11 March 2010

Salam..

pernah dengar ungkapan ini "Jangan pandang sebelah mata" ?

sudah dijadikan manusia itu mempunyai sepasang mata yg terletak eloknya di wajahnya.
tetapi kenapa masih mahu menongkah hukum alam?
yg dipandang, hanya menggunakan sebelah mata, kenapa?

acapkali kita mendengar kejayaan2 orang di sekeliling kita,
yang selalunya bila dia memperdengarkan ideanya, pasti diketawakan.
berapa ramai orang yg berjaya, hanya bermodalkan kerana pernah caci hamun?
ya..mereka ini orang-orang yg outstanding,

bila mana orang2 yg kamu pandang sebelah mata ini, nekad untuk mengubah keadaannya,
dan ditambah pula pabila orang ini memecut terus ke tangga kejayaan.
dan bila saat orang-orang yg kamu pandang sebelah mata ini berjaya, barulah kamu mahu memandangnya dengan 2 belah mata kamu.
lumrah hidup ( i guess).

aku lagi hormat pabila orang yang nampak biasa2 aja,
namun ilmunya...xterduga dek pandangan sebelah mata.

aku lagi kagum dengan org buta yang lebih celik mata hatinya,

aku lagi memandang tinggi orang cacat yang bisa hidup berdikari tanpa menimbulkan masalah kepada masyarakat daripada mereka yang normal(sihat tubuh badan) tapi sibok menjadi sampah masyarakat.

aku lagi teruja dengan blog yang nampak xlawa,
tapi isinya menguji pemikiranku.( ha, merapu)

konklusinya, sila pandang 2belah mata, tuhan dah cipta manusia sebaik2 kejadian, tetapi kenapa kamu nk memandang hina akan manusia lain,
kata kita saudara.
kata kita masyarakat aman & penyayang .
kata kita 1Malaysia.
habis buat apa nk caci maki, hina dina org yg "lebih kurang" di mata kamu?

09 March 2010

Buang tabiat!

setelah berjauhan ngan kekasih hati (baca=lenovo kesayangan)
dan xsampai hati nk hantar g kedai...
nantilah kita cari kedai yg best skit..jgn merajuk ye sayang!
haish..hidup nomad ntuk membuat satu assignment,sangatlah susah.
tapi, ni baru namanya life~(poyo jer)

now nih, tgh buat penyalahgunaan facilities kat library~
pc ni khas untuk opac jer,faham x opac tu apa?
xfaham...hmm
sila tanya pakcik google ye, tuan2-puan2.

kalau dulu, memang lah xpandai nk abuse facilities cam ni..hehe
tapi sekarang nih.buat pc tu macam harta sendiri jer.huish! mak xajar pun.
gila apa datang library semata-mata nk buat powerpoint punya slide ja..tu pun 2slide jer.
yg lebih berjam-jam tu buat apa..(xtau lah!)

abaikan...yg penting puas hati!

ok.nk sambung cerita pasal besday abah hari tu.
dipendekkan cerita,si anak menghantar sms kepada abahnya.

"Happy Besday Abah!
ingat nak hadiahkan banglo sebijik tapi manalah nak mampu,
nak beli tiket balik rumah pun,kena fikir banyak kali,
ops lupa, nak minta maaf sekali".
then,malam tu, si anak menelepon adiknya...dan abahnya pun bercakap gak
hehe. guess abah cakap apa;
"xpayah la nk beli banglo tuh, abah nk hadiah segulung ijazah ja"

moral of the story: jangan fikir bukan2, dan belajarlah bersungguh-sungguh.

07 March 2010

Esok hari lahir abah.

7hb march tiap-tiap tahun aku ingat.
dan jarang aku fail nk beli apa-apa sebagai hadiah

aku ingat lagi hadiah first aku bg adalah jam meja yg bentuk petak, kaca ya.
aku balut siap2 lps tu, aku sembunyi dlm tempat baju abah,
then aku balik asrama aku.

lps seminggu aku tepon rumah,tanya dah dapat?ehehe
aku segan jugak nk wish benda2 cam ni kat parent aku,
sebab xsanggup nk hadapi reaksi dorang, hehe ntah apa2

sejak hari tu, kitorang adik-beradik belikan hadiah untuk abah ikut kreativiti masing2,
selalunya abah bg hint siap2..haha mana ada abah org lain bg hint nk hadiah apa..
comelnya abah saya~

tapi tahun ni, abah dah bg hint siap2 xmo dah hadiah stokin, haha mesti allergi, dh asyik dpt hadiah stokin ja, bg lah t-shirt ker, belt ke, wallet ke...ni asyik bg stoking tiap2 tahun,
anak sapa la tu?

ok, tahun ni aku xtau nk hadiah apa...dah la sem ni aku balik skali ja,
konon2 merajuk la tu...hehe sebab apa merajuk jgn tnya.
mengada-ngada betol, ntah2 abah pun sedih sebab anak dia sorang xmo balik umah,
abah saya sensitif macam anak dia juga, ops terbalik. anak dia sensitif macam abah dia.
haish malunya nk balik umah, tepon pun malu nk cakap abah,
anak kamu xreti nk cover balik apa yg dh dia buat...biasalah org degil, mmg padan lah muka dia.

so, tahun ni ingat nk post besday card ja kot, sebab lmbat lg nk balik,
manalah mampu nk hadiah kan umah banglo sebijik kat abah...
lambat lg kalo nk hadiah cm gitu.abah nk ker?
xpayah la, nanti penat pulak abah nk jaga satu rumah tu, lain la kalo abah nk tolong mak sapu setiap floor rumah tu nanti.opss...hehe

esok, anak abah nk celebrate besday abah kat dalam lab, boleh?
macam besa la,anak mkn lebih, abah nya makan skit,
tiba2 teringat betapa sukanya si anak bila dia dapat keluar date ngan abah dia...
i miss that moment, bila kitorang berebut nk mkn cepat2 tgk siapa habis dulu.
pastu nant abah letak lauk dia dlm pinggan anak dia....abah!

tu la, sebab perangai anak dia dah macam abah dia,
anak dia harap sangat abah dia faham dia, rindu time abah pujuk anak dia,
baling2 bantal, tapi abah pujuk gak, pandai abah pujuk..last2 cair jugak.....
walau dah 20++ si anak tetap suka naik moto ngan abah dia.

damn it! sekarang si anak rasa nk terbang jer balik jumpa abah.

happy besday, abah!

05 March 2010

Salam...

tajuk pun sudah berbeli-belit.
tu la gaya org yg suka merapu, memang jenis yg suka 'something' yg lain drp lain.

kdg2 aku try guna ayat pelik2 ckp ngan kawan2 sekeliling,
seronok tgk response dorang..hehe sorry guys!
contohnya:
selalu ckp hai, macam mana hari ni,ok? ganti kabare kamu?waras?
nk kasar sikit
bila orang tnya soalan,hari ni xder kelas ke kak?jawab dgn apa kejadahnya pergi kelas hari2..!
hehe
seronok.wink.wink.wink
sebab dorang xtahu,apa yg aku fikirkan.

kadang2 aku terfikir patut ke aku tegur org yg aku nampak dari jauh.
situasinya....
tingkap aku memang strategik, aku boleh nampak org jalan nak pergi kelas dengan bas,
or yg tengah lapar nk g cafe or orang dating...hehe tengok, macam mana nk buat2 xnampak.

patut ke aku tegur org yg tgh lari nk kejar bas, sedangkn bas dah jalan (mmg xda harapan dia nk naik bas) nanti kena marah plak, sebab tengok org kelam-kabut,padahal dia yg lambat.
dilema 1

pastu, kalau org yg tengah jalan nk g cafe tu lapar, mesti dia akan jalan laju2, kalo tidak, steady jer..dan kalau aku nampak lauk dah habis, xkan aku nk jerit " lauk dah habis" or "lauk xsiap lagi"
takut menghancurkan harapan org yg tengah lapar.
sebab aku tak suka harapan aku dihancurkan..so..aku still lg fikirkan masalah ni.
dilema kedua.

lastly, tgk org dating...hehe nih memang aku xleh tolerate, cepat jer aku gtau ketua blok. makbapak antar suruh ngaji,sibok jer ko nk buat keja lain.
patut tembak jer dari bilik aku nih.biar dia tau ada menara pemerhati xrasmi kat atas nih.
nk tembak pakai snipper or machine gun? dilema 3.

lah..sudah jauh terpesong dari tajuk.
penah jumpa x, org yg jenis suka cakap benda2 negatif...

contoh mudah.
aku duduk seat belakang skali dlm bas.
untuk perjalanan 4jam macam tu.sebab nk jaga pergaulan.
untuk trip tu geng aku offer untuk duduk seat belakang skali.
better perempuan duk blkg, sebab ada manusia jenis yg xleh nampak kaum berlainan spesis
kitorang pun xnak nampak scene yg sakit mata.
haha agak sinis di situ, tapi lantak ar...siapa makan cili, pedas lah dia!

part paling best untuk dihighlight di sini ialah
xsakit belakang ker korang duduk kat belakang?
haha aku malas nk jawab soalan drp dia, sebab kalo aku dh xsuka, seboleh2 aku xnak buka mulut sgt..xnak cari gaduh sebenarnya~bukan hipokrit ke apa ker..seboleh-bolehnya aku mau hidup aman damai~

then, macam biasa lah, mana sempat aku nk jawab soalan tuh,
dia pusing pergi ckp ngan org lain.
aku jawab dalam hati lah,

"aku naik bas slalu 10jam..dapat seat belakang..xda pun aku bising kat ko.
ko yg xduduk belakang sibok2 plak.xpenah naik bas lama2 pun".
aku paling xsuka pemikiran jenis yg ckp perempuan xleh duduk belakang, sakit belakang nanti, apa kau ingat kalau laki jer duduk belakang, xsakit ker? hai, be fair la, asyik2 lelaki jer duduk belakang, kesian dorang,bila lagi nk merasa duduk depan....hehe

entry ini tiada kaitan dgn hidop atau mati.
sekian, saya dah penat membebel.
apa yg aku merapu nih?lain kali lah, baru tulis yg berkaitan dengan tajuk nih.

02 March 2010

Words on you..

Write any words to describe how she/he, someone in this hall or outside......
about how she/he is effect(s)ing in your life... love

then, crayons were spreading around the hall.

early
stimulate
trigger

the best words for describing all of human beings that are close to me!hehe siapa? jgn tnya!

early- awal jer, suma benda nk cepat.dah berjangkit kat aku~
trigger-sibuk jer nk ajak aku ikut join benda2 baru dan yg aku malas.
stimulate- ni part paling best, aku seorang yg takut ntuk mencuba2, haish! selalu xpercaya ngan kebolehan diri sendiri.now, dah berani sikit.


tapi xkisah la words apa yg aku guna ntuk appreciate
mereka-mereka
yg 'selalu ada bila aku perlukan mereka",
still x akan wujud perkataan paling sempurna ntuk describe mereka-mereka.

;;