sepasang mata yg terletak eloknya di wajahnya.
tetapi kenapa masih mahu menongkah hukum alam?
yg dipandang, hanya menggunakan sebelah mata, kenapa?
acapkali kita mendengar kejayaan2 orang di sekeliling kita,
yang selalunya bila dia memperdengarkan ideanya, pasti diketawakan.
berapa ramai orang yg berjaya, hanya bermodalkan kerana pernah caci hamun?
ya..mereka ini orang-orang yg outstanding,
bila mana orang2 yg kamu pandang sebelah mata ini, nekad untuk mengubah keadaannya,
dan ditambah pula pabila orang ini memecut terus ke tangga kejayaan.
dan bila saat orang-orang yg kamu pandang sebelah mata ini berjaya, barulah kamu mahu memandangnya dengan 2 belah mata kamu.
lumrah hidup ( i guess).
aku lagi hormat pabila orang yang nampak biasa2 aja,
namun ilmunya...xterduga dek pandangan sebelah mata.
aku lagi kagum dengan org buta yang lebih celik mata hatinya,
aku lagi memandang tinggi orang cacat yang bisa hidup berdikari tanpa menimbulkan masalah kepada masyarakat daripada mereka yang normal(sihat tubuh badan) tapi sibok menjadi sampah masyarakat.
aku lagi teruja dengan blog yang nampak xlawa,
tapi isinya menguji pemikiranku.( ha, merapu)
konklusinya, sila pandang 2belah mata, tuhan dah cipta manusia sebaik2 kejadian, tetapi kenapa kamu nk memandang hina akan manusia lain,
kata kita saudara.
kata kita masyarakat aman & penyayang .
kata kita 1Malaysia.
habis buat apa nk caci maki, hina dina org yg "lebih kurang" di mata kamu?
Labels: awan ungu.merapu.
05 March 2010
Jangan menghukum andai anda xtahu apa yg dihukumkan!
2 omelan dicoret oleh miko si maruku on 11:44:00 PMSalam...
tajuk pun sudah berbeli-belit.
tu la gaya org yg suka merapu, memang jenis yg suka 'something' yg lain drp lain.
kdg2 aku try guna ayat pelik2 ckp ngan kawan2 sekeliling,
seronok tgk response dorang..hehe sorry guys!
contohnya:
selalu ckp hai, macam mana hari ni,ok? ganti kabare kamu?waras?
nk kasar sikit
bila orang tnya soalan,hari ni xder kelas ke kak?jawab dgn apa kejadahnya pergi kelas hari2..!
hehe
seronok.wink.wink.wink
sebab dorang xtahu,apa yg aku fikirkan.
kadang2 aku terfikir patut ke aku tegur org yg aku nampak dari jauh.
situasinya....
tingkap aku memang strategik, aku boleh nampak org jalan nak pergi kelas dengan bas,
or yg tengah lapar nk g cafe or orang dating...hehe tengok, macam mana nk buat2 xnampak.
patut ke aku tegur org yg tgh lari nk kejar bas, sedangkn bas dah jalan (mmg xda harapan dia nk naik bas) nanti kena marah plak, sebab tengok org kelam-kabut,padahal dia yg lambat.
dilema 1
pastu, kalau org yg tengah jalan nk g cafe tu lapar, mesti dia akan jalan laju2, kalo tidak, steady jer..dan kalau aku nampak lauk dah habis, xkan aku nk jerit " lauk dah habis" or "lauk xsiap lagi"
takut menghancurkan harapan org yg tengah lapar.
sebab aku tak suka harapan aku dihancurkan..so..aku still lg fikirkan masalah ni.
dilema kedua.
lastly, tgk org dating...hehe nih memang aku xleh tolerate, cepat jer aku gtau ketua blok. makbapak antar suruh ngaji,sibok jer ko nk buat keja lain.
patut tembak jer dari bilik aku nih.biar dia tau ada menara pemerhati xrasmi kat atas nih.
nk tembak pakai snipper or machine gun? dilema 3.
lah..sudah jauh terpesong dari tajuk.
penah jumpa x, org yg jenis suka cakap benda2 negatif...
contoh mudah.
aku duduk seat belakang skali dlm bas.
untuk perjalanan 4jam macam tu.sebab nk jaga pergaulan.
untuk trip tu geng aku offer untuk duduk seat belakang skali.
better perempuan duk blkg, sebab ada manusia jenis yg xleh nampak kaum berlainan spesis
kitorang pun xnak nampak scene yg sakit mata.
haha agak sinis di situ, tapi lantak ar...siapa makan cili, pedas lah dia!
part paling best untuk dihighlight di sini ialah
xsakit belakang ker korang duduk kat belakang?
haha aku malas nk jawab soalan drp dia, sebab kalo aku dh xsuka, seboleh2 aku xnak buka mulut sgt..xnak cari gaduh sebenarnya~bukan hipokrit ke apa ker..seboleh-bolehnya aku mau hidup aman damai~
then, macam biasa lah, mana sempat aku nk jawab soalan tuh,
dia pusing pergi ckp ngan org lain.
aku jawab dalam hati lah,
"aku naik bas slalu 10jam..dapat seat belakang..xda pun aku bising kat ko.
ko yg xduduk belakang sibok2 plak.xpenah naik bas lama2 pun".
aku paling xsuka pemikiran jenis yg ckp perempuan xleh duduk belakang, sakit belakang nanti, apa kau ingat kalau laki jer duduk belakang, xsakit ker? hai, be fair la, asyik2 lelaki jer duduk belakang, kesian dorang,bila lagi nk merasa duduk depan....hehe
entry ini tiada kaitan dgn hidop atau mati.
sekian, saya dah penat membebel.
apa yg aku merapu nih?lain kali lah, baru tulis yg berkaitan dengan tajuk nih.
Labels: awan ungu.merapu.
16 February 2010
kita dah bersama,walau baru 2tahun,
tapi kamu dah xboleh bertahan,
siapa suruh kamu pendam jer suma masalah kamu,
dah lama kamu pendam,
tapi kenapa baru sekarang kamu nk luahkan,
kenapa x dari dulu lagi,
sampai hati kamu,
kamu nk kipas yg mahal, dah saya belikan,
macam-macam jenis saya bagi kamu try,
dari rm 10 sampai yg beratus-ratus ringgit,
tapi kamu nak jugak panas-panas nih,
kamu ingat kamu jer yg pandai panas-panas nih?
saya pun pandai jugak tau!
kenapa kamu buat hal jugak,
dah macam-macam saya buat demi kamu.
defragment?
error checking?
kurangkan fail kat desktop?
buang application yg saya suka sangat?
dah brapa kali kita pergi "berubat" sama-sama,
tapi kamu pandai n tunjuk terror jer kerja kamu.
terus kamu xsakit bila dah jumpa "dukun".
tapi mungkin salah saya,
sebab xmemahami kamu sepenuhnya,
tapi sebab nak memahami kamu jugaklah,
saya join "kelab gatal tangan",
sebab kamu jugaklah saya tebalkan muka,
tanya semua org, tentang masalah kita.
sampai satu dunia tahu.
argh...sekarang kamu jangan salahkan saya..
bila saya main kayu tiga belakang kamu, kayu empat pun,
tapi
banyak mana pun. kayu yg saya main belakang kamu,
saya tetap SAYANG kamu! kamu kan chenta hati saya!
untuk menyelamatkan hubungan terlarang kita,
kita terpaksa menjauhkan diri buat satu tempoh,
saya harap bila habis tempoh nih,
hubungan kita jadi macam dulu balik...rindu sangat kamu yg dulu~
baru saya perasan kita xpernah ada gambar bersama-sama
patutlah kamu buat hal~
VD baru-baru ini, saya xspend masa dengan kamu,
tapi xkan lah hal kecik macam tu pun kamu nk amik hati...
apa-apa ja lah kamu nih.
Labels: awan ungu.merapu.

dengan lafaz bismillahirrahmanirahim...
saya ingin menutup tirai "minggu main-main".
dengan
berakhirnya aktiviti bersuka-ria di pantai telok chempedak hari ini.
should i stop myself from playing around..
hehe....a big NO!
but there are important things need to be done right now~
humm...after finishing them, i think i'll play again.
so right now, i am thinking on the next destination.
where should i go? place around kuantan?
cherating...gambang water park...panorama..or shopping crazily at megamall.
oh, let me finished my lab report first..
then we will decide on the next "destination".
ok.cukup! miko pergi habiskan kerja sekolah kamu!
gambar ketam di atas sekadar untuk mengatakan hi...what a beauty!
Labels: awan ungu.merapu.
28 December 2009
Year End Sales aka YES
this year punya YES..
mmg dahsyat n menguji keimanan aku..
tapi at last aku berjaya gak,mengawal keinginan ntuk menghabiskan duit
yang aku ibaratkan "duit itu daun@ air yg mengalir semata-mata"
tahniah miko
xmacam tahun2 lepas,laju ja kaki aku g shopping..hehe
bila dipikirkan balik suasana kat mall2/shopping komplex yg bersaiz giant nih..
ada gak yg aku kurang senang melihatnya n ada gak yg aku rasa lucu
antara situasi tersebut adalah:
1.anak shopping, bawak si ibu yg agak berumur skali..(aku dh puji dah)
rupa-rupanya si ibu yg agak berumur tu disuruhnya jaga anak dia..
xbaiknya..kesian si ibu,aku doa jer dlm hati,agar aku xbuat benda nih in d future..
2.tiba2 ja penuh kaum bapa kat waiting area...hehe yg xbestnya ada ja yg isap rokok,adus dah la sesak...g tambah kesesakan tu buat apa..sesak nafas dibuatnya~
3.ni part yg aku rasa memerlukan keikhlasan. pakwe temankan makwe dia pilih barang...kesian aku tengok dah la banyak barang kena pegang, bila si pakwe suggest jer,mest kena reject..hehe makwe dia xnampak plak pakwe dia buat muka kat blkg dia..hehe nampak sgt bosan+geram!
4.waktu ni lah sepatutnya bahagian customer service yg sepatutnya tiptop,tapi waktu ni lah pulak ada waktu meeting tergempar....mau tnya sama siapa ya, bila xjumpa barang yg dicari,mau suruh siapa ya bila xsampai nk amik barang, kalo nk cari saiz kasut plak? adoi
5.tapi ada plak yg mmg pandai gunakan peluang yg ada. ini mmg aku puji abis-abisan.macam2 barang dia promote ngan offer, siap senyum meleret2 lagi, ye la ko nk jual barang kan..mestilah pandai amik hati customer..."customer always right"...hehe
6.part paling best, bila si isteri kelam-kabut nak buat bayaran kat cashier, sebab si suami dah call bnyak kali, penat menunggu katanya...si anak plak yg kena beratur kat cashier sbb ibu ada lg barang nk beli...tapi kena cepat, kenapa la xbuat shopping list awal-awal?
cukup la tu,hasil repekan miko yg mmg suka merapu...
mmg YES....
Labels: awan ungu.merapu., thinking
29 October 2009
another question that bothering me..
is it fair for others
if only one side happened to know them...
but he or she did not ever know any single things about the other sides..
im not talking about famous artist, or any public figure..ok.
only an ordinary person like me...like you..like them...
maybe i know you, and i'm afraid to say hi!..
so i just let you passed by...
it is fair.....
if im the only one who reads your story and you didn't read mine.
it is fair.....
for me to talk about you and you didn't know anything about what i'm talking about you.
it is fair...
for me to be the only who answering your questions all the time and you won't answer mine.
it is fair...
for me to be the one who always lead the conversation and you just follow the flow....
it is fair????
bak kata nabil: lu pikir la sendiri!
before i lose my control, i better stop.
i'm going to finish my assignment~
till we meet again .....
Labels: awan ungu.merapu.
11 October 2009
ONE
just because i don't exposing myself in public occasionally,
that doesn't meant that i don't speak much,
just don't judge me with your shallow~unintentional thinking
i can't tolerate that kind of thinking~
TWO
sometimes your words will make me look so bad
in front of the others.....
owh...just hate you so much.
who are you in my life?
we are not relate to each other...just don't step into my life.
live well or hell...i choose my own life.
THREE
people tend to judge others by the first impression
it happens often to me...
it just that i don't want to bother myself thinking about those people,
but..... if these kind of people,
are going to harm me and people whom i care,
that is it.
i don't want to start any 'war'...
just peace....please don't do this to me!
Labels: awan ungu.merapu.
25 September 2009
salam..
hi blog...sihat?(berjanggut nk tunggu blog jawab)
jam sudah menunjukkan angka 4..
sekejap lagi pasti matahari akan menyinar
miko masih di depan laptopnya..
laptop yg suka meragam..(kasi hint nak rehat)
hmm..dengus miko buat sekian kalinya
banyak sgt 'huruf' nk kena baca dan hadam ni.
kenapa miko bersungguh sangat dgn huruf2 ni..
(macam ada org kisah ja)
dia xnak sejarah berulang...sebab 'sejarah mungkin berulang'
zaman muda-mudi dulu dimana tahap kesedaran miko sgt rendah...
dia selalu repeat paper...setiap sem satu paper..
sampailah tahap kesedaran dia meningkat...
tapi xbanyak...yg meningkat..
bila dah tua...akibat pilih kasih..
dia buat balik..
kali ni nasibnya lebih baik..
kerna dia cepat tersedar..
berbekal kesedaran & keazaman serta sedikit kegagahan..
dia mampu melakukannya..
cukup sekadar sepinggan nasi dgn kicap.
sebab itu ntuk kesekian kalinya..dia berazam lagi
untuk tidak me'repeat'kan dirinya di lewat usia...
hehe..berjaya ntuk on9..nasib xkena punggai!
All my life I've looked at words as though I were seeing them for the first time.
Ernest Hemingway~
Labels: awan ungu.merapu.
12 September 2009
aku seringkali menjadi pemerhati,
ya!
si pemerhati yg setia, memerhatimu....
apa engkau tidak sedar?
Dirimu sedang dan selalu diperhatikn...
tatkala kau berpaling,
aku masih memerhatimu..
Aku kan tetap di situ..
masih setia..
memerhati...
kerna kamu,
aku hidup,
tanpa kamu aku mati..
aku benci kamu,
kamu yg xpernah sedar akan kewujudanku
menghargaiku...
apatah lagi.
lantas
apa yang kau cari?
bila diriku ini masih memerhatikanmu...
Labels: awan ungu.merapu.


