20 July 2011
19 February 2011
cuba kau dengar betul2....apa kata hati kau.
Labels: musica.
18 August 2010
Memanglah Penat,
Tapi macam mana nak buat,
Sudah lambat,
Baru nak cepat.
sejak-sejak masuk bulan Ramadhan nih.
aku rasa ada satu feel lain macam skit.
yg mana kalo aku jalan-jalan sorang dan terpandang akan langit.
aku akan ckp kat diri aku.
"ya.aku bahagia"
aku pun xtau apa motif di sebalik perbuatan aku itu.
yang pastinya.. posisi diri aku sekarang adalah "bahagia".
aku xtau kenapa.tapi aku tau aku sedang "bahagia."
mungkin inilah yang org kata : RAMADHAN bulan yg mulia.
korang rasa tak, macam aku rasa ni, "bahagia".
kalau korang xda rasa sama macam aku ni.
aku rasa korang mungkin sedang mkn nasi sambil tgk tv di waktu siang hari.
biar jauh di mata,tapi sentiasa dekat di hati.
Labels: merapu lagi.awan ungu., musica.
11 June 2010
untuk org macam miko yg slalu ja hidup dalam dunia sndiri.
jawapannya adalah selalu.
itu perkara biasa....
jadi akhir-akhir ni ada beberapa perkara yg menghantui miko.
baik sedang gosok gigi atau waktu tengah tengok tv,
atau waktu makan keropok lekor atau waktu tengah merempit,
mahupun ketika mengangkat kain di jemuran.
kategori hantu-hantu kali nih,
adalah lagu berhantu...
yup! maka sakitlah telinga-telinga miko mendengar lagu yg sama.
sorry ya, telinga!
[1]
lagu kak adam yg sgt best tuh: If I had you.
part yg cakap
If I had you,
Life would be a party, it'd be ecstasy
oh, sangat suka!
sangat best kalo dapat someone yg kita suka!
[2]
then, akak will young: Leave right now.
ni sbb pengaruh AI ,tapi memang sedap pun.
tinggal nk makan jer.nasib xboleh telan!
[3]
pastu OST syahjihan,
Pergilah Ayu, The Fabulous Cat
Terima kasih atas pertemuan antara aku dan dia
Jika nyata bukan dia pemilik tulang rusukku
Kikiskanlah pesonanya dari kedua mata
Dengan kelebihan dan kekurangan yang ada
Bahagiakanlah mereka ku doakannya
nilah part yg aku paling suka dlm lirik lagu nih.
kalo xdapat memiliki xbolehkah nk doakan kebahagiaan mereka?
aku xfaham bila mulut kata sayang, tapi sanggup simbah asid lah, tembak ngan pistol lah.
sayang ke tak? konfius miko
setakat ini sahaja lagu hantu yg menghantui hidup miko.
saya sangat sukakan lirik lagu melebihi suara penyanyi tu,
kalau ada yg kutuk sesebuah lagu tu xsedap, miko memanglah xkesah!
sekian, terima kasih!
Labels: musica.
06 April 2010
hye...
apa yg nak dimerapukan kali nih,
dah la asyik post benda negatif jer akhir2 ni.
sebab serabut exam ker? hehe maybe ja la.
xpandai nak sembunyi keserabutan diri sendiri.
apa-apa ja la kan.jangan dikesahkan.
sebenarnya nak cakap terima kasih kepada mereka-mereka yg sudi bertnyakan
"kenapa balik lambat?"
exam dah abis, tapi still masih ada kat u.
buat apa kah?
ada yg bila dah dengar jawapan aku
then xpercaya [baik jgn tnya]!
ada pulak yg bertanya then aku boo layan ja.
[evil me], sorry~_~
selalunya org kalau balik lambat,
selalunya la kan, sebab nak balik sama2 ngan buah hati, ni kes schedule exam xsama.
or nak kuar g date.tapi takut kantoi ngan klasmate.
macam2 kan. tapi aku. bukan lah sebab ni.
xsesuai..ish2x
haha..[lagu wali band berkumandang cari jodoh]
for this semester, just went back to my hometown only for once.
gila x gila, sekali sahaja ya tuan2 dan puan2.
konon2 nak merajuk lah kan.
padahal bukan merajuk betol2 pun.[reason 1]
then, fikir2 balik sebab xbalik maybe sebab nak rasa hidup berjauhan dari keluarga..
berapa bulan boleh bertahan.ala2 eksperiment la plak[reason 2]
aku dh ingat ada reason lain.
sebab sem lepas aku cakap kat roomate aku, next sem aku nak temakan dia,
sebab tiap2 sem habis exam lambat dan kena tinggal sorang2 kat bilik.
kesian kat dia. so aku ckp next sem. aku temankan.[reason3]
lagi sebab aku xpernah hantar kunci bilik aku sendiri..
sbb aku selalu balik awal dari semua orang dan
kembali ke uia sebagai org yg terakhir.haish
so maybe sebab nk rasa experience hantar kunci kat ofis. [bongok punya reason]
dan lagi...lagi.
sebab nk mkn nasi ayam kat cafe.
dah 2minggu aku nak nasi ayam tu.tapi asyik habis jer.
settle nasi ayam.[reason 5]
cukup2 lah cipta macam2 reason tu.
miko pergi balik rumah..ada rumah buat cara ada rumah.
tapi terima kasih buat semua yg bertanyakan :
kenapa xbalik? (yg paling xbolehblah, ramai ingt aku nk g dating!)
meh nak tolong bawa g beli tiket.
cuma mereka xpandai nk tunjukkan.
same goes with me.
walau mulut cakap lain,
tapi dalam hati semua org,
masih ada .................
dan sekarang rasanya dah ada definisi baru tentang kehidupan.
kalu kita xluahkan apa yg ada kat dalam hati,
macam mana org tu nak tahu apa kat dalam hati kita.
komunikasi sangatlah penting.
aku rasa ada "something" yg halang aku balik rumah kali ni.
aku pun xtau apekah itu.
miko nak mengaharungi perjalanan 1ojam malam ni.
doakan agar selamat semuanya.
Labels: awan putih, merapu lagi., musica.
23 February 2010
Marcell – Firasat
kelmarin kulihat awan membentuk wajahmu
desah angin meniupkan namamu
tubuhku terpaku
semalam bulan sabit melengkungkan senyummu
tabur bintang serupa kilau auramu
aku pun sadari, ku segera berlari
cepat pulang
cepat kembali, jangan pergi lagi
firasatku ingin kau tuk cepat pulang
cepat kembali, jangan pergi lagi
alirnya bagai sungai yang mendamba samudera
ku tahu pasti kemanakan ku bermuara
semoga ada waktu, sayangku
ku percaya alam pun berbahasa
ada makna di balik semua pertanda
firasat ini rasa rindukah atau kah hanya bayang
aku tak peduli, ku terus berlari
dan lihatlah sayang
hujan terus membasahi
seolah turun air mata
saja post lirik lagu nih.
dah 2-3hari miko layan lagu nih,
sedap pulak lagu nih..
oh lagu nih tidak ada kait-mengait dengan keadaan semasa miko..
suka sebab ada sebut pasal bulan ngan bintang~
oh!itu bukan sebab yg konkrit untuk suka dengan lagu nih.
semalam bulan sabit melengkungkan senyummu~
Labels: musica.
09 January 2010
Dilahirkan sebagai manusia
tidak mungkin kita akan terlepas dari sifat alpa,
kita menyibukkan diri dengan segala macam urusan hingga
terlupa akan sebab kewujudan kita di dunia ini,
mungkin sebagai manusia yg dianugerahi akal
kita mungkin melihat kewujudan diri kita dari perspektif yg berbeza..
Namun Al-Quran telah menerangkan tujuan ALLAH
mencipta manusia dan makhluk lain adalah untuk beribadat kepada-NYA..
"I have only created Jinns and men, that they may serve ME" {Al-quran 51:56}
sudah jelas, terang lagi bersuluh...tujuan penciptaan manusia itu sendiri.
Tipulah kalau kau kata "aku xtahu sebab kewujudan diri aku",
at least idea tentang sebab atau tujuan hidup kau mesti dah ada
cuma adakah idea kau berada di atas jalan yg benar?
Tapi Allah dah bagitahu dalam Al-quran awal-awal lagi,
cuma kau sebagai manusia yg masih berpura-pura tidak tahu,
cuma kau sebagai manusia masih enggan mencari..
Ilmu itu tidak akan jatuh bergolek kat kaki kau..
kalau tidak engkau yang memulakan langkah pertama kau...
Start your first step now...jangan nk tunggu2 lagi dah!
Jangan biarkan diri dibelenggu kerana ceteknya ilmu di dada.
GERSANG JIWA TANPA ILMU
apsal tiba-tiba ja blog ni bernada agak serius...hehe
Labels: awan putih, musica.


