31 January 2010

Cerita virus dengan 5.

situasi: suasana tenang ketika el-tigre ditayangkan di tv9
yang terlibat: miko-chan dan omi-chan

omi-chan menghampiri miko-chan dengan selamba sambil berkata:
" buka laptop ka?nak main game batu boleh?"
haish..
maka miko-chan membalas sambil garu pala,
"oh ritu, ada virus dlm laptop, bila dah buang virus tu, game batu pun kena buang sama, xpa nanti kita cari game batu tu"

omi-chan:
"kenapa virus tu masuk laptop?lepas kena buang, virus tu, dah balik rumah dia ka?virus tu masuk macam mana?"

miko-chan:
monolog:silap la plak, lupa kata aku cakap dengan budak 5tahun,
argh bantai ja jawab soalan dia.

"virus tu masuk ikut lubang kat laptop la, (usb suma tu), mungkin dia salah faham ingat laptop orang tu, rumah dia, dia makan apa yg ada dalam laptop( merosakkan apa yg patut).

selepas mengangguk tanda paham,omi-chan menarik nafas sedalam-dalamnya dan berkata
"jadi virus tu ada mulut lah"
dan terus berlalu meninggalkan miko-chan.

pengajaran buat miko-chan, bila bercakap lain kali fikirkan dengan siapa kamu sedang bercakap,
jangan asyik belasah jer, sungguh insaf selepas ini dah xmau cakap benda2 pelik depan omi-chan. sebab lps kejadian tu.....

miko-chan baru lepas install autorun eater kat PC, bila ada bunyi kambing,
omi-chan cakap "kenapa ada bunyi bek--bek--bek, ada virus ka?"

dan bila laptop lambat on ker, reboot ker, restart ker, hibernate mode ker, suma yg ada kait dgn skrin tiba-tiba jadi gelap,
dia akan bagitahu org lain: "ada virus la tu"

*game batu = gold mine@gold fishing
*omi-chan baru berumur 5tahun yer.


29 January 2010

MEREKA

sama-sama bersekolah di sekolah yang sama,
walau berbeda arah dan matlamat kita,
walau kita berbeda aliran,sains dan akaun,
untuk apa perbezaan itu?
apa kau kira, dengan gahnya engkau di alam persekolahan,
namamu, sering diperkatakan di seluruh ceruk,
ceruk sekolah ja pun!
ramai lagi yg namanya xdikenali pun,
kalau kau sebut namanya..xramai yg mengenali nama itu
itulah kau sibuk dengan dunia glamor kau aja!
tapi cuba kau lihat diri kau sekarang,
apa namamu masih sibok diperkatakan orang lagi?
sudah tidak ada lagi yg mahu menyebut namamu!
sekarang sudah zaman orang lain,bukan lagi zamanmu!

apa aku merapu nih, tajuk lain, isi lain, nanti marah pulak orang...
baru balik dari singgah kat blog ex-schoolmateku
mereka dah ada pencapaian yg boleh dibanggakan aku kira

sorang dah mula jual kain baju, selendang secara on9..
aku puji la usaha dia,
xramai yang berani dan rajin macam nih..
rajin2 usya la ButikBoNg Disini
dah la comel ja orangnya...

nih sorang lagi,tapi pangkat senior dengan aku
aku xrajin sangat tegur dia waktu sekolah dulu sebab aku rasa dia lawa,
xsangka pulak kreatif orangnya...
kerm's craft
best jugak tengok hasil kerja tangan dia..
nanti nk order la kat kak kerm,tapi order ntuk bulan 1 ngan 2 dah tutup...
sedihnya..geram tengok keychain comel-comel!
aku nih dah macam stalker jer,
diam2 aku follow apa ex-schoolmate aku buat,heh

umur aku lebih kurang jer dgn mereka, tapi apa yg dah aku capai dlm hidupku?
persoalan yang sudah lama menghantui aku...haish!

apapun, WISHING ALL THE BEST TO ALL OF YOU :eX-SMKASIAN !
rindu bangat sama kamu semua!





26 January 2010

CARUT-MARUT DI PAGI HARI


Cis!Rosak mood aku, pagi2 lagi dah kena maki..
bukan salah kitorang, cik abang oi!tumbuk

Geram betol, macam mana nk kurangkan kadar kemalangan kat Malaysia nih
kalau lampu isyarat pun boleh kaler hijau for 2 arah yg berbeza,
konfem2 eksiden...

arah mana yg boleh jalan? arah mana yg nk kena tunggu?...haish!

Selera nk layan nasi lemak bungkus ngan daun pisang pun dah terbantut!
semua ni gara-gara sebatang lampu isyarat..ops salah! 2 batang sebenarnya.

24 January 2010

SALJU SAKINAH


Salam...
baru habis baca novel nih,
suka dgn jalan cerita novel ni,best.


sebelum nih kalo baca novel, sekerat jalan pun dah leh predict ending...
but novel nih, mmg lah....xsampai hati nk habiskan my reading sbb
takut nk hadapi ending dia. but then....
macam nk ulang2 jer baca novel nih.
xnak kasi org pinjam...hehe

xboleh2..sharing is caring!
ros
part paling best, bila dapat tau muazzam dgn safiah,
mmg xterjangka...banyak betul unsur saspen sementara nk ada happy ending.
kpd sapa2 yg nk pinjam tu, baik beli..memang x rugi.
tapi kalo nk pinjam jugak, sila amik no giliran anda,
masih ramai dlm waiting list.

msg khas kpd penulis: zaid akhtar
lps ni saya akan memburu karya2 anda yg lain..
baru first time baca karya kamu, habis lah duit ku lps ni.

~saya rasa ada org yg dah lupakan sayasoalkenapa kamu lupa saya???

22 January 2010

It's HOLIDAY...yea!

tajuk bukan main semangat lagi..
after one week yg sgt "hectic"...akhirnya
i can go home!

Actually bukanlah nak balik sgt,
tetapi mengingatkan family, balik ja la..
serius bila miko dah semakin meningkat umurnya..tua!
dia dah xder ''sakit rumah" ni..homesick

pelik la jugak..mula2 mmg niat xnak balik..but bila fikir balik,

selagi ada kedua ibubapa anda..baliklah wahai anak!

dorang mmg xpenah cakap, tapi paham2 sendiri la..
mesti dorang rindukan anak-anaknya....holiday is a time for family!
balik rumah sekejap jer, tapi beg berat macam nak balik setahun!

ni aku quote makcik cleaner level aku ckp:
"macam xmori dah", sorang angkut sampai 3 beg...heh!

before going back, it is a must for me to see that person,
thank you GOD... i got to see that person just right, before i left.


just missing this person so much...i'll be back soon and we can play together again!

;;